Menu Utama

Amanah Tuduh PAS Diresap IS, PAS Pula Tuduh Amanah Berfahaman Syi’ah?

mat sabu syiah1

                                                      Gambar yang tersebar di laman-laman sosial

Sejak kebelakangan ini, PAS dan Parti Amanah Negara (Amanah) sering bertekak berbalas tuduhan antara satu sama lain. Amanah menuduh PAS diresapi pengaruh IS, menyebabkan PAS ‘berasap’ marah dan menafikan tuduhan itu.

Mungkin kerana itulah juga maka baru-baru ini tersebar beberapa keping gambar Mohamad Sabu dengan para pemimpin Syi’ah. Khabarnya, gambar berkenaan dirakam ketika Presiden Amanah itu berkunjung ke Iran, sekaligus mencetus kembali dakwaan Mat Sabu berfahaman Syi’ah.

Satu IS, satu lagi Syi’ah? PAS diresapi pengganas militan, benarkah dakwaan itu? Dan Amanah pula dipengaruhi fahaman Syi’ah, benarkah tuduhan tersebut?

Penulis tidak tahu sama ada tuduhan-tuduhan itu benar atau tidak. Jadi, sewajarnya kedua-dua dakwaan tersebut disiasat pihak berkuasa tentang kebenarannya. Khabarnya, PAS telah pun membuat laporan polis terhadap Dato’ Mujahid Yusof Rawa. Amanah sudah buat laporan polis?

Masih ingat lagi seorang bekas anggota Dewan Ulama PAS dari utara semenanjung yang terkorban setelah menyertai kumpulan militan sebelum ini? Mungkin itulah alasan yang membuat Amanah menuduh PAS begitu.

Namun pada penulis, sekiranya ditanya tentang fahaman ekstrim para pengikut PAS, tidak mustahil untuk mereka terjebak dengan militan. Meskipun ia bukan pendirian parti dan PAS sendiri pun tidak dapat mengawal ahlinya untuk terlibat, namun potensi berdasarkan sikap dan pendekatan tetap ada.

lotfiariffin_PAS_fb

Bagi dakwaan yang mengatakan Mat Sabu itu berfahaman Syi’ah, masih belum lagi terbukti secara jelas, teknikal dan kukuh. Jika masuk mahkamah sekalipun, penulis merasakan kemungkinan besar akan dibuang kes begitu saja. Sebabnya, puak Syi’ah memang bijak ber’taqiyah’…

Memandangkan mereka yang berfahaman Syi’ah dibolehkan ‘berlakon’, menipu aqidah mereka di khalayaka umum dan bertindak seperti ‘chameleon’, maka adalah hampir mustahil untuk dibuktikan pembabitan mereka dengan fahaman yang difatwakan sesat itu melainkan mereka mengaku sendiri dengan sukarela.

Malah, jika mereka mengaku sekalipun, berdasarkan perlembagaan negara, mereka bebas untuk mengamalkan fahaman tersebut sebagaimana penganut Kristian, Buddha, Hindu dan sebagainya di negara kita. Kecualilah jika terbukti mereka menyebarkan fahaman tersebut, maka mereka boleh didakwa…

Justeru kerana itulah penulis melihat bahawa lebih baik umat Islam mengambil pendekatan wasatiyyah sebagaimana yang dianjurkan oleh Islam. Malah Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak sendiri pun menganjurkan konsep berkenaan diamalkan oleh umat Islam di negara ini.

Namun, siapalah kita untuk memaksa mereka untuk berfahaman seperti ahli Sunnah Wal Jamaah. Sesetengah dari kita suka pada Islam ekstrim manakala mereka yang baru kenal pada Islam lebih gemar kepada ‘taqlid’ berbanding mencari Islam yang sebenar.

Penulis yakin bahawa Islam menolak sekeras-keraskan keganasan sebagaimana yang dilakukan oleh IS dan sama sekali menolak fahaman sesat yang menyimpang dari aqidah sebenar yang disampaikan Rasulullah SAW.

Jadi penulis berharap, semua ahli PAS dan Amanah jelas tentang bahaya kedua pihak tersebut dan berpegang teguh pada ajaran ASWJ. Maka berhati-hatilah membuat pilihan dan jangan sesekali terpengaruh dengan sesuatu yang tidak dianjurkan oleh Islam itu.

Kesimpulannya, PAS itu bukan Islam dan Amanah itu juga bukan Islam. Kedua-duanya adalah merupakan parti politik dan bukannya agama. Dan jangan pula selepas ini ada yang mendakwa tidak menyokong PAS atau menolak Amanah itu bermaksud sama dengan menolak Islam. Noktah!






Leave a Reply

Threesome