Menu Utama

Al-Fatihah: Tunku Jalil Disahkan Mangkat

tengku-azizahDengan dukacitanya dimaklumkan bahawa YAM Tunku Abdul Jalil ibni Sultan Ibrahim, Tunku Laksamana Johor telah mangkat pada jam 7.11pm tadi(5hb.Dis) di hospital Sultanah Aminah. Jenazah akan dikebumikan di Makam Diraja Mahmodiah selepas waktu zohor esok.

Laporan Awal:

Laporan bahawa anakanda kelima Sultan Johor, yang juga dikenali sebagai Tunku Laksamana Johor, Tunku Abdul Jalil Sultan Ibrahim mangkat petang tadi tidak tepat. N

tengku-jalilNamun menurut sumber baginda berada dalam keadaan kritikal dan sedang diawasi rapi oleh doktor pakar.

Baginda dipercayai mengidap sakit kanser hati sejak setahun lalu dan telah menjalani pembedahan awal tahun ini.

Berikut ialah sebahagian latar belakang sakit Tengku Jalil yang dimaklumkan sendiri oleh Tuanku Sultan Johor dalam wawancara dengan The Star Mac lalu.

S: Secara peribadi, saya dimaklumkan tentang spekulasi berhubung tahap kesihatan anakanda kelima Tuanku, Tunku Abdul Jalil ibni Sultan Ibrahim, yang juga dikenali sebagai Tunku Laksamana Johor. Boleh Tuanku memberi komen terutamanya berkenaan pemindahan hati yang dilakukan Tunku Jalil?

J: Anakanda Beta berada dalam keadaan baik dan sihat selepas menjalani pembedahan dan syukur kepada Allah. Lima tahun lagi akan menjadi tempoh penting buat Tunku Jalil kerana anakanda perlu mengamalkan corak pemakanan dan gaya hidup yang baik.

Beta bersyukur kerana Tunku Jalil masih hidup dan itu menjadi satu sebab Beta mengeluarkan belanja sebanyak RM10 juta bagi menubuhkan Yayasan Kanser Tunku Laksamana Johor bagi mengumpul dana untuk membantu pesakit kanser yang tidak mampu mendapatkan rawatan yang mahal.

Tunku Jalil sangat bertuah kerana menjadi anakanda Beta. Beta faham tentang penderitaan mengalami kanser tahap empat. Malah anakanda Beta juga tidak percaya berjaya meneruskan hidup, begitu juga dengan Beta. Beta mahu yayasan ini menjadi pemangkin supaya pihak lain boleh menghulurkan derma melalui yayasan ini.

Kami hanya mengetahui tentang kanser tersebut pada tahun lalu selepas Tunku Jalil mengadu tentang sakit bahu dan hanya dirawat di Hospital Besar tempatan yang hanya memberikan anakanda ubat tahan sakit dan pil tidur.

Kami menyedari sesuatu tidak kena dengan sakit yang dialami Tunku Jalil ketika bercuti di London. Selepas berbincang dengan pakar bedah dari Singapura, kami memutuskan untuk menghantar Tunku Jalil ke Guangzhou, China bagi menjalani pembedahan organ.

Beta berasa berterima kasih kerana prosedur tersebut berjalan lancar dan dijaga dengan baik ketika di China. Pihak perubatan di China juga berbesar hati untuk membantu anakanda Beta sehingga sanggup menghantar dua doktor ke Singapura bagi berbincang dengan pakar bedah di Singapura. Malah mereka menyediakan doktor dan jururawat yang boleh berbahasa Inggeris bagi memudahkan komunikasi.

Beta juga merakamkan rasa terima kasih dan rasa terharu apabila dimaklumkan beribu-ribu rakyat, tidak kira agama dan bangsa sama-sama berdoa demi kesihatan anakanda dan keluarga Beta. Ternyata berkata doa rakyat ini membantu Tunku Jalil.






11 Komen to Al-Fatihah: Tunku Jalil Disahkan Mangkat

  1. kereta api says:

    apa punca berlakunya kanser hati? ada budak-budak kecil dah menderita kanser hati?? orang dulu-dulu takdak pulak menderita kanser-kanser ni, hidup jugak sampai umur 100 tahun lebih, kemudian meninggal kerana sakit tua. zaman sekarang ni, umur tak sampai 20 tahun, dah sakit macam-macam.. adakah sebab berlaku mutasi dalam DNA?? selalu orang kata, apa yang kita makan tu akan membentuk DNA seseorang dan zuriatnya. dalam makanan kita tu ada DNA tau.. yah benda DNA ni memang complicated untuk diceritakan dalam satu ruangan komen ini. tapi, untuk senang faham, nenek moyang kita dulu makan apa, kenapa orang zaman sekarang makan benda bukan-bukan. terbaru pulak, hisap vape, shisha.. kang tak pasal-pasal sakit pelik-pelik nanti.

  2. kereta api says:

    to be fair, orang dulu-dulu ada jugak yang sakit waktu muda, ada yang mati waktu muda.. tinggal yang survive dan hidup lebih 100 tahun ni orang yang pandai jaga kesihatannya.. cuba tanya centenarian, adakah mereka merokok?? adakah mereka minum arak? adakah mereka ambil ubat-ubat dari farmasi a.k.a. dadah berlesen?? adakah mereka makan makanan tak berzat secara keterlaluan?

    walaupun sekarang ni kita lihat ramai yang sakit macam-macam seperti kanser dan sebagainya dan mati awal. hanya yang paling fit yang boleh survive hidup paling lama yang boleh.. contoh ketara kita boleh lihat ialah dr. mahathir dan isterinya dr. siti hasmah. lagi 10 tahun, mereka akan jadi centenarian. malaysia pula akan jadi negara menua dalam berapa tahun saja lagi. soalan, hargailah peluang anda diberi nafas untuk hidup di dunia ini. selagi nafas masih ada, selagi jantung masih berdegup, selagi ada upaya, berilah sumbangan anda seikhlas boleh kepada masyarakat.

  3. islam itu hebat says:

    al-fatihah buat almarhum YAM tungku laksamana tungku jalil semoga rohnya dicucuri rahmat amin

  4. semangat dato' haron says:

    Al fatihah…kereta api…skrg bukan masa nk bercerita pasal benda tu…hormatlah tempoh berkabung

  5. Islam itu hebat says:

    Aku yakin dg setiap tingkah laku kita menghasilkan doa orang lain. If kata2 baik Dari orang lain, itu doa namanya

  6. polikden says:

    Diamla kereta api. “DULU….DULU”.

    Rasa kalau adik beradik kau ada yang meninggal, kau sibuk tak bising “apa punca sakit si polan tu?” kat semua orang? Tak ke nak kena cepuk?

    Cakap merapu, it’s either you are in your 60s and have nothing else better to do, or you just copy and paste the same comment all over the net, thinking it will make you sound smart.

    Why don’t you be a nice chap, and give those who have passed away their rightful respect, regardless race or religion.

  7. Wayne says:

    Orang Zaman dulu x de cancer, tak de sakit jantung. Tiba2 mati sebab kena sampuk dek hantu, busung buatan orang. Kalau doktor Ada masa tu mesti dr kata “ni bukan kena sampuk, ni sakit jantung. Ni bukan busung, ni kanser

  8. Alnurnisha says:

    Inna lillahi wa inna ilaihi rajiuun…al fatihah…

  9. muhasabah says:

    Ajal dan maut di tgn tuhan..tidak kira muda atau tua. Hormati yang telah tiada dan hormati perasaan keluarga mereka. Semoga roh Tunku ditempatkan bersama golongan beriman dan tenang di alam sana..amin Buat keluarga diRaja Johor..moga tabah dengan ujian dari yg maha Esa. Allah lebih menyanyangi tunku. Al fatihah

  10. buchu-buchu says:

    sebelum ni dah bawa jalil berubat di guangzhou.. keadaan stabil sekejap.. kanser hati tu dah sampai stage 4 tahun ni. menghitung hari.. detik demi detik.. ajal tidak dapat ditangguh jua… doktor mengesahkan tunku laksamana johor, tunku jalil mangkat pada jam 7.11 petang.. jantung sudah tidak berdegup.. badannya kaku terkujur layu.. ahli keluarganya yang berada di sisi katil sedih hiba tak terkata.. apakan daya, salah seorang ahli keluarga diraja johor pergi buat selamanya.. tidak berkahwin, tidak meninggalkan zuriat.. nevermind, abang dan adiknya masih survive dan akan melahirkan zuriat untuk keluarga diraja johor. muka gebu-gebu buchu-buchu, berbulu-bulu..

    berkabunglah johor selama 3 hari.

Leave a Reply