Menu Utama

Ahmad Razali Wakil Tabung Haji Dalam ERL, Tapi Pengajaran Untuk Mahathir

razaliPendedahan dokumen perjanjian antara Express Rail Link Sdn Bhd (ERL) dengan Kerajaan Malaysia membabitkan tanda tangan Datuk Ahmad Razali Mohd Ali menimbulkan kontroversi politik terbaru dalam negara.

Allahyarham Datuk Ahmad Razali merupakan adik kepada isteri Tun Mahathir Mohamad, iaitu Tun Siti Hasmah Mohd Ali. Ini mencetuskan spekulasi tidak enak bahawa Ahmad Razali merupakan proksi YTL dalam ERL dan dilantik sebagai Pengerusi Eksekutif syarikat terbabit.

Ini tidak benar sama sekali kerana kedudukan Datuk Ahmad Razali sebagai Pengerusi Eksekutif ERL pada 1997 ialah kerana mewakili Tabung Haji. Pada masa itu Tabung Haji mempunyai saham sebanyak 40% dalam ERL kedua terbesar selepas YTL.

Namun ini memberi pengajaran kepada Tun Mahathir agar tidak mudah membuat tuduhan tidak benar kepada Mohd Najib Razak termasuk membuat gambaran seolah-olah anak tiri Perdana Menteri, Riza Aziz, mengambil wang 1MDB untuk membina kekayaan di luar negara.

Dalam isu ERL yang menjadi masalah bukan siapa yang tanda tangan tapi mengapa dibuat perjanjian sedemikian rupa sehingga menimbulkan masalah hari ini.

Yang bermasalah ialah membuat perjanjian konsesi yang tidak masuk akal dan menyusahkan kerajaan hari ini.

Yang salah ialah cuci tangan dan kemudian menyalahkan kerajaan hari ini kerana enggan membayar subsidi yang besar kepada syarikat terbabit.

Yang salah ialah tuduh anak Najib Razak ambil duit 1MDB tanpa sebarang asas bukti pun.

Sungguhpun Razali bukan proksi YTL tapi ia bukan bermakna YTL bukan Tun Mahathir.

Lebih tepat ialah Razali sendiri boleh dianggap “proksi” Tun Mahathir sejak menjadi Menteri Besar Selangor dan kemudiannya Pengerusi Tabung Haji.






6 Komen to Ahmad Razali Wakil Tabung Haji Dalam ERL, Tapi Pengajaran Untuk Mahathir

  1. mata-mata says:

    Apa kata MAMAK KERALA mengenai pekara ini?

    Nothing2Hide..??

    or Sinis2Hide…???

    Siapa tak kenal MAMAK KERALA bila jawab soalan, jarang-jarang jawab soalan dengan serius..

  2. James Wong says:

    Rakyat perlu sedar bahawa Tun M sudah tidak relevan. Nampak sangat Tun M hanya menjaga kroni-kroninya. Tindakan Tun M untuk menentang Najib hanyalah demi kepentingan diri semata-mata, bukannya untuk rakyat. Jangan lupa yang Najib telah memansuhkan ISA yang disanjungi oleh Tun M. Tidak seperti zaman Tun M, kini bersifat lebih transparen.

  3. kri says:

    JAGA KRONI, ORANG LAIN DAPAT RASA JUGA, BUKAN SEORANG DAPAT RASA, TETAPI ADA ORANG MASUK AKAUN PERIBADI SEORANG SAJA MAKAN.

  4. burrpp.. says:

    kri,
    Pikir sendirilah, ada akal guna, ada mata baca, jangan pakai serbu je

  5. kakak says:

    http://malaysiadailyopinion.com/politics/mahathir-cheated-malaysia-and-bhumiputras-to-become-one-of-the-richest-politician-in-the-world/

  6. rockers says:

    bodohnye mykemut.najib parti mane ye masa tu…kn ni keje umno dulu Kini Dan selamanye

Leave a Reply

Threesome