Menu Utama

Ahli MT Pertikai Tindakan Timbalan Pengerusi Tetap Sekat Ucapan Fathul Bahri

Beberapa orang Ahli Majlis Tertinggi UMNO menyuarakan rasa tidak puas hati dengan tindakan Timbalan Pengerusi Tetap menghalang ucapan Ustaz Fathul Bahri Mat Jahaya ketika berucap menyokong usul Ucapan Presiden UMNO petang tadi.

Menurut sumber, ahli MT terbabit menyatakan perasaan tidak puas hati tersebut dalam Whatsapp Group MT.

Tindakan Mohamad Aziz turut menimbulkan tanda tanya di kalangan pemerhati politik sama ada beliau cuba menganggu ucapan menyokong Presiden UMNO.

Adalah sangat aneh untuk Timbalan Pengerusi Tetap menghentikan ucapan pembahas tanpa mendengar apa yang pembahas tersebut sebutkan. Sebelum ini terdapat khabar angin Mohamad Aziz antara yang menyokong Tan Sri Muhyiddin.

Fathul Bari sebelum itu sedang memberi contoh-contoh sejarah zaman Rasullullah mengenai taat setia fitnah yang berleluasa tiba-tiba dihentikan oleh Mohd Aziz yang menganggap tidak lagi perlu lagi membentangkan sejarah Rasulullah mengenai fitnah kerana takut masyarakat umum salah faham.

Namun Fathul ketika ditemui bersangka baik dan menganggap mungkin Mohamad Aziz tersalah sangka dengan apa yang ingin beliau ucapkan.

“Saya berpendapat bahawasanya Timbalan Pengerusi Tetap mungkin salah faham dengan apa yang ingin saya sampaikan. langsung tidak timbul soal merendah atau mengaibkan Ahlul Bait, mashaAllah tapi saya bukan Syiah, saya Ahlul Sunnah,” katanya selepas didakwa diberhentikan berhujah di PAU 2015, di Dewan Merdeka, PWTC.



Sementara itu, menurut Fathul dalam perbahasan awal, Khalifah Uthman ibni Affan dikatakan pernah berhadapan dengan situasi desakan untuk melepaskan jawatan selaku pemerintah pada zaman beliau, namun tidak dapat melepaskannya atas sebab patuh kepada agama.

“Uthman bin Affan ketika mana dipaksa meletakkan jawatan, dia kata aku tak boleh letak, kenapa? Dia bacakan hadis Nabi Muhammad S.A.W tentangnya, katanya: Wahai Osman, sekiranya ada golongan suatu ketika nanti akan memintamu menanggalkan pakaianmu yang Allah pakaikan untukmu, maka jangan sekali-kali kamu lepaskan.

“Ini bukan soal pemimpin nak kena tukar, nak kena itu nak kena ini. Ini soal nasihat dan perintah agama kepada kita,” katanya ketika menyampaikan ucapan perbahasan ucapan dasar Presiden Umno di dalam Perhimpunan Agung Umno 2015 hari ini.

Fathul yang juga Exco Pemuda Umno berkata bahawa setiap apa yang dikurniakan di dunia ini termasuk kuasa dan jawatan adalah amanah dari Allah kepada hambanya.

Setiap yang dikecap oleh barisan kepimpinan kerajaan Umno dan Barisan Nasional hari ini dakwanya terjadi dengan izin Allah.

“Allah memberikan kuasa itu, kerajaan itu kepada sesiapa pun yang dia nak. Kuasa politik pada hari ini ia datang daripada rakyat, kita kena ingat, rakyat hanyalah penyebab, tetapi penentunya ialah Allah.

“Allah beri kuasa kepada Firaun, Allah beri kuasa kepada Namrud, Allah beri kuasa kepada Thalut, Allah beri kuasa kepada khalifah-khalifah Islam yang empat, Allah beri kuasa kepada kita Umno dan Barisan Nasional untuk mentadbir urus negara ini walaupun rakyat adalah penyebab, kita wajib beriman dan mempercayai ia datang dan pergi dengan kehendak Allah.

“Sebab itu saya tekankan, kesan kepada fitnah dan ujian ini cukup besar kepada manusia. Umar Al-Khatab, dia diuji dan kemudiannya dibunuh, Osman diuji dan dibunuh, Ali bin Abi Talib diuji kemudian juga dibunuh, kesan kepada ujian sangat-sangat besar, malah Aisyah juga diuji. Adakah ini bererti seseorang yang diuji itu bererti dia tidak baik, bererti dia zalim..tidak!

“Kita semua (hari ini) diuji dengan isu-isu di sekeliling kita, yang membantutkan perjalanan parti kita, dakwah kita,” katanya lagi.






10 Komen to Ahli MT Pertikai Tindakan Timbalan Pengerusi Tetap Sekat Ucapan Fathul Bahri

  1. burrpp.. says:

    Risau pula jika PAU ini akan menjadi bibit-bibit perpecahan di dalam UMNO. Alhamdulillah, walaupun ucapan Ustaz Fathul Bari disekat, namun maksud ucapan tersebut tetap sampai.

  2. sman says:

    Tak apa lah di sekat pun,ahli Umno dah faham.Rasanya selepas ucapan PM Najib,ramai yg dari kem Tun Mahathir rasa lain macam,kerana merasa masa depan mereka dalam Umno akan suram kalau terus bersama kem tersebut.Mereka tak sangka PM Najib cukup tegas dan berani.Apa yg berlaku memang menepati apa yg di tulis oleh RPK,di bawah tajuk ‘Dr Mahathir’s last hurrah adn Najib’s masterstroke’ .

  3. megat says:

    Aku tak faham klu masih ada ahli umno yg masih ada sentimen kenegeriaan utk menyokong seseorg pemimpin. Aku sendiri klu pemimpin dari negeri aku yg mmg nak menghancurkan umno atau tak perform tak payahlah jadi org2 atas. Timbalan skrg org negeri aku, tapi sorry la, aku tak berapa suka sebab byk sangat retorik. Aku cuma berdoa dia tidak hanya menjadi tukang gempak yg bermusim dan menjadi betul2 hebat satu hari nanti. umno sepatutnya dgn kuasa yg ada, perlu berani dan drastik utk mengambil tindakan apabila maruah melayu islam diperkotak katikkan, tidak hanya melayu aje yg diambil tindakan….cepat pulak tu. Kalau depa karang, lepasssss……

  4. jebon says:

    Umno semakin tenat di bawah Najib.
    PAU pun dah dibuat secara tertutup, dulu rakyat seronok tengok dan dengar keletah pembahas2.

    La ni, rakyat kena tengok muka Najib sokmo, sessi penggulungan pun muka Najib lagi.

    Entah bila la ahli2 Umno yg jadi perwakilan ni nak sedar diri.

    Dlm PRU12, rakyat dah buat undi protes kpd Pak Lah dan General Perang BN Si KJ yg mengakibatkan Penang, Selangor, Kedah, Perak dan Kelantan melingkup ke tangan pembangkang.

    PRU13, bila Najib jadi General Perang, banyak betul rekod baru dicatat :

    — undi majoriti BN semakin merudum.

    — Tsunami undi Cina berlaku pertama kali dlm sejarah.

    — BN gagal mendapat majoriti mudah 2/3 di parlimen, ini sejarah baru utk BN sejak ORU diadakan.

    — MCA sgt terkesan dan malu dgn kekalahan besar calon2 mereka hingga menolak jawatan yg ditawarkan dlm kabinet.

    — Gerakan, hampir pupus kedudukkan mereka di mata pengundi2 Cina.

    — MIC, menerima nasib yg sama, sehingga sekarang masih bergomol sesama mereka.

    — PAS yg selama ini dianggap parti lebai, parti kampung berjaya menguasai kawasan2 elit dan menjuarai pemenang terbanyak kawasan di Selangor.

    — Amat menarik, taiko besar Umno sprt Ali Rustam dan Noh Mohd, tersadai di tangan calon lawan.

    — Calon2 pembangkang di Selangor dan Penang, mengukuh dgn undi majoriti yg lebih dan sangat besar.

    — Teresa Kok, menjuarai undi majoriti terbanyak, Najib ditempat ke 9.

    Maklumat terbaru drpd mulut Najib sendiri dlm PAU 2015, sebahagian drpd 2.6b telah dibelanjakan utk membantu Umno, Friends of BN, para blogger yg kuat merajuk.

    TAPI, KENAPA KEPUTUSAN PRU13, SANGAT HAMPEH !!!

    Ada sesiapa yg nak bantah fakta aku pasal PRU13 di bawah General Pahlawan Tersohor Bugis ni?

    Berubahlah minda kamu wahai pemakan2 dedak Najib.

    Jangan nanti, ahli2 Umno dan penyokong2 BN sendiri yg buat undi protes kpd BN dlm PRU14, semuanya kerana benci dan meluat kpd seorang yg bernama Mohd Najib bin Abd.Razak.

    Korang, bertepuk tangan kuat2, melaung2 Hidup Najib di PAU.

    Di luar, rakyat meludah2 dan berkahak sebaik saja nama dan wajah Najib terpampang di media2.

    Biar buta mata, jangan buta hati, sila layari FB Najib utk lihat kemarahan dan kebencian rakyat.

  5. sireh ke gagang says:

    rakyat pakatan haram je meroyan kat fb najib tu jebon. jenis mcm ko la. ada niat nak jatuhkan pimpinan negara . kau ingat , dgn tsunami cina , dah cukup ke buat BN jatuh ? berapa peratus cina dalam malaysia ni ? selagi melayu masih lagi merupakan bangsa terbesar dalam negara , kau dgn impian kau , dghn tsunami cina kau , boleh blah & boleh jalan.

  6. Anak_Nogori says:

    Tu tentu barua DAP tu..org begini yg patut melayu berhati2…ingat pesanan najib..

  7. azmi says:

    Setuju dengan megat, dalam sebuah keluarga, bapa memainkan peranan penting mencorakkan hidup berkeluaga..kalau bapa jenis penyamun dan tak bertanggungjawab, keluarganya akan kucar-kacir. Bapa kena menunjukkan contoh yang baik kepada ahli keluarga..selama ini saya lihat UMNO tidak besalah, yang bersalah pemimpinnya..Najib ada masaalah peribadi..dia meletak dan mengheret UMNO untuk menyelesaikan masaalah peribadinya..dia mahu kekal sebagai PM kerana PM ada imuniti..nak jadi PM mesti kekal sebagai presiden UMNO..nak kekal sebagai presiden mesti cari penyokong..budaya UMNO dari dulu lagi nak suruh orang sokong kena kuar duit..dan najib memang ada duit, kuasa dan imuniti..
    Jika orang ini dikekalkan sebagai presiden maka dia akan jadi PM lagi jika BN menang PRU14 (aku yakin BN Menang)..Dia tidak ada hala tuju dan wawasan memajukan negara ini..dia cuma hendak kuasa dan imuniti supaya tidak didakwa..didalam negara dia ada kuasa untuk meletakkan orang-orang dia didalam PDRM, Tentera, Peguam Negara, KSN dan sebagainya..malahan YDP Agung pun tidak dapat berbuat apa-apa kerana raja-raja melayu adalah raja berpelembagaan dimana tindak-tanduk Agung adalah diatas nasihat perdana menteri.(Fasal 39 Perlembagaan Persekutuan) Diperingkat antarabangsa Najib akan tunduk kepada kuasa besar seperti amerika dengan menandatangani beberapa perjanjian berat sebelah contohnya seperti TPPA..menjual aset negara seperti setesen janakuasa kepada syarikat negara cina dll. Kuasa besar dunia akan mengambil kesempatan diatas kelemahan kerana najib bermasaalah.
    Kepada ahli UMNO seperti Meriam buluh, memang teruk,sireh kegagang dan yang seangkatan dengannya..nasihat saya sayangilah negara ini..tak salah anda menyayangi UMNO dan BN tetapi fikirkanlah masa depan rakyat dan negara ini..janganlah hanya mendapat upah yang tidak seberapa sanggup menggadaikan maruah dan diri semata-mata untuk mengekalkan orang bermasaalah begini..bertanggungjawablah kepada negara bukan kepada penjenayah ini..

  8. megat says:

    Oopps sory, post yg aku maksudkan utk mahyudin bukan najib, apbila timb pengerusi tetap dari johor seolah mnyokong mahyudin….aku taat pada pemimpin dan sebagai rakyat biasa penerangan simple yg najib bagi sudah memadai kecuali kalau aku pembangkang yg berkali2 dijawab pun tak berpuas hati.

  9. Meriam Buluh says:

    azmi dah meroyan. Hahaha…

  10. sayang negara says:

    benar kata azmi…setuju

Leave a Reply

Threesome