Menu Utama

Agaknya Bagaimana Pembangkang Nak Hapus Semua Perjanjian Konsesi Era Mahathir?

12141083_422125681319830_1360974486132134989_o

PENULIS pernah sebutkan sebelum ini bahawa masalah di negara kita seperti kenaikan tol, kenaikan tambang dan sebagainya, adalah disebabkan pelbagai perjanjian konsesi berat sebelah yang diwarisi zaman berzaman dari pentadbiran terdahulu, senang cakap masa Tun Mahathir jadi Perdana Menterilah.

Konsesi ini betul betul membebankan kerajaan dan rakyat.

Sebagai contoh, kita ada perjanjian konsesi yang menyatakan harga perkhidmatan perlu dinaikkan setiap beberapa tahun sekali (atau kerajaan kena bayar pampasan), ada juga perjanjian konsesi yang menyebut kerajaan wajib membayar sejumlah wang kepada syarikat konsesi sekalipun perkhidmatannya tidak digunakan dan sebagainya.

Lambakan konsesi inilah yang memeningkan kepala pentadbiran sekarang.  Bila caj, tambang atau tol terpaksa dinaikkan, semua orang marah kerajaan seolah-olahnya dalam sejarah tidak pernah ada kenaikan seumpamanya dilakukan mana-mana Perdana Menteri sebelumnya, hanya ketika era pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak, tak betul tu.

Najib terpaksa menghormati perjanjian ini semua kerana dari segi undang-undangnya, ia adalah perjanjian yang sah pada waktu ia dibuat.

Jadi kalau Najib pun tak boleh nak batalkan perjanjian ini sekalipun diakui ianya berat sebelah dan membebankan, agaknya bagaimana pembangkang pulak nak melakukan perkara ini kalau mereka jadi kerajaan?  Perjanjian dengan kerajaan Malaysia, bukan dengan kerajaan BN, kena ingat tu.  Tak terbatal pun perjanjian ni kalau pentadbiran bertukar tangan.

Yang kita nampak, kalau pembangkang jadi kerajaan pun, mereka akan warisi masalah yang sama dan segala janji yang ditabur masa kempen pilihanraya akan jadi sekadar itu sajalah, janji.  Macam DAP sebelum dapat Pulau Pinang, kempen nak hapus tol Sg Nyior, lepas dapat kuasa (dan masih kekal berkuasa sampai sekarang), tol Sg Nyior masih ditempatnya.

Oleh yang demikian, berhentilah menipu rakyat konon nak hapus sana sini untuk kurangkan kos sara hidup.  Kempen kalau minyak murah segala benda jadi murah pun dah tak dengar-dengar lagi dah.






5 Komen to Agaknya Bagaimana Pembangkang Nak Hapus Semua Perjanjian Konsesi Era Mahathir?

  1. syaa says:

    menifesto bukan janji tapi kencing hancing.ingat…

  2. Hantu Gigi Jarang says:

    Penjanjian konsesi tak salah. Yang salah ialah kegagalan Najib menyambung kepesatan pembangunan ekonomi yang menyebabkan kekayaan rakyat menyusut begitu teruk. Pergi bincang dengan cina kalau nak tahu kenapa dia orang sokong Tun tapi tidak Najib. BN dan UMNO tidak akan dapat memerintah lagi kalau sokongan cina dan india zero dan sebahagian orang melayu yang dulu menyokong UMNO tidak lagi sanggup bersekongkol dengan pimimpin yang pecah amanah, rasuah yang merupakan dosa amat berat di dalam Al Quran. Lebih berat dari makan daging babi beb…

  3. pine says:

    Hantu Gigi,
    Betul ke rasuah? Banyak orang ko fitnah tu. Ahli umno dalam 3 juta. Kalau tak betul, fitnah tu lebih besar dosanya dari membunuh. Kalau dah banyak pahala, teruskan. Takut nanti habis pahala kena sedut kat akhirat. Ko cari la Najib kat sana besok. Tak pun Najib cari ko nak bagi dosanya.

  4. Terbang says:

    Kawan kawan dalam mykmu. Tentang ekonomi ni kita dalam manipulasi yg panjang lagi keliru dan setengah org sgt sengsara, cam aku ni kontraktor, tapi dah 2 tahun tak dpt tender/job income skrg ni hanya rm 300 saje sebulan pasal satu tender masuk pun tak dapat. Lepas tu duit yg ada yg sikit tu lagi nak kena beli borang tender yg banyak dalam 100-200 borang setahun dan biasanya tak dapatlah,bayaran pulak sgt lama, jadi tak mampu nak cite dah – sistem pulak dah lock macam vendor tnb jadi guna lah lesen mana ada, hidup kena diteruskan, lepas siap keje , pomen ke technician buat dek je, jadi proses bayaran sangat lama dengan margin 10% je kalu nak dapatlah. Bukan nak menyalahkan kerajaan ke apa just nak sharing kurang kurang sampai gak massage kot boleh di review gak masalah ni.sebab dengar govt nak wat masuk 1.5 juta bangla- aish banyaknya job kot boleh di switch contraktor melayu yg dahagakan kerja,ni diserap ke industri tertentu, juga jika dilihat dalam mudah.com lihat bhg servis page dah mencecahberibu supplier ygdahagakan kerja jika dpt diserap golongan ini ke industri ( sehingga perlu ke 1.5 juta bangla tu).

    Jika ssetengah org kata dgn income 4k pun dahperit , kami yg tak da job/tender ni lagi lah sebenarnya dan tak tahulah nak kategori mana-miskin tegar berangkali,

  5. […] Sumber: http://www.mykmu.net/2015/12/agaknya-bagaimana-pembangkang-nak-hapus-semua-perjanjian-konsesi-era-ma… […]

Leave a Reply

Threesome