Menu Utama

Agak Ada 15 Juta Rakyat Naik ERL Sehari?

20151202201437

JANGAN silap, penulis sebenarnya sama macam orang lain kat Malaysia ni –  gaji nak tinggi, perkhidmatan (apa jenis pun) nak kelas satu tapi harga mesti murah, rendah, percuma sampai mati pun kalau boleh.  Typical Malaysian kata orang.

Tapi dalam masa yang sama, seperti menangani isu kenaikan tambang pengangkutan awam sekarang ni, kena pijak atas bumi nyatalah sikit.

Contohnya macam tambang Komuter naik RM 0.04 sen/km (patut RM 0.20/km) yang berkuatkuasa kelmarin.  Itu apa nak bising?  Paling akhir ia naik ialah pada tahn 2002 – ketika Tun Mahathir masih jadi Perdana Menteri lagi.

Tun Mahathir kini dah naik pangkat pun, dah jadi Pengerusi Council Of Elders dah, baru tambang komuter naik sekali lagi.

Dalam tempoh yang panjang ni (13 tahun) banyak benda dah berubah, banyak benda dah meningkat, jadi adalah justifikasi kenapa tambang itu naik.  Nak sokong kerajaan tak sokong kerajaan tu bukan isu.  Yang memekak pasal tambang komuter naik ni, dulu tak sokong kerajaan, sekarang pun tak sokong kerajaan, apa bezanya?

Kalau tak tambang, minyaklah, itulah inilah.

Yang pentingnya sekarang, apa pun kenaikan yang diumumkan kerajaan itu adalah wajar dan tidak keterlaluan sampai memiskinkan rakyat.  Buktinya, sehingga kini tak dengar lagi sesiapa hilang kerja sebab tak mampu nak bayar tambang komuter untuk ke tempat kerja? Ada ke?

ERL ni pun satu hal juga.  Dari cara ia dikisahkan, seolah-olahnya separuh penduduk Malaysia ni menggunakan perkhidmatan tersebut.  Walhal yang dok selalu guna ERL ni penulis rasa tak sampai 10% pun dari penduduk Lembah Klang (bukan satu Malaysia pun), itupun majoriti hanya disekitar Putrajaya dan TBS.  Yang terus nak ke KLIA dari KL Sentral ini sebahagian besarnya adalah penumpang kapal terbang yang suka daftar masuk saat-saat akhir.

Jika itu mahal, pilihan lain pun ada, seperti bas, teksi dan sebagainya – mana mana pun lebih murah dari guna kenderaan sendiri.  Jadi janganlah bila bercakap soal tambang naik tu seolah-olah langit nak runtuh dah.

Menjadi kerajaan perlu ambil kira semua perkara, bukan satu dua perkara sahaja.  Cakap pasal kos sara hidup ni, sejak bila yang kos sara hidup di Malaysia ni makin lama makin rendah?  Dulu kita sekolah karipap berapa, hari ini karipap berapa?

Pendek kata bising-bising pasal kenaikan tambang ini hanya isu yang dipolitikkan, bukan benar-benar menyusahkan rakyat.






11 Komen to Agak Ada 15 Juta Rakyat Naik ERL Sehari?

  1. azmi says:

    kalau dah tau benda tu tak perlu bagi rakyat malaysia yang kau buat pasal apa? buat la sistem pengangkutan untuk rakyat baru la betul..ini buat projek cuma nak untungkan kroni..tak ada keuntungan buat rakyat..

  2. semangat dato' haron says:

    Naikkan je…dorang ni ada bajet lebih g shopping brg2 branded dan melancong oversea. Korbanlah sikit dr bajet tu. Mana yg x mampu nanti Najib bagi BR1M. Kalo pandai plan bajet, x de masalah.

  3. anon says:

    masalahnya…yang guna ERL pun ramai staf gomen…yang mana ada urusan rasmi kat KL akan guna ERL..nak gi Putrajaya pun naik ERL..dah lar bajet potong..tambang lar naik gila…

  4. aku la says:

    Naik atau tidak ERL .. ada tertulis dalam manifesto tentang kenaikan tambang tu.ianya dimungkiri. Orang memerhati ..

    Juga banyak perkara2 lain..yg juga dimungkiri

    Ianya akan salah satu jadi faktor utk org marhaen buat keputusan dlm PRU nanti.

  5. Bakar Abu Bakar Abu says:

    Sebenarnya hidup ni ada pilihan. Nak buat pahala ataupun dosa. Nak cerita yg benar ataupun fitnah. Naik ERL ataupun Bas. Kata org tua2 ‘Tepuk dada tanya selera’.

  6. sireh ke gagang says:

    tak mampus pun klu tak naik ERL ni. kebayakan yg memekak pasal tambang ERL nie bukan dia pengguna tetap ERL pun. jenis attention seekers shj. sama la mcm pembangkang , mahathir .kalau takde isu , org takkan pandang cakap2 puak bodoh ni.mereka hidup dengan isu ,bernyawa pun dgn isu.

  7. bakar berabuk says:

    naik motor aje. pokok pangkal diri sendiri aje. banyak sangat cekadak pulak ERL naik tambang. aku tengok tak leh ramai mana pun naik ERL tu

  8. Meriam Buluh says:

    ERL tu keperluan kelompok rakyat yang mahukan beberapa keselesaan dan keistimewaan yang lebih daripada beberapa pilihan pengangkutan awam yang ada. Jadi bersedialah untuk bayar lebih. Tak nak bayar lebih pilihlah pengangkutan awam yang lain. Tak perlu tunjuk bodoh memekak tak kena pada tempatnya. Malu la sikit..

  9. Haizal Azreen says:

    Dulu masa harga minyak naik, rakyat disuruh untuk menggunakan perkhidmatan awam. Biarpun rakyat tahu taraf perkhidmatan awam di Malaysia ni masih memerlukan banyak perubahan dan pembaharuan, rakyat tetap akur.

    Dan masa harga tol naik, rakyat masih disarankan untuk menggunakan kemudahan awam. Sekarang harga tambang perkhidmatan awam dah naik, apa pulak yang nak disarankan kepada rakyat? Jalan kaki pi kerja? Naik basikal gi kerja?

    Entahlah..

  10. rockers says:

    nk murah bg no keahlian umno.tentu mura h .gomen kn umno.

  11. Pengguna says:

    Mattt oo mattt sorry la mencelah, bukan apa, x sampai pun apa aku tulis ni kat najib razak, sekadar berkongsi. apa masalahnya ERL dinaikkan? lepas tu bas bas gomen sume tu sume? mana nak taruk mattt? mattt asing nak buat passport masuk sini pun dah brpa ringgit matt sekali pendaftaran tu mattt? pernah ke kosong mattt jabatan pendaftaran. tu blm campur lgi yg duit duit lain sume mattt, lebih mattt jutaaan ringgit Malaysia dapat hari hari mattt silap silap berbillion, sudah jatuh di timpa tangga dengan gst semua tu, yang byk kerja kat Ibu Kota pun xramai dah org Malaysia, penuh dgn pendatang apa ni mattt? mana pergi penguasa check passport depa semua? tahu tahu orang Malaysia kena bunuh ke apa ke salahkan siapa mattt? haihh mattt impian lah 15 juta rakyat Malaysia nak naik bendalah ni, buang laa semua Indon Indon ke Bangla ke pendatang asing ni betul betul, biarlah anak anak Malaysia yang berkerja, ni engkau sendiri bagi ruang macam mana anak anak Malaysia nak maju mattt? Apa guna anak anak Malaysia ni belajar tinggi tingggi tapi takde kerja mattt, kesian mattt aku tengok, INGAT MATTT AKU TAKKAN CAKAP MACAMNI SEBAB AKU SANGGUP JUAL KERETA SEBAB ENGKAU CAKAP GUNALAH PERKHIDMATAN AWAM, TAPI NI PERKHIDMATAN AWAM PULAK NAIK, LARI MATTT BAJET BIARPUN TAK BAYAK RM0.04 PUN ENGKAU KIRA SENDIRI MATTT AMIK GAJI PALING BASIC ENGKAU JANJI DULU RM900 BERAPA SEN MATTT NAK SIMPAN? PERGI DAN BALIK DAH RM0.08 SEN MATTT FIKIR SENDIRI MATTT. KAMI DAH TAK SANGGUP DAH MATTT. KAMI PERLUKAN PENGGANTI UNTUK BINA BALIK SEMUA NI TU JE MATTTT, JADILAH JALANAN YANG PEGANG RM30 JE PERGI DAN BALIK KERJA, DAN TENGOK BALANCE BERAPA MATTT. TU LUAHAN HATI MATTT, TERIMA KASIH MATTTT INGAT ALLAH SWT DALAM SETIAP PERKARA NESCAYA AKAN ADA JALAN PENYELESAIAN WAHAI SELURUH MENTERI MENTERI JURU AUDIT JURU AUDIT SEKALIAN DI MALAYSIA DAN TAK LUPA SEMUA BIJAK LAGI PANDAI DAN BIJAKSANA BELAJARLAH MENJADI RAKYAT SEBELUM MEMBUAT KEPUTUSAN UNTUK RAKYAT, LAGI KERAJAAN SUSAH UNTUK KAMI (RAKYAT MALAYSIA) LAGI BANYAK KAMI SUMBANGKAN, AMBILLAH CONTOH NEGARA NEGARA YANG PERNAH MENGALAMI MASALAH NI SESUNGGUHNYA MENGAMBIL IKTIBAR TU KAN LAGI INDAH. TERIMA KASIH MATTT BUKAN APA GERAM(TAPI AKU TAHU RAMAI LEBIH DARIPADA GERAM)! PILIHAN RAYA UMUM NANTI KAU TAKKAN MUNCUL LAGI DI ERA TU YE. MUAHHHH MUAHHHHH

Leave a Reply