Menu Utama

Ada pihak kelirukan rakyat.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menyelar sikap sesetengah pihak yang sengaja mengelirukan rakyat tentang punca sebenar kenaikan harga barang dan perkhid­matan.

Beliau berkata, tindakan pihak berkenaan yang cuba menyalahkan kerajaan semata-mata, walhal kerajaan berusaha gigih mencari jalan bagi mengawal harga barang yang naik akibat faktor luaran.

‘‘Contohnya, kerajaan telah mengumumkan diskaun-diskaun khas pengangkutan awam baru-baru ini,’’ katanya melalui ‘podcast’ yang disiarkan di blognya www.najibrazak.com hari ini.

Di samping itu, Perdana Menteri berkata, kerajaan juga sedang meneliti langkah-langkah bersesuaian yang perlu dan mampu diambil.

Dalam pada itu, Najib berkata, walaupun kerajaan telah sedaya upaya mencari jalan bagi meringankan beban rakyat, adalah penting untuk orang ramai mengetahui punca sebenar kenaikan harga barang dan perkhidmatan berlaku.

Katanya, pertama sekali adalah faktor luar yang memberi tekanan terhadap ekonomi negara susulan penurunan harga minyak mentah dunia.

‘‘Apabila harga minyak mentah dunia turun, maka pendapatan kerajaan berkurangan. Dalam konteks ini, dijangka lebih daripada RM30 bilion pada tahun hadapan.

‘‘Maka sukarlah untuk kerajaan melakukan campur tangan seperti menambah subsidi,’’ katanya, sambil memberi analogi jika seorang individu diturunkan atau dikurangkan pendapatannya, maka terbataslah kebolehan dan kemampuannya untuk berbelanja.

Kedua, kata beliau, kesan daripada pendapatan negara yang berkurangan, pelabur akan menjual ringgit untuk melabur di negara yang tidak terkesan dengan kejatuhan harga minyak.

Keadaan itu, kata Perdana Menteri mengakibatkan prestasi ringgit menguncup dan menyebabkan harga barangan import menjadi lebih mahal.

BERNAMA






5 Komen to Ada pihak kelirukan rakyat.

  1. sman says:

    Di Malaysia saja rakyat menganggap harga barangan bukan di tentukan oleh hukum ekonomi-permintan dan penawaran.Itulah sebabnya mereka hanya mahukan kerajaan mengawal harga tapi mereka tidak perlu mengawal perbelanjaan mereka.Kerajaan misti turunkan harga dan mereka pula boleh terus meningkatkan permintaan mereka,beli tanpa mengira keperluan,berbelanja mengikut nafsu,kewangan peribadi tidak perlu di rancang,masa lapang banyakan releks dan bersantai bukan berusaha utk menambah pendapatan.Sementara itu pengeluaran barangan juga tidak perlu di tambah,produktiviti juga tidak perlu di tingkatkan.Harga barangan perlu di turunkan oleh kerajaan,itu saja kehendak rakyat (tidak termasuk saya).

    Satu ketika dulu minyak di katakan sebagai komoditi yg tidak mungkin akan merudum harganya,malahan di jangkakan akan meningkat sehingga 240 USD se tong,dan perut bumi pula akan kekeringan bahan tersebut.Sekarang sebaliknya pula yg berlaku,harga merudum di bawah USD 40,dan tempat simpanan stok bahan tersebut yg melimpah ruah pula yg di katakan tidak akan mencukupi yg bakal menyebabkan harga merudum lagi.Bagaimana ini boleh berlaku?.OPEC yg dulunya memang berperanan dalam mengawal harga minyak kini sudah gagal utk berfungsi.

    Kerana terlalu banyak berpoltik rakyat Malaysia,orang Melayu terutamnya lupa berkaitan dgn ekonomi dan hukum ekonomi.Menjatuhkan PM Najib lebih perlu mereka utamakan dari membantu beliau menguruskan ekonomi,kerana PM Najib ini seorang yg terlalu ‘powerfull’,apa saja yg berlaku adalah kerana beliau,itulah sebabnya beliau perlu di jatuhkan.Selamat terus mencuba.

  2. semangat dato' haron says:

    Mslhnya rakyat Malaysia yg emotional berfikir semua masalah akan selesai jika Najib turun. Mereka sering membandingkan zaman Najib dgn zaman Mamak Kutty yg kononnya lebih baik terutamanya Gen Y yg naif dgn keadaan zaman tersebut. Hakikatnya krisis ekonomi 90an adalah jauh lebih buruk dan mamak Kutty ditolak oleh majoriti org melayu di seluruh negara. Sekurang2nya di waktu skrg walaupun kesempitan, kebanyakan kita masih mampu mencari kerja berbanding di zaman beliau pengangguran dan pembuangan kerja berleluasa. Bersabarlah dlm bbrp tahun sehingga kelembapan ekonomi pulih.

  3. system baru says:

    Aku masih ingat zaman tun m ITU’ bank2 di paksa bergabung kemudian ramai kena buang kerja, mereka sangup bekorban tak mahu bank tempatan tutup sebab tak cukup modal, zaman Sekarang baru uji sikit harga barang naik dah gelabar belum lagi kena buang kerja

  4. HANG TUAH says:

    BETUI TU SISTEM BARU

  5. semangat dato' haron says:

    Ini semua masalah Gen Y yg manja. Dorang x pernah merasa susah krisis ekonomi 80an dan 90an. Patutnya masa 2009 kita pun terjebak dgn impak sub-prime crisis namun Najib naik jd PM dia lancarkan stimulus package utk menghalang kesan krisis tersebut. Rasa meluat Gen Y skrg yg kononnya mendakwa di zaman mamak kutty aman dan makmur je ekonomi seolah2 mereka dh dewasa pd zaman tersebut. Tanyalah ibu bapa mereka zaman tersebut juga mencabar malah mana ada byk bantuan spt BR1M dan Bantuan persekolahan spt skrg. Skrg susah sikit semua salahkan Najib. Nanti kalo Najib dh x de lg, kalo dorang masih susah dorang nk salahkan siapa. Tuhan ke?

Leave a Reply

Threesome