Menu Utama

8.9 Juta Orang Melayu Tidak Daftar Pengundi Dengan SPR

Ke mana menghilang 8.9 juta orang Melayu yang berumur 21 tahun ke atas? Mengapa mereka masih belum mendaftar sebagai pengundi? Malaskah? Liatkah? Perkara remehkah? Atau memang tak mahu sebab pemikiran tidak mencapai tahap sehebat kaum Cina yang tahu tanggungjawab mendaftar.

Itu baharu benda mudah mendaftar pengundi. Kalau untuk mencecah tahap hebat sebagai pemain ekonomi macam orang Cina, baru melangkah setapak dua, sudah tersungkur.

Bukan sengaja atau sahaja-sahaja untuk dibangkitkan ingatan ini, tetapi fakta ini turut diluahkan oleh bekas Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abd. Rashid Abd. Rahman.

Sepanjang penulis berurusan dengan Abd. Rashid semasa dalam SPR, beliau berperawakan serius. Tidak suka cakap berlapik. Kalau hendak bertanya kepadanya dalam sidang akhbar atau menerusi te­lefon, mesti yang bertanya itu perlu ada pengetahuan. Kalau tidak, sengaja buka ruang untuk ‘dicilinya’.

Marilah kita ambil serius dan renung dalam-dalam apa kata Abd. Rashid yang kini Naib Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa). Katanya, bilangan pemilih pada 2013 adalah 13.2 juta. Pengundi Melayu berdaftar sebanyak enam juta tetapi bilangan orang Melayu berjumlah 8.9 juta berumur 21 tahun ke atas, lenyap entah ke mana.

“Orang Melayu adalah 70 peratus daripada keseluruhan rakyat Malaysia tetapi mereka hanya mewakili 58 peratus jumlah pengundi. Kalau semua yang layak ini menunaikan hak, jumlah itu sepatutnya 65 peratus tetapi hakikatnya tidak begitu.

“Segelintir pemimpin Melayu berbangga dengan kuasa yang ada sekarang tetapi lupa untuk menambah pengundi. Sedangkan DAP sedang giat mencari pengundi baharu untuk ditempatkan di kawasan tertentu bagi memenangi pilihan raya akan datang,” kata Abd. Rashid.

Ya, memang benar, DAP menang besar pada pilihan raya umum 2013 kerana orang Cina adalah kaum nombor satu yang begitu rajin men­daftar sebagai pengundi. Le­bih-lebih lagi orang Cina di Selangor, Pulau Pinang, Perak, Negeri Sembilan dan Johor.

Tetapi bagi orang Melayu, cukup sedih sekali. Mereka tidak rajin mendaftar. Malah, amat malang sekali, ada orang Melayu yang bekerja di dalam kerajaan sendiri tidak mendaftarkan diri sebagai pengundi kerana malas.

Mereka ini terlampau yakin Barisan Nasional (BN) masih akan menerajui negara lagi. Inilah sikap orang Melayu yang suka ambil sikap sambil lewa. Akibatnya, berdikit-dikit DAP sapu kerusi-kerusi Melayu daripada sekutu-sekutu Melayu mereka juga.

Cuba ambil contoh nyata di Pulau Pinang. Kaum Cina hanya 45 peratus komposisi penduduk. Secara logiknya mereka tidak boleh memenangi pilihan raya sendiri. Bagaimanapun apa yang berlaku di Pulau Pinang adalah Cina adalah 53.38 peratus daripada pengundi berdaftar. Sedangkan jumlah penduduk kaum Cina hanya 45 peratus.

Hal ini berlaku kerana orang Cina di negeri-negeri lain membantu dan menukarkan alamat mereka supaya dapat mengundi di Pulau Pinang. Matlamatnya hanya mahu ‘parti mereka’ memerintah negeri itu.

Cuba lihat orang Melayu di Pulau Pinang. Mereka membentuk lebih 46 peratus daripada jumlah penduduk di Pulau Pinang. Namun orang Melayu yang mendaftarkan diri sebagai pengundi hanyalah 35.7 peratus.

Jadi, walaupun kesemua 35.7 peratus pengundi Melayu yang keluar mengundi memilih BN, mereka tidak akan menang berdepan dengan DAP kerana orang yang mendaftar mengundi hanyalah 35.7 peratus daripada 46 peratus.

Jika berdasarkan jumlah penduduk Melayu di Pulau Pinang, mereka mempunyai peluang untuk menakluki seluruh Pulau Mutiara asalkan dengan syarat kesemua 46 peratus orang Melayu mestilah mendaftarkan diri sebagai pengundi dan mengundi BN.

Tetapi ini tidak akan terjadi kerana orang Melayu yang berminat mengundi hanyalah sebanyak 35.7 peratus, ditambah dari 35.7 peratus terpecah undi pula kepada empat, yakni undi Melayu BN, undi Melayu untuk Pas, PKR dan Parti Amanah pada pilihan raya umum ke-14 nanti.

Di Kuala Lumpur pula, lebih mengejutkan. Berdasarkan statistik pendaftaran pengundi Cina di ibu negara, sejumlah 52.15 peratus orang Cina mendaftarkan diri meskipun penduduk kaum Cina di Kuala Lumpur hanyalah 43.2 peratus.

Ini sekali lagi terjadi kerana hampir kesemua kaum Cina di situ sudah mendaftar. Mungkinkah juga mereka sekali lagi mendapat bantuan dari penduduk Cina dari negeri lain untuk mengukuhkan DAP di Kuala Lumpur?

Orang Melayu yang tinggal di Kuala Lumpur pula mempunyai majoriti penduduk sebanyak 50 peratus. Peratusan ini lebih besar dari majoriti orang Cina di ibu negara. Tetapi Melayu yang mendaftarkan diri sebagai pengundi di Kuala Lumpur hanyalah sebanyak 37.5 peratus.

Sedih, cukup sedih melihat perangai orang Melayu yang malas menjadi pengundi ini. Sudahlah berpecah-belah, hendak daftar mengundi pun malas. Bukan setakat itu sahaja perangai orang Melayu. Sudah mendaftar, malas pula mengundi.

Di depan mata penulis sendiri, di mana-mana sahaja kawasan dan negeri dalam setiap pilihan raya negeri atau umum yang penulis buat liputan, perangai mahu mengundi di awal pagi boleh dikatakan tidak ada dalam kalangan orang Melayu. Apabila mereka melihat ramai sudah beratur panjang, sebahagian besarnya pengundi Cina, orang Melayu akan melekat di kepalanya, ‘tunggulah nanti tengah hari, ada masa lagi ni’. Tetapi menjelang tengah hari, cuaca tiba-tiba mendung, hujan.

Dengan sebahagian besar orang Melayu yang ambil sikap lewa ini penulis percaya mereka ini tidak mengikuti laporan kaji cuaca atau kini meteorologi. Akibatnya alasan hujan, mereka ‘bermalas-malasan’ di rumah. Natijahnya, kuasa diambil dek orang di atas kertas undi. Diri sendiri hanya menjadi ‘tunggul, melihat kejayaan orang lain sahaja’.

Selama mana parti Melayu mahu bergantung kepada sokongan orang Melayu di luar bandar. Rekod menunjukkan sokongan orang Melayu bandar kepada BN (yang perlu dibaca kepada UMNO sebenarnya) menurun secara besar di kawasan bandar pada 2013. Contohnya Selangor. Pada PRU-13 itu, terdapat 119 daerah Melayu dan hanya 20 dianggap bandar.

BN menyapu bersih 78 daripada 99 kerusi Melayu luar bandar tetapi di bandar, BN hanya mampu me­raih lima daripada 20 kerusi bandar. Sudah-sudahlah Melayu berpecah-belah.

Kalau kamu hanya sibuk hendak memeriahkan atau menyemarakkan majlis, perhimpunan atau demonstrasi tetapi malas hendak mendaftar sebagai pengundi dan kemudian, serius mengundi dari awal pagi lagi, kelak gigit jarilah kamu.

Menang sorak kampung tergadailah kamu. Jangan mudah lupa. Jangan jadi pengkhianat kepada tumpah darah kamu sendiri.

– Utusan –






17 Komen to 8.9 Juta Orang Melayu Tidak Daftar Pengundi Dengan SPR

  1. system baru says:

    Sudah tiba masa sprm gerakan pos pendaftaran

  2. sayuti says:

    Mereka berada dlm zon selesa;belum mahu mengambil iktibar dlm situasi semasa, hanya penduduk di kg mutiara saje yg tahu.But its too late, terlajak perahu boleh diundur tapi terlajak undi kg tergadai; silap gaya negara pun boleh ‘tergadai’..kah kah kah

  3. bibo says:

    Bila nak ngundi, sebok cari orang melayu. Dah dapat kuasa, tokey-tokey yang dibelanya. Apa dah jadi dengan kes kotaraya? Mana muka-muka pemimpin?

  4. shahabudin says:

    Kalau UMNO?BN nak menang pada pilihan raya nanti…inilah peluangnya untuk mendaftar ahli-ahli baru. Jangan tunggu saat akhir..sebelum pihak lain mengambil kesempatan..UMNO jangan harap pada sejarah silap. Dulu UMNO dalam sanubari, akan tetapi sekarang UMNO telah dijauhi…

  5. shahabudin says:

    Kalau UMNO?BN nak menang pada pilihan raya nanti…inilah peluangnya untuk mendaftar ahli-ahli baru. Jangan tunggu saat akhir..sebelum pihak lain mengambil kesempatan..UMNO jangan harap pada sejarah silam. Dulu UMNO dalam sanubari, akan tetapi sekarang UMNO telah dijauhi…

  6. bujuk says:

    Dulu2… aku ingat ketua kampung akan ronda kampong dan daftarkan anak2 kampung yg dah 21 tahun. Bukan takat daftar SPR siap daftar parti. Sekarang siapa yg buat kerja ni? Aku bukan ahli UMNO tapi inilah caranya umno nak tambah ahli dan undi. Syaratnya ketua kg. atau pengerusi cawangan kena bagus serba-serbi. Boleh ketengah boleh ketepi, jangan ada isu dlm kampong pilih bulu bagai. Orang melayu kalau orang besar datang pada mereka, bagus pulak tu… senang umno dapat undi. PAS susah sikit sebab, kecuali k’tan mungkin boleh buat camni. DAP mereka sanggup bayar orang muda student untuk tarik orang cina daftar undi, sebab tu ramai yg daftar. Orang melayu cara ni… tak makan, diorang tak percaya orang muda.

  7. jebon says:

    Bagus.

    Akhirnya MYKMU berani buka pekung di dada sendiri.

    Dalam PAU bukan main berkokok mendabik dada kononnya dah ada 3 juta ahli yg menyokong di belakang pemimpin maksum, tulus lagi suci.

    Ini yg dikata ,kokok berderai2 ekor bergelumang tahi.

    Tegaknya kerajaan kerana terasnya Umno.
    Tegaknya Umno kerana simpainya penyatuan Melayu.

    Macamana Umno nak kuat, bila pemimpin sendiri kencing berkeliling.
    KW2 Melayu sendiri menyokong kebatilan.
    Membenam rasa sayang yg baru nak berkembang di hati org Melayu yg baru nak merapat, tetapi disumpah seranah, dicaci keji oleh penyokong kepimpinan Umno sendiri.

    Memang benar fakta, DAP sedang giat dan telah berjaya mengumpul ratusan ribu pengundi baru.

    Tapi Umno di bawah Najib sedang sibuk membuat usung utk menjulang pemimpin Umno yg paling luarbiasa rekodnya dlm sejarah Umno dan kerajaan.

    Bila PAU tiba, bersorak sorai, tepuk2 gembira yg akhirnya menang sorak,kampung tergadai.

    Paling melucukan, ada yg suruh SPRM buka kaunter banyak2 utk daftar pengundi baru.

    Adoyai,
    Bro, sekarang zaman apa bro?
    Faham tak maksud online, manafaatkanlah.

    Tapi tanggungjawab terbesar adalah terletak ditangan Umno.
    Sebab, ini org MELAYU, pengundi MELAYU.

    Umno kenalah lebih rajin,bukan ke Najib tak hantar berguni2 dedak?
    Buatlah kerja, pikatlah mereka, pujuk baik2, tunjukkan teladan bukan penipuan dan kelentongan.

    Sambil menyelam minum air.
    Pengundi baru yg sokong BN dapat.
    Ahli Umno baru pun skan bertambah.

    Lepas tu kita terajang ramai2,Najib dan kuncu2nya keluar drpd Umno.
    Menyusahkan dan memalukan agama, parti dan negara je kerjanya.

  8. Younger But Wiser says:

    Bila pula ada pemimpin UMNO dikatakan maksum? Fitnah..fitnah..fitnah..

    Nak daftarkan pengundi kena ikut cara yang dibenarkan. Bukan boleh buat sendiri online. Pengesahan oleh pihak yang berkenaan masih perlu.

  9. Younger But Wiser says:

    Musuh dalam selimut dan penyokong pakatan retard, pergi main jauh-jauh.

  10. semangat dato' haron says:

    KJ mensabotaj UMNO dgn jentera pemuda yg lemah. Secara jujurnya jentera UMNO banyak disokong oleh wanita dan puteri sahaja. Di manakah pemuda? Oh ye sibuk lepak di Coffee Shop mewah di pusat membeli belah dan hotel2 besar dan juga sibuk bermain golf di padang. UMNO harus mencari pemimpin pemuda yg ikhlas dan berjiwa besar.

  11. sireh ke gagang says:

    semangat dato harun , makan boleh sebarang makan , cakap jgn sebarang cakap. aku ni pemuda UMNO. takde pulak aku duduk cofee house atau hotel 5 stars. jangan sebab kau benci KJ ,habis 1 organisasi kau balun. cakap pakai akal lah. bukan pakai kepala lutut.

  12. jebon says:

    Younger but wiser

    Maksum Najib sampai tak boleh dikritik, ditegur.

    Sanggup buat PAU tertutup.

    Org buat report 1MDB , ditahan bawah Sosma,dipenjara.

    Timbalan Presiden dan Naib Presiden dipecat tanpa alasan ( tak ada satu siaran/pekeliling pun yg menyebut, mereka dipecat kerana bersuara ttg 1MDB, so, apa alasan yg sebetulnya/yg munasabah)

    Timbalan Presiden buat pertama kali dlm sejarah PAU tidak diberi peluang berucap dan merasmikan sayap2 parti dlm PAU.

    Sesiapa saja yg cuba bersuara ttg isu 1MDB dan 2.6b akan dilabel penyokong pembangkang, pengkhianat negara, bebal, bodoh dsb.

    HARI INI 31 DISEMBER 2015.

    Hari yg dijanjikan oleh Najib untuk menutup buku, penyelesaian segala masalah 1MDB.
    Jangan nanti, Najib akan kata ada masalah teknikal, ketirisan dan entah apa kejadah penipuan lagi.

    Untuk makluman.Najib dan penjilat2nya sudah 4 kali menyebut, masalah 1MDB akan selesai 6 bulan lagi, dlm bulan2 yg berlainan.

    Cukup2lah menipu dan memperbodohkan rakyat.

  13. BERLAGAK BODO says:

    kaum muda dh thu la..diaorg x bca utusan tv3 tv 1..diaorg byk research dari tenet..diaorg thu yg mna mnipu yg mna tak…

  14. syaa says:

    cina kata moh kita pakat ramai2 undi dap.melayu kata moh kita pakat ramai2 berpecah belah.bila bersatu cina la dpt untungnya.bila berpecah melayulah yg rugi dan bangangnya.bersatu teguh bercerai roboh.

  15. Tuah says:

    En System Baru…Sprm tu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah..yg buat keja utk daftar pengundi SPR je…yg tu kena betulkn dulu…

    En Admin..mana dpt data yg kata 8.9 juta melayu tak daftar jd pengundi..ni data main2 ke atau ada research di buat…jgn main2 ngan data..salah data salah sgala nye…dapatkan lar data yg betul baru cerita…

  16. Ariff says:

    Kalau betul data ini,mmg yg tak daftar undi perlu dipersalahkan

  17. Ariff says:

    Mca dan Gerakan pun cina juga

Leave a Reply

Threesome