Menu Utama

1MDB: WSJ masih mengitar semula dakwaan tidak berasas

Kenyataan Media oleh 1Malaysia Development Berhad

Dikeluarkan pada 29 Disember 2015

Untuk siaran segera

 
1MDB: WSJ masih mengitar semula dakwaan tidak berasas

Kami merujuk kepada artikel yang disiarkan awal hari ini oleh Wall Street Journal. Dalam nada yang sama seperti liputan-liputan lain berkenaan Malaysia yang dibuat sebelum ini, artikel ini hanya mengitar semula dakwaan tidak berasas dan sama seperti terbitan pertama pada pertengahan 2015. 

Hakikatnya tiada berita sebenar yang terdapat di dalam artikel tersebut. Atas sebab-sebab yang hanya diketahui oleh pihak pengurusannya, Wall Street Journal dengan jelas kelihatan senang untuk menjadi papan kenyataan bagi teori konspirasi dan fitnah yang disebarkan oleh pihak pembangkang di Malaysia. Ini adalah amat menyedihkan bagi pembaca penerbitan ini yang berhak mendapat berita lebih baik.

Seperti yang Wall Street Journal ketahui sepenuhnya, tuduhan-tuduhan yang dibuat adalah merupakan subjek siasatan yang sedang dijalankan secara menyeluruh oleh pelbagai pihak berkuasa di Malaysia. Tambahan pula, seperti yang telah diakui beberapa kali sebelum ini oleh Wall Street Journal di dalam artikel mereka, tiada sebarang dakwaan bahawa berlakunya aktiviti-aktiviti yang menyalahi undang-undang. 

Oleh itu kami amat bingung dengan tindakan Wall Street Journal untuk terus-menerus berkempen untuk menjatuhkan 1MDB dan Malaysia, dan kami menggesa agar mereka dapat memberi tumpuan kepada berita sebenar.






13 Komen to 1MDB: WSJ masih mengitar semula dakwaan tidak berasas

  1. laut selatan says:

    sudahlah bila nak saman..?tak beranikah…?

  2. system baru says:

    Tak payah layan surat kahbar yahudi ini hanya macai pembangkang je layan Surat kahbar yahudi itu

  3. geekpuk2 says:

    suratkhabar yahudi merepek lagi

    Tapi bila nak cari broker jual bon dengan komisen luarbiasa 9% pakai Goldman Sachs.

    1MDB membuktikan bahawa bahawa Bugis, Melayu,Cina, Arab dan Yahudi boleh bermuafakat dan kerjasama

    satu lagi kejayaaan Malaysia

  4. Meriam Buluh says:

    Suara-suara syaitan pakatan haramjadah masih bergema menghasut lagi dalam mykmu ni. Heheh..

  5. jebon says:

    Tak berasas?

    Najib berputar belit hampir sebulan nak mengaku bila WSJ tuduh dia ada ‘berak’ dlm acc peribadi.

    Kalau org gentleman,jujur,ikhlas,berani tak payah lama2.
    24 jam, terus je jawab tuduhan WSJ dan siapkan semua bukti2.
    Bukan ke Najib kata dia ada semua bukti?

    Dalam ucapannya pada majlis anjuran SPRM, Najib bukan main berkokok ingatkan semua parti politik berhati2 bila handle sumbangan/derma politik.

    Najib suruh guna acc parti yg sah utk simpan duit.
    Najib ingatkan kena buat rekod penggunaan duit supaya senang diaudit.
    Najib peringat supaya buat betul2, nanti jgn org tuduh ambik rasuah, salahguna duit atau seleweng duit.

    Kena kat batang hidung sendiri, Najib terkebil2, melalut, kelentong sana sini utk halalkan perbuatan.
    Heret nama Umno, nama negara, maruah agama dan maruah rakyat.

    Kalau isu ni kena kat penjawat awam biasa.
    Dah tentu, dia kena gantung tugas, kena beku acc dan harta benda. Pasport antarabangsa kena seal oleh mahkamah.

    Tapi Najib?

    Baguslah, KW2 MYKMU bela dan junjunglah Najib ni.
    Isilah perut anak bini korang dgn duit dedak Najib.

  6. system baru says:

    jebon kawan kau penjubor tegar itu mengaku ke? dia menjubor adik angkat dia itu sampai sekarang anwar tak mengangku dia menjubor saiful Dan adik ankat dia sutma walaupun ada bukti. Sekarang najib meangku dia terima wang dari Arab walau pun ambil masa sebulan itu ,APA di tulis oleh wsj itu belum dibuktikan oleh wsj lepas itu WSJ cakap duit dari 1mbd’ mana satu betul? APA ditulis oleh media yahudi itu putar belik itu lah perangai yahudi, nampak sangat kau itu percaya dengan Akbar yahudi itu

  7. Bukan Ahli UMNO says:

    Kalau nak tahu WSJ ni dari gulongan cerdik atau sebaliknya, tiap tiap kenyataan yang dibuat mereka, ketepatannya hendaklah disoal secara terus melalui facebook mereka. Siarkan jawapan WSJ bila dah dapat untuk dikongsi sama. Dari situ kita bolih lihat taraf kecerdikan mereka. Buat macam blogger Lim Sian See. WSJ tak terjawab !!!! Jadi WSJ ni adalah …….
    Kes 1MDB dah kepenghujung jadi, munkin ada orang nak takut takut PAC .

  8. jebon says:

    Anwar?

    Bio dia mereput je dlm penjara Sg.Buloh.
    Aku tak ada kena mengena dgn dia.

    System Baru kaki spin,2.6b dan 1MDB masih dlm siasatan SPRM.

    Jangan gebang besar, malu yg dapat nanti.
    Bukti paling besar, WSJ telah menelanjangkan satu isu yg sgt memualkan dan memalukan seorg ketua negara beragama Islam, berbangsa Melayu, yg negaranya telah diiktiraf sebagai sebuah negara Islam.

    Aku amat yakin, 2.6b tu bukan derma dari Pak Arab sebab sampai sekarang Najib tak tunjuk satu bukti pun rekod penggunaan duit tersebut.

    Tu la pasal, Najib ingat dia pandai, utk lepas tengkuk, dia heret nama Umno dan BN utk halalkan duit tersebut.
    Tu pasal dia ambik masa hampir satu bulan nak carik idea menipu.

    Bila tanya ttg rekod, dijawab sipenderma tak mahu org lain tau.
    Apa Najib ingat rakyat ni bangang sangat mcm KW2 dia.

    Heboh ttg perangai Yahudi, tak sampai 2 tahun dah 2 kali Najib senyum lebau sambut bapak segala Yahudi ke Malaysia.
    Bila Obama sentuh pasal keterbukaan terhadap LGBT di Malaysia, Najib masih tersengih2 sambil mengigau nak main golf lagi dgn penjenayah antarabangsa tersebut.

  9. system baru says:

    Tak perlu tunjuk rekod pun Asalkan sprm tahu wang itu dari mana. dap Dan parti lain ada ke tunjuk roked di depan media, malah tunjuk rokod sumber sumbangan di sprm itu pun dap takut, ini cabaran aku buat pada penyokong dap macam jebon itu sila tunjuk derma yg terima dap pada sprm itu. Tak payah banyak cakap ia.

    Ada ke? Tun m kesayang kau tunjuk rekod derma parti itu pada media ketika dia jadi president umno itu tak ada pun. Aku penah dengar tun m terima derma dari kroni Dan negara2 sokong dia itu lagi pun ia tak salah disisi undang2 malaysia. Obama kesayangan kau terima wang dari isreal ada ke dia tunjuk rekod dihadapi media isreal itu sila jawab jebon.
    Itu sistem demokasi meminta wang dari kroni Dan negara proksi semua untuk parti. Mana2 negarawan demokasi tak akan terlepas dunia dari system kapatalis demokasi kroni

  10. jebon says:

    Itulah bezanya System Baru oiii.

    Najib sebenarnya yg mengundang isu.
    Dia sendiri yg berucap dlm majlis SPRM suruh guna acc parti yg sah, suruh rekid penggunaan duit, suruh audit.

    Sebab dia sendiri khuatir ada unsur rasuah, salahgunakuasa, penyelewengan dsb.

    Bila bertepek taik lembu kat muka sendiri, mula meraban kata pembangkang tak pernah declare siapa yg sumbang, Tun tak pernah buat.

    Cara tu saja dah menunjukkan Najib gelabah puyuh, nak tutup lubang tunding telunjuk kat org lain.

    Rakyat memerhati dan menilai tingkahlaku dan kepimpinan Najib yg ada sekarang bukan Tun.
    Jika ada salahlaku, rasuah, Tun M dah banyak kali mencabar SELURUH DUNIA minta dia disiasat.

    DAP dan PKR, ko tak payah selidik pun memang rakyat dah lama tau mereka, barua2 ni dapat duit drpd Yahudi, Kristian, dan golongan2 yg nak hancurkan Islm serta penguasaan Melayu.

    Tu sebab rakyat yg sayang kerajaan yg ada sekarang, sayang Umno dan BN, sayang kesejahteraan rakyat dan negara, mahu Najib ‘beraksi’ sebagai pemimpin yg boleh dipercayai, jujur, ikhlas, berani, berintegriti.

    Kalau tanya pasal duit, lepas tu ‘ menyakat’ ke pembangkang, baik rakyat pilih pembangkang je yg perintah. Najib boleh berambus drpd memimpin Malaysia.

    Korang KW2 ni sebenarnya sedar, tapi buat2 tonggong sebab kena suap dgn dedak Najib.

    Sepatutnya korang berusaha utk selamatkan Umno yg tak pasal2 dibenci dan dihina oleh rakyat dek kerana seorang yg bernama Mohd Najib Abdul Razak.

    Tu pasal, dlm pos aku dulu2, lebih baik korang jangan pakai nama MYKMU, kerana ia memburukkan prestasi Umno dan rakyat berterusan memandang serong kpd Umno.

    Ayat pendek. MYKMU tak layak menjadi kelab untuk mengangkat dan membela Umno serta kerajaan.

    Baik korang tukar nama Kelab Ampu Najib je. Mesti Najib akan beri/tambah lebih dedak utk korang. Gemuk2 dan sihat anak bini korang nanti.

  11. system baru says:

    Jebon zaman tun m ialah zaman (bpr) badan pencegah rasuah di bawah jabatan pendana meteri sebab itu segala2 rasuah kroni senang dia lindungi termasuk khairuddin mana dia dapat duit itu kalau bukan anwar curi dari kerajaan untuk bagi pada saudara dia ada faham tak,sekarang bukan zaman bpr sekarang zaman sprm ada faham jebon.

  12. bujuk says:

    Najib hanya mampu jawab sejak dia jadi Presiden UMNO bahagian tiap2 bulan dapat peruntukan. Apa maknanya? Apakah Najib nak bagitau duit tu dah beli dedak bagi kat hampa… jadi jangan cakap banyak.

  13. jebon says:

    System Baru

    Sekali lagi ko mempamerkan taraf pemikiran yg sama mcm Najib ko jugak.

    Dah berulang kali aku komen, ini zaman Najib, rakyat memerhati, meneliti dan menganalisa kehidupan mereka mengikut zaman kepimpinan Najib.
    Mereka bernafas, makan,minum, kencing, berak, di zaman Najib, bukan Mahathir.
    Kehendak mereka adalah utk masakini, bukan gostan ke belakang, ada faham?

    Yg ko dok pusing2 cerita BPR bawah Tun ni buat apa?
    Berkali2 jugaklah aku dah bagitau, Tun dah banyak kali cabar SELURUH DUNIA mintak disiasat, jika ada kesalahan, rasuah dsb berlaku semasa beliau pegang kuasa.

    Tok sah duk spin, Najib memiliki semua kuasa di tangan, tambah2 lagi bila dah kamcing dgn Uncle Sam. Periksa la, gali la, dakwa la Tun jika beliau bersalah.

    Tapi ayat selenge korang, Najib tak sampai hati, tak nak malukan sesiapa. Yg sebenarnya Najib dah buntu dan bacul. Cakap pongpang pongpng,tapi pelaksanaan ke laut.

    Kat mana2 pun dlm dunia ni, bila bertukar je pemimpin, maka pemimpin tersebut akan mewarisi segala yg ditinggalkan oleh mantan2 terdahulu,kejayaannya, legasinya, peraturannya, kemegahannya waima hutang2 dan masalahnya sekalipun.

    Jadi, pandai2lah pemimpin yg seterusnya nak mencorak. Nak ikut yg lama, nak buat pembaharuan, transformasi, nak tutup, nak buang, nak selesai, nak kowtim, itu pilihan yg sentiasa terbuka.

    Najib dah ‘bebas’ drpd belenggu arahan Tun sejak 2003, naik pegang kuasa 2009.
    Dah lebih 10 tahun.
    Tapi apa Najib buat?

    GAGAL.

    Kemudian dengan bodoh dan tak tahu malu, Najib dan juak2 pengampu mula menyalahkan mantan2 pemimpin lalu,khususnya Tun.

    Najib dan penjilat2nya tak sedar, betapa rakyat geleng kepala melihat cacamarba kepimpinan Najib n the gang.
    Tak dapat selesai masalah, mula cari kambing hitam utk disembelih.

    Sebenarnya, kedangkalan kepimpinan Najib yg makin terserlah setiap hari. Masyarakat dunia pun makin pitam mengikuti flip flop yg Najib buat.

    Tak tahu memerintah, takut memerintah, tak ada idea nak selesai masalah.
    Sila letak jawatan dan berambus.

Leave a Reply