Menu Utama

1MDB, Proton dan Gencatan Senjata Tun Mahathir

Editorial

Hari ini Tun mengemaskinikan blognya dengan bercakap hal serangan di Paris beberapa bulan lalu. Hanya masa menentukan sama ada ini adalah langkah awal Mahathir untuk “gencatan senjata” atau ia hanyalah “the calm before the storm”.

mahathir-najibTiga artikel MYKMU sebelum ini mengenai Proton bukan bertujuan untuk menjatuhkan kereta nasional tersebut, mahupun menyerang Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhari. Bukan juga untuk memburukkan Tun Mahathir.

Kami hanya mahu menunjukkan betapa ketika 1MDB difitnah dengan pelbagai isu, Proton merupakan “real crock” yang Mahathir cuba sembunyikan. [Lihat: Proton: Kesilapan Terbesar Najib Dengar Cakap Mahathir, Kisah Proton dan 1MDB, Kisah Puluhan Bilion Mahathir dan Najib, Dari RM 200 bilion Wang Proton Berapa Masuk Kepada Tun Mahathir?.]

Proton dipilih sebagai perbandingan kerana ia merupakan pertemuan klasik Najib Razak dan Mahathir Mohamad.

Mohd Najib DITUDUH menggunakan 1MDB untuk mengkayakan anak tirinya Riza Aziz tanpa sebarang fakta atau bukti yang jelas kecuali andaian dan persepsi Tun Mahathir dan konco-konconya.

Sebaliknya, adalah jelas anak saudara Tun Mahathir mendapat faedah dan keuntungan yang besar dengan Proton selama puluhan tahun.

Najib Razak berusaha menyelamatkan 1MDB tanpa menyusahkan rakyat. Sebaliknya, Mahathir mahu terus mempertahankan Proton yang memberi keuntungan besar kepada keluarganya melalui permintaan geran penyelidikan dan pembangunan. Mahathir juga mahu perlindungan kereta nasional diteruskan yang akan memaksa rakyat membayar harga kereta yang lebih mahal.

Sehingga hari ini, Tun Mahathir langsung tidak memberi sebarang ulasan mengenai kritikan terhadap Proton dan Yasmeen Jurumuda Sdn Bhd. Kita tidak mahu syarikat ini lingkup dan jahanam, seperti mana kita tidak mahu 1 malaysia Development Berhad (1MDB) lingkup dan jahanam kerana serangan Tun Mahathir.

Untuk rekod, kami tidak menyatakan ada berlaku sebarang penyelewengan dalam pemberian kontrak kepada Yasmeen Jurumuda Sdn Bhd. Kami hanya sekadar memberi fakta. Jadi tidak penting cabaran-cabaran remeh temeh daripada penyokong Tun Mahathir supaya jika benar, arahkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Polis siasat dan tangkap Tun Mahathir.

Cabaran Tun Mahathir beberapa bulan lalu juga hanya cabaran politik kerana kita tahu Tun bukanlah “gentleman” sangat. Tun “melompat sakan” apabila diminta memberi keterangan kepada Polis mengenai gerakan Sarawak Report dan rakan-rakannya menjatuhkan Mohd Najib Razak. Tun langsung tidak mahu menjawab soalan Polis.

Ada penyokong Tun Mahathir marah apabila dibandingkan 1MDB dan Proton. Bagi mereka 1MDB adalah sejijik perkara dan Proton adalah sesuatu yang mulia (noble).

Namun mereka kena menerima hakikat bahawa walau sebesar mana hutang 1MDB, ia belum menindas dan menyusahkan rakyat mahupun kerajaan, sebaliknya demi melindungi Proton, rakyat terpaksa menerima polisi kereta yang memaksa harga kereta lebih mahal.

Jika anda duduk dan berfikir sebentar, adakah logik kita menganggap Proton sebagai satu projek nasional yang perlu dipertahankan dengan segala kos.

Adakah logik pula ada pihak berusaha memusnahkan 1MDB sedangkan syarikat ini berusaha menstabilkan harga elektrik yang mungkin terpaksa dinaikkan berkali ganda hasil perjanjian berat sebelah antara Pemilik Janakuasa Bebas (IPP) dengan Tenaga Nasional Berhad suatu ketika dahulu.

Tindakan mana lebih rasional, nasionalis dan pragmatik?

Sudah tentu mereka yang berfikiran terbuka akan mengangkat 1MDB sebagai satu tindakan nasionalisme dalam diam Najib Razak.

Malangnya, ada negarawan tua tidak habis-habis menyebarkan cerita-cerita fitnah berdasarkan maklumat-maklumat palsu dan separuh benar untuk memburukkan 1MDB sebagai satu gajah korupsi terbesar. Ada beza besar antara syarikat bermasalah dengan korupsi. Mahathir mencampur adukkan semua isu sehingga mengelirukan orang ramai. -MYKMU.NET.






19 Komen to 1MDB, Proton dan Gencatan Senjata Tun Mahathir

  1. mamak tongkang says:

    tak tahu apa nak cakap…. dunia akhir zaman yang putih di hitamkan …yang hitam diputihkan…

  2. Memang Terok says:

    Berapa banyak sangat peluru yang Madey ada. Dia ingat dia boleh pakai sedikit peluru sahaja untuk tumpaskan lawan yang dijadikan targetnya beberap ketika. Malang sekali pelurunya yang terhad itu kehabisan, targetnya tetap utuh, malah semakin tegap berdiri enggan tumbang.

    Apabila kehabisan peluru pasti senapang perlu direhatkan dan peperangan yang telah memenatkan dia diusia tua begitu harus dihentikan segera. Tanpa bendera putih, tanpa istiharan gencatan senjata, Madey boleh saja pilih untuk tukar topic ketopic lain .

    Dalam berkawan, kita dinasihatkan untuk pandai memilih kawan. TErsilap pilih kita boleh terjebak dalam kancah buruk dek pengaruh kawan. Dalam hal lain Madey tersentap bahawa kita bukan hanya dituntut untuk pandai memilih kawan tetapi rupanya kita perlu juga pandai memilih musuh untuk dijadi seteru.

  3. bugis says:

    Kesian admin, madey tak layan…

  4. sman says:

    Umur beliau dah mencapai 90 an,mana tahan ‘kedalam’ jika PM Najib menggunakan senjata ‘ampuh’ yg khabarnya di miliki oleh beliau.Najib yg baru beberapa tahun menjadi PM,di katakan banyak membuat kesilapan oleh Mahathir,tanpa menyedari beliau sendiri yg pernaha menjadi PM selama 22 tahun,sudah tentulah lebih banyak membuat kesilapan.Mustahil PM Najib tidak dapat mencari kesilapan tersebut secara bukti kukuh.Hanya Najib mahu menggunakannya atau tidak itu saja persoalannya sekarang,tapi mendengar ucapan dan hentakan PM Najib semasa PAU yg baru lalu ,Mahathir kena berfikir banyak kali utk terus bermusuhan dgn Najib.Jadi bagi pihak yg cuba terus mahu Mahahtir berdepan dgn PM Najib,tolonglah bersikap berperi kemaknusaian sikit terhadap beliau,apa-apa pun nanti beliau juga yg susah,boleh ‘kedalam’ dalam usia yg setua itu.

  5. raplahjingaa says:

    Laaaaa….macam bagus-bagus hang kunta kinte menulis jaja fitnah, cuma 3/4 komen je yang dapat, tu pun dari bebudak baru pemakan dedak BR1M…. hehe, btw kunta aku dengar duit upah hangpa baru-baru ni kena kapur, hehe…. betul ke ? bulan ni teruk la hangpa minta orang belanja makan, skandal hang si adamyan tu apa cer ? Saja tanya khabar…. Hehe

  6. ayam says:

    Demi dedak…baik kau join aku je la wahai kunta kinte..ramai2 jadi ayam..

  7. jebon says:

    Hahaha

    Gelak besau aku nengok perangai KW2 Najib yg hebat mempertahankan si Idola Najib.
    Macamlah sekarang ni org tua tu dah istihar perang nak rebut jawatan Presiden Umno atau PM Malaysia.

    Semakin menggelabah puyuh masing2 mengeluarkan pelbagai fakta yg di google entah kat sudut mana dunia ni.

    Bila dicabar dek org tua tu buat siasatan, senyap menikus.

    Gebang besar kat MYKMU takkan berhasil pun.
    Gunakanlah mainstream media, Utusan, BH, TV3 suku, Astro Awani, kasi kompang kat rakyat ttg keburukkan2 Tun M.

    Aku pasti, ramai rakyat yg gelak pecah perut guling2 melihat kenaifan tahap pemikiran KW2 Najib.

    Hallooo bro,

    Rakyat dah banyak menyimpan cemolot Najib, dah banyak sangat dah.
    Isu kepimpinan 2013,2014,2015,2016…adalah isu kebobrokkan Najib,integriti Najib, kelemahan kepimpinan Najib, mulut munafik Najib.

    Korang keluarlah cetakan 20 mukasurat ttg Tun M, ‘rahsia2’, kekayaan, salahgunakuasa,rasuah, kezaliman org tua Mahathir ni.

    Keluar jugalah segmen bersiri ttg keburukkan org tua tu dlm slot2 TV.

    NAMUN,

    Fokus rakyat adalah kpd NAJIB yg telah sangat banyak meletak beban di bahu rakyat dan menconteng arang dengan isu 2.6b dan 1MDB yg langsung tak masuk akal.

    Jangan ingat rakyat jelata ini bodoh sangat, bro.

  8. Omega says:

    pemakan bangkai madey spr Raplajingga, jebon makin kepanasan. sedikit demi sedikit bau busuk dari barah yg madey kutty hidapi selama 22 tahun terkeluar baunya..

  9. Memang Terok says:

    Apa saja yang Madey buat, Madey cakap, tidak sesakali mengakibatnya dia terhukum. Makna nya kerajaan tak akan bertindak terhadap Madey sebagaimana Kharuddin dan Matheus Chang yang sudah kena sumbat. Sebenarnya tak ada sebarang undang2 yang melindungi Madey sebagai mantan atau sebagai Tun. Tetapi mengenali PM Najib kita tak nampak beliau akan jadi begitu tergamak untuk ambik apa2 tindakan terhadap seorang mantan yang pernah jadi mentornya sebelum ini.

    Dan juga PM perlu fikir grassroot dibelakang Madey. Pasti akan berlaku perpecahan lebih besar jika Madey disumbat walau pun sekerat hari tidak sehari penoh.

    Midin berbeza statusnya. Kerana Midin sekarang pun seolah2 sudah sedar akan pengaruhnya yang tak seberapa dan sudah mula asingkan diri. Kita lihat memang ada crowd yang dengar ceramahnya tapi itu pun grassroot Madey yang menumpang dengar kerana mereka berdiri on common grounds.

  10. System baru says:

    Najib kasihankan tun m itu sudah tua, sepatut dia menumpu solat Dan tumpukan proton, tun m di nasihatkan dekat diri dekat surau Dan masjid tambah ibadat

  11. daud says:

    Apalah sangat mykmu kalau nk banding dgn chedet.CC
    Nk tambah parah pi jengok FB panglima bugis tu 🙂
    Lihat pada realiti….bukan fantasi kotak sempit Mykmu yg dah `lemau’ ni…:)

  12. anak selangor says:

    Kunta kinte ori dr Afrika.
    Kunta kinte celup ni sebenaqnya KOTE KETOT….org melayu kan. Mana nak sama kote afrika…..

  13. prolever says:

    Such a lame statement to cover the abg jib. Rasenyer nh sedara mara kak mah kot. PLEASE LOOK TO THE REAL WORLD. Mungkin masih belum matang dalam hal politik kot.

  14. Omega says:

    Haa.haa.. Anok Selangor dan daud. Kalau tak panas hati dgn mykmu takkan meroyan serta bandingkan dgn chedet.cc
    Chedet org masuk baca utk tahu temberang kanak madey sahaja. Mereka nak tengok negarawan tua kutuk yg makin lupus. Insya allah tiba masanya chedet hanya tinggal nama dan mykmu akan kekal menyokong umno dan presidennya. Tak kira siapa pun selepas DSN.kerana itulah tujuan utama mykmu diujudkan. Kmu aka Kami Menyokong UMNO… Forever..

  15. ayam says:

    kunta kinte kote ketit

  16. Rahim says:

    Akurlah Kuasa Tuhan apa yg Tun lakukan adalah balasan Tuhan terhadap semua perbuatan yg pernah dia lakukan semasa berkuasa.kata org dulu skiranya seseorg yg nyanyuk ada dua ketogeri 1) klu yg kurang prlajaran jika dia nyanyuk dia akan kencing dan berak dlm seluar 2) seorang tokoh sperti Tun jika nyanyuk dia akan kencing dan berak dari MULUT. So apa yg dia cakap semua macam tahi.lagipun Apa yg dia buat dg rakyat Sabah tidak akan kami lupakan menghalalkan IC projek,kes Labuan jadi wilyah Perskutuan dan memperbodohkan org Sabah dg mengilirkan jwtan KM setiap dua tahun.Bodoh punya kerja itu blum cerita pasal ISA brapa ramai org Sabah masuk penjara gara2 ISA. Kesimpulannya Tuhan akan membalas semua perbuatan kotor kita sebelum kita mati sbb klu dah GOL nobody knows so apa yg berlaku terhadap TUN skarang adalah peoses pembalasan Tuhan.

  17. jebon says:

    Kesian aku kat anak bini KW2 Najib yg makan duit dedak ni.

    Dah terlalu banyak bukti, Najib adalah pemimpin negara yg paling teruk pernah dilahirkan di Malaysia.

    Terlalu banyak bukti2 kata2 munafik dan ayat2 memperleceh serta memperbodohkan rakyat terkeluar drpd mulut Najib dan pengampu2 separuh tiangnya.

    Tak lama dah, seawal Mac nanti kita tengok mcmana gelabah puyuhnya Najib serta penjilat2, menggelupur digasak oleh akar umbi di cawangan2.

    Jangan lupa KW2 Najib, kehadiran korang memang dinanti2.

  18. anak selangor says:

    Omega….sudah cuba ka barang kote ketot…..nampak mempertahankan sungguh-sungguh barang tu…..

  19. […] Sumber: http://www.mykmu.net/2015/12/1mdb-proton-dan-gencatan-senjata-tun-mahathir/ […]

Leave a Reply

Threesome