Menu Utama

1MDB dakwa KiniBiz berniat jahat

1Malaysia Development Berhad (1MDB) mendakwa portal berita KiniBiz berniat jahat dan cuba menggagalkan pelan rasionalisasi syarikat pelaburan strategik itu apabila berterusan melaporkan tuduhan-tuduhan tidak berasas yang telah pun dijawab dan dijelaskan sebelum ini.

Menurut 1MDB, laporan terbaharu yang disiarkan portal itu sengaja dikitar semula untuk disensasikan meskipun pengurusan 1MDB telah mengambil langkah bertanggungjawab menjelaskannya melalui kenyataan media, temu bual dan berdepan dengan orang awam melalui sesi soal jawab.

“Tambahan pula, 1MDB telah memberikan kerjasama penuh kepada pihak berkuasa yang menyiasat syarikat ini termasuk berkongsi maklumat terperinci kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) yang melakukan siasatan bersifat bipartisan.

“Oleh itu, jelas sekali cubaan berterusan ini berniat jahat menggagalkan pelaksanaan pelan rasionalisasi 1MDB,” kata 1MDB dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Katanya, 1MDB kekal teguh dan fokus untuk mencapai objektif dan mencipta kejayaan melalui urusniaga dengan International Petroleum Investment Co (IPIC), jualan saham dan perjanjian jual beli bersama syarikat CGN Group serta rakan kongsi pembangunan Bandar Malaysia yang akan diumumkan kelak.

Utusan






3 Komen to 1MDB dakwa KiniBiz berniat jahat

  1. James Wong says:

    Nampaknya terdapat ramai pihak yang tidak dapat duduk secara senang apabila melihat negara kita terus maju di bawah pimpinan BN. Ada sesetengah individu cuba melakukan sesuatu untuk kepentingan mereka sendiri semata-mata. Sebelum ini The Edge dan kini giliran kinibiz pula? Mereka sepatutnya tidak memberi persepsi yang buruk terhadap kerajaan, demi masa depan negara dan bukannya kepentingan sesetengah pihak atau individu.

  2. semangat dato' haron says:

    Kita kena fhn taikun2 besar yg menguasai ekonomi negara suatu ketika dahulu gusar monopoli mereka semakin berakhir. Itu sbb pelbagai sabotaj dilakukan utk melantik boneka mereka.

  3. kakak says:

    Sila lihat ini akan dakwaan ini antara komplot TM dan TD. Di manakah kebenarannya. Kalau benar, memang patut disiasat.

    http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/were-investigating-allegation-of-tycoons-backing-dr-mahathir-against-najib

Leave a Reply

Threesome