Menu Utama

Lebih 1 Tahun Lalu Mukhriz Hampir Tumbang Sebelum Diselamatkan Najib

Oleh Amin Yatim (E-mel Pembaca)

Sindiran Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir bahawa Kerajaan dan Perdana Menteri tidak memberi jawapan yang relevan kepada soalan yang dikemukakan adalah sangat tidak bertanggungjawab dan mengelirukan rakyat.

Masalah dengan ucapan Mukhriz ialah beliau tidak menyatakan apakah soalan tersebut dan mengapa beliau anggap tidak relevan atau menjawab soalan. Dengan membuat kenyataan yang “absurd” dan berbentuk sindiran ia telah membuka kepada pelbagai tafsiran dan menghakis kepercayaan rakyat kepada Perdana Menteri, UMNO dan Kerajaan.

“Saya dah dengar banyak ucapan dalam Perhimpunan Agung dan saya pun kadang-kadang terpaksa berhati-hati jugalah dalam sebarang ungkapan saya.

“Cuma mungkin sekadar memberi gambaran tentang pandangan saya, terpulang kepada saudara-saudari hendak tafsir bagaimana.

“Kalau saya ditanya soalan ‘Apa nama kamu?’ dan saya jawab saya dari Kedah dan orang itu cakap ‘Tak, tak, apa nama kamu?’ dan saya terus menjawab ‘Saya dari Kedah’.

“Jadi, dia pun jadi bingung (dan fikir) dia ini tak faham soalan mungkin. Dia tanya lagi ‘Apa nama kamu?’ dan saya pun jawab ‘Hmm, dia ini tak faham jawapan mungkin. Saya dari Kedah.’

“Jadi itulah masalahnya tuan-tuan. Soalan ditanya tetapi jawapan diberikan tak relevan dengan soalan.

“Jadi tak berapa gunalah kalau kita kata dia ini bengap atau apa. Tanya soalan yang sama berulang-ulang kali. Yalah, soalan yang sama ditanya berulang kali sebab jawapan diberi tak menepati soalan tersebut,” katanya yang juga menteri besar Kedah disambut tepukan gemuruh kira-kira 1,000 orang hadirin pada majlis di sebuah restoran di Kuala Lumpur, malam ini.

– See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/mukhriz-seru-tsunami-besar-runtuhkan-tembok-dalam-umno#sthash.NwbMqL5X.dpuf

Umum mengetahui sejak di MRSM lagi Mukhriz bukanlah seorang pembaca yang baik. Hari ini beliau banyak bergantung kepada pandangan sekeliling untuk mendapat maklumat dan fakta.

Justeru apabila beliau menyindir Perdana Menteri tidak memberi jawapan yang relevan ia bukanlah kerana beliau mengkaji dan meneliti jawapan-jawapan yang dibuat oleh Perdana Menteri dan 1MDB, tetapi kerana itulah maklumat yang disumbatkan kepadanya.

Ucapan Mukhriz semalam sebenarnya tidak relevan dan tidak perlu jika beliau mendengar ucapan perwakilan UMNO dari Pulau Pinang, Tan Sri Musa Sheikh Fadzir yang merayu semua pemimpin merapatkan saf kepimpinan dan menyuarakan ketidakpuasan hati secara tertutup sahaja.

Dari segi politik populis, Mukhriz, seperti Khairy Jamaluddin, bertindak bijak mengikut sentimen semasa. Beliau tahu dengan mengekalkan momentum kritikal terhadap Mohd Najib beliau akan popular di kalangan rakyat yang tidak memahami isu yang kompleks ini.

Mukhriz tidak peduli jika beliau dipecat sebagai Menteri Besar pun.

Mohd Najib dan Mukhriz berhadapan situasi berbeza yang “artificial”, palsu dan mengelirukan dalam masyarakat yang nihilis hari ini.

Mohd Najib telah membuat banyak pembaharuan dan kebaikan untuk rakyat tetapi berhadapan dengan imej yang kurang baik kerana diserang bertubi-tubi oleh “machinery” berbayar dalam dan luar negara.

Mohd Najib berhadapan krisis kepercayaan rakyat yang memerlukan masa dan sokongan parti untuk memulihkannya.

Sebaliknya Mukhriz berhadapan sitausi berbeza. Beliau masih mempunyai citra politik yang indah biarpun ia bukan realiti.

Jika dilihat cara beliau menguruskan kerajaan negeri dan keluarganya di Kuala Lumpur, beliau hanyalah Menteri Besar separuh hati kepada Kedah. Namun populariti dan legasi bapanya menyelamatkan beliau dari sebarang kritikan sekarang.

Justeru Mukhriz tidak peduli jika beliau digugurkan. Beliau akan terus dianggap wira jika digugurkan, dalam masa yang sama dapat melepaskan beban politik yang tidak perlu kepadanya. Mukhriz sedang meraih laba politik hasil kemelut dalaman kepimpinan UMNO hari ini.

Cuma Mukhriz perlu ingat bahawa setahun selepas Pilihan Raya Umum 2013, beliau hampir berhadapan dengan undi tidak percaya oleh ADUN-ADUN Barisan Nasional dan majoriti Ketua UMNO Bahagian di Kedah.

Pada ketika itu, seorang ADUN muda yang telah dua penggal menjadi wakil rakyat antara paling lantang mengumpulkan ADUN lain dan bersedia membawanya ke DUN Kedah jika direstui Perdana Menteri.

Beliau tidak berpuas hati dengan sikap leka Mukhriz dalam pentadbiran dan politik negeri yang boleh menjejaskan kedudukan UMNO dan BN dalam pilihan raya akan datang.

Sama ada Mukhriz tahu atau tidak, Mohd Najiblah yang menyelamatkan beliau dengan menolak permintaan kumpulan ini untuk menukar Menteri Besar Kedah dan Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Kedah.

Mohd Najib beranggapan Mukhriz perlu dibenarkan terus memimpin dan memperbaiki kesilapannya kerana semua orang ada kelemahan.

Malangnya, hari ini Mohd Najib tidak mendapat kesetiaan yang sama dari Mukhriz. Soalnya selama mana Mohd Najib akan bersabar?-MYKMU.NET






10 Komen to Lebih 1 Tahun Lalu Mukhriz Hampir Tumbang Sebelum Diselamatkan Najib

  1. daud says:

    Najib yg panas, Mukhriz pulak yg dikaitkan…
    Bila Muhyiddin nk mintak maaf ni…?

  2. dkds says:

    Keturunan Mahathir mana boleh diberi muka, seeloknya tak perlulah nak diselamatkan lagi dah

  3. daud says:

    Beringat sikit…
    Yg terpalit dengan isu bukan Mukhriz…
    Yg terpalit dengan isu adalah Najib…
    Yg saling berbincang dan berbual pasal Najib bukan orang Kedah, tapi orang Malaysia.
    Yg syok sendiri `kunun’ nya pembela Agama, Bangsa & Tanahair adalah Mykmu & co. 🙂

  4. azmi says:

    Part yang ni aku suka nak komen…

    “Mohd Najib berhadapan krisis kepercayaan rakyat yang memerlukan masa dan sokongan parti untuk memulihkannya.”

    Lihatlah!! najib memang berhadapan dengan krisis kepercayaan rakyat kerana isu peribadinya..dan disebabkan nak elak dari tindakan undang-undang beliau mohon partinya (UMNO) menyokong untuk memulihkannya..dia memperalatkan UMNO untuk menutup pekongnya..
    LIHATLAH BETAPA KOTORNYA PERMAINAN NAJIB INI….

  5. Burung Kakak Tua says:

    Yg aku nampak , ko ni sakit wahai azmi. Pi buat rawatan apa yg patut.

  6. bangKano says:

    Awat hang loklak sangat ni Azmi oiiii….apa salah Najib sila jelaskan di sini aku nak dengak….? Jangan guna sistem persepsi tanpa bukti kukuh…la ni orang mau bukti bukan sekadar ilusi maaa….!!!! Kami bukan bangang mudah ditorak begitu ajer…lain la macam spesis hang cuma bergantung sepenuhnya pada maklumat dengar cakap/hearsay….!!!!

  7. bangKano says:

    Daud….yang bermasalah la ni Mahathir serta para baruah murahannya…bukannya Najib. Sejak Najib memegang kuasa pemerentahan BN/UMNO Mahathir semakin gabra takut-takut nanti dia didakwa memiliki harta secara rasuah & pecah amamah/salahguna kuasa. Tu sebab Mahathir mau Najib dijatuhkan supaya ia dapat tidur lena waktu malam dengan mimpi-mimpi indah menghabiskan wang yang dikumpulkan selama 22 tahun tuu haaaa

    Apa ada paham David..ah Daudlah……

  8. Memang Terok says:

    Mukhriz suka tak suka terpaksa copypaste bahan yang bapaknya cetak. Menyanyi rentak yang bapaknya tulis.

    Anak Mahathir ini sebenarnya tak kisah pun jawatan MB jika diukur dari segi imbohan kerana dia datangnya dari keluarga yang kaya raya miliki harta lebih dari 1.164 Trillion. Hasil 22 tahun bapaknya merompak.

    Dia perlu jawtan MB cuma untuk memastikan dia berada dilandasan betul untuk dia naik keatas bila tiba masa dan jadi macam bapak dia jugak.

    Kita rasa dengan musik nyanyian Mukhriz yang terbaru ini PM Najib seharusnya sedang fikir sesuatu kearah mengganti MB Kedah dengan orang lain.

  9. bujuk says:

    Apakah presiden dan bekas presiden serta menteri2 umno ni semuanya perompak berlesen? aku baca sorang2 punya tulisan… masing2 membuka pekong pemimpin. Tapi kenapa masih trus menjulang parti perompak ni.

  10. daud says:

    Kalau mahathir takut Najib bukak pekong 22 tahun…dia pun tk support Najib bermati matian PRU13 haritu Bangang Kano oii…eh Bang Kano oii…baru setahun dua punya kejadian dah lupa…tahap mana memori kau ni 🙂

Leave a Reply

Threesome