Menu Utama

December, 2015

 

Pelan Rasionalisasi Berjaya, Hutang 1MDB Berkurangan Sebanyak RM40.4 Bilion – Najib

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, berkata paras hutang 1Malaysia Development Bhd (1MDB) kini telah berkurangan sebanyak RM40.4 bilion berikutan pemeteraian beberapa perjanjian oleh syarikat itu setakat ini. Dalam perutusan tahun baharu beliau pada Khamis, Najib turut menyuarakan rasa puas hati dengan perkembangan yang dijanjikannya sebelum ini bahawa isu hutang 1MDB berkenaan akan dapat diselesaikan menjelang akhir tahun. “Pada Jun lepas, saya berkata bahawa cabaran yang dihadapi 1MDB itu dapat diselesaikan menjelang akhir tahun. “Oleh itu saya ingin mengesahkan yang syarikat itu sudah menandatangani perjanjian yang menyaksikan hutangnya berkuranganBaca Lagi


Bandar Malaysia: Perjanjian Jual Beli Saham untuk Ekuiti 60% Dilaksana Cemerlang

Kenyataan media oleh 1Malaysia Development Berhad 1Malaysia Development Berhad Group (“1MDB”) hari ini melaksanakan Perjanjian Jual Beli Saham dengan menjual 60% ekuiti Bandar Malaysia Sdn Bhd (“BMSB”) kepada Konsortium Iskandar Waterfront Holdings Sdn Bhd (“IWH”) dan China Railway Engineering Corporation (M) Sdn Bhd (CREC). Konsortium yang dikenali sebagai IWH-CREC Sdn Bhd adalah hasil usahasama 60:40 antara IWH dan CREC. IWH, pemaju utama bagi bahagian Flagship A Koridor Pertumbuhan Ekonomi Malaysia Iskandar, adalah perkongsian awam-swasta antara Credence Resources Sdn Bhd (60%) dan Kumpulan Prasarana Rakyat Johor Sdn Bhd (40%) yang dimilikiBaca Lagi


Zulkifli Lalui Prosedur Biasa Perundangan Bila Libatkan Kehilangan Nyawa – Peguam

Kisah seorang lelaki dengan nama Mohammad Zulkifli Ismail yang dilaporkan ditahan dan akan dituduh kerana didakwa membunuh perompak yang menceroboh rumahnya, mendapat perhatian warga media sosial. Namun dari sudut perundangan, apa yang sedang dihadapi Zulkifli adalah satu prosedur biasa perundangan terutamanya apabila terdapat kes yang membabitkan pembunuhan dan kematian. Itu yang dijelaskan oleh peguam, Mohd Khairul Azam Abdul Aziz. “Apa yang berlaku sekarang adalah prosedur biasa apabila adanya kes membabitkan kehilangan nyawa. Alasan Zulkifli tentang dia membela diri dan keluarga, hal itu perlu diperjelaskan sewaktu pembelaan nanti,” kata Khairul ketika dihubungiBaca Lagi


Netizen Tahun 2015 Cepat Melatah, Tangan Lebih Cepat Dari Akal

“Tangan lebih cepat bertindak berbanding akal”. Itulah gambaran yang diberikan kepada netizen yang sering dilihat terlalu teruja untuk menyebarkan sesuatu maklumat dan informasi tanpa memastikan kesahihannya. Perkara itu dijelaskan oleh pensyarah dari Pusat Pengajian Psikologi dan Pembangunan Manusia Universiti Putra Malsyai (UPM), Prod Madya Dr Wan Shahrazad Wan Sulaiman ketika diminta memberikan pandangan berhubung ‘masalah media sosial’ yang kerap terjadi di zaman serba maju ini. Menurut beliau, gambaran itu jelas apabila maklumat yang tersebar ternyata palsu sehingga mencetuskan masalah kepada sesuatu pihak. “Tangan kita ini lebih cepat bergerak dari akalBaca Lagi


Sukarela? Jangan percaya…
cari dan daftar mereka

KALAU berborak dengan sebilangan orang Melayu, mereka tidak percaya kalau dikatakan kuasa politik di tangan akan melayang jika tidak mendaftar sebagai pengundi. Kata mereka: “Mana boleh, bukankah perkhidmatan awam sehinggakan angkatan tentera, polis dan sebagainya semuanya terdiri dari kalangan orang Melayu belaka. Mana boleh kuasa terlepas.” Itu pemikiran cetek yang masih bersarang di minda. Kini, segala­nya ditentukan di atas kertas undi – pangkah mengikut demokrasi undang-undang negara dan antarabangsa. Masih ingatkah kita satu insiden sekitar 1998 ketika Anwar Ibrahim dipecat dari UMNO dan jawatan Timbalan Perdana Menteri. Waktu itu dikatakanBaca Lagi


Kes Bunuh Perompak: Pengguna Media Sosial Perasan Pandai Dari Peguam Negara Sila Baca Sini

“Apa ni? Tuan rumah bunuh pencuri, tuan rumah yang kena hukum? Malaysia Bolehland! Yang pencuri diangkat, yang mempertahankan diri pula kena hukum!” 1) Ramai yang salah faham dengan undang-undang Mempertahankan Diri. Contohnya lah kan, pencuri masuk ke rumah kau. Lepas tu kau tersedar ada pencuri, kau pun ambil pisau, lepas tu tikam bertubi-tubi pencuri tu sampai mati. 2) Kau akan didakwa atas tuduhan membunuh tak? Ya. Kau akan didakwa. Tapi, ia hanya pendakwaan. Pendakwaan bukan hukuman. Mahkamah panggil kau bagi keterangan sebab kau dah mengambil nyawa seorang manusia. 3) Jadi,Baca Lagi


Dari Main FB, Lebih Baik “Meniaga Online”

KITA terpaksa menerima hakikat bahawa masalah fitnah yang semakin berleluasa tanpa mengenal erti bosan dan sempadan diakibatkan oleh penggunaan media sosial secara agresif dan tidak bertanggungjawab. “Wise men talk because they have something to say; fools talk because they have to say something”. Ini yang terjadi apabila mereka yang tidak mempunyai halatuju berada dalam dunia media sosial.  Dalam keadaan mereka mencari “nama” dalam media sosial secara tidak langsung mereka menjerumuskan diri ke dalam dunia fitnah tanpa sempadan. Dalam masa yang sama, golongan ini juga yang merungut “duit tak cukup”, barangBaca Lagi


Isu Salib: Khairy Dan Malaysiakini Jangan Hina Sensitiviti Umat Islam

Masyarakat Islam di negara ini bukan bodoh, bangang dan bebal sehingga tidak boleh membezakan antara kepentingan umum dengan perkara remeh-temeh seperti mana yang cuba digambarkan oleh Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin dan portal berita Malaysiakini.com. Pertama, Khairy dan Malaysiakini harus menerima hakikat dan fakta bahawa Islam adalah agama rasmi Malaysia. Justeru adalah hak penganut Islam di negara ini untuk mempertahankan kedudukan itu secara undang-undang dan simbolik. Kedua, isu mengecat bumbung satu kawasan perumahan di Langkawi dengan lambang Salib merupakan satu tindakan provokasi kepada kedudukan Islam sebagai agama rasmi negara ini.Baca Lagi


8.9 Juta Orang Melayu Tidak Daftar Pengundi Dengan SPR

Ke mana menghilang 8.9 juta orang Melayu yang berumur 21 tahun ke atas? Mengapa mereka masih belum mendaftar sebagai pengundi? Malaskah? Liatkah? Perkara remehkah? Atau memang tak mahu sebab pemikiran tidak mencapai tahap sehebat kaum Cina yang tahu tanggungjawab mendaftar. Itu baharu benda mudah mendaftar pengundi. Kalau untuk mencecah tahap hebat sebagai pemain ekonomi macam orang Cina, baru melangkah setapak dua, sudah tersungkur. Bukan sengaja atau sahaja-sahaja untuk dibangkitkan ingatan ini, tetapi fakta ini turut diluahkan oleh bekas Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abd. Rashid Abd. Rahman. Sepanjang penulisBaca Lagi


Saudi Naik Minyak: Mitos Minyak Murah Segalanya Murah Memang Palsu

RAKYAT Malaysia hari ini harus bersyukur kepada Allah swt (atau tuhan mengikut kepercayaan masing-masing) kerana BN menang PRU13.  Walaupun dah lebih 2 tahun sejak BN menang tapi belum terlewat untuk bersyukur kerana hari ini terbukti negara kita ini telah diselamatkan dari tangan-tangan penipu yang dikepalai Anwar dan kuncu-kuncunya. Soalnya sekarang minyak. Ikut falsafah pembangkang, ibu kepada segala kenaikan dan penurunan di negara ini adalah minyak.  Negara kita – kata mereka, kaya dengan hasil minyak dan harga minyak semakin hari semakin tinggi, tidak akan turun.  Dari 2008 sampai 2013, itulah zikirBaca Lagi


Threesome