Menu Utama

AMK Kedah Boleh Bubar, Keluar PKR Sertai PAS

Mohd Ridhwan Mohd Razali

Elok dah pakai baju warna “hijau”…

Kenyataan dari Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Kedah, Mohd Ridhwan Mohd Razali di Kongres Nasional AMK 2015 semalam tidak dapat dinafikan telah berjaya membuat saya tersengih-sengih di depan komputer buruk saya.

Ridhwan dalam kenyataannya mengaku bahawa tanpa PAS, maka jangan berangan untuk melihat PKR atau pembangkang menjajah Kedah sekali lagi. Satu kenyataan yang pahit tapi benar. Kemudian, dia sebut pula tentang hubungan dengan DAP dan PAS…

Secara ikhlas, saya kasihan pada Ridhwan atau PKR di Kedah yang sememangnya bergantung harap pada PAS untuk menawan Kedah. Memang benar apa yang dia katakan. Hanya PAS saja yang mampu merampas Kedah dari Barisan Nasional. Itu fakta.

Namun memandangkan PKR yang kini lebih menyebelahi DAP dan Parti Amanah Negara (Amanah), maka nampaknya hubungan PAS dan PKR semakin keruh dan mungkin boleh putus pada bila-bila masa jika digertak atau disuruh rakan-rakan sekutu mereka itu.

Sekiranya PAS dan PKR putus hubungan, maka jangan haraplah PKR boleh “tumpang semangkuk” nanti jika PAS berjaya merampas kembali Kerajaan Negeri Kedah dari tangan BN.

Sebelum ini, saya difahamkan bahawa hubungan PAS dan PKR di Kedah pun bukannya baik sangat seperti yang didakwa. Banyak komplen dari rakan-rakan PAS yang mengatakan puak PKR bukannya membantu sangat ketika berkempen pada PRU yang lalu.

Khabarnya, PKR di Kedah hanya bertumpu di kawasan yang mereka bertanding. Malah katanya, PAS pula yang terpaksa membantu gantung bendera, sepanduk dan menolong mereka berkempen dari rumah ke rumah di negeri jelapang padi itu. Itulah yang saya dengar.

Berbalik pada luahan rasa Ketua AMK Kedah itu, apa kata kalau Ridhwan dan anak-anak buahnya keluar dari PKR dan sertai PAS di Kedah? Bukankah itu lebih menguntungkan? Sekurang-kurangnya boleh “tumpang semangkuk” nanti, bukan?

Jika sedar diri tidak ke mana di Kedah, tinggalkan parti yang tidak mampu itu. Sertai parti yang mampu menawan Kedah. Sama saja, bukan? Lagipun, apalah sangat hendak ditakutkan pada tindakan dari pemimpin PKR? Bukankah PKR dan PAS itu “sahabat baik”?

pkr1

Caaakkkkk…!

Jika Datuk Kamaruddin Jaafar dan Tan Sri Muhammad Mohamad Taib boleh melompat dari PAS masuk PKR, takkan Ridhwan tidak boleh lompat dari PKR masuk PAS? Jangan risau, Kak Wan dan Azmin tidak boleh buat apa-apa…

Jika kekal bersama PKR, apakah Ridhwan dan AMK Kedah tidak malu jika bertemu orang PAS dan disindir pedas nanti? Masa PAS dihentam dan dihina DAP, mengapa AMK membisu tidak membela PAS? Mana hendak disorokkan muka jika disindir begitu?

Lagipun, saya mendapat tahu bahawa PAS kini mengalami kekurangan ahli. Khabarnya, sebahagian dari ahli PAS “dicuri” Amanah. Di Pulau Pinang pula, dikatakan ada ahli PAS yang sertai DAP setelah disuruh meletakkan jawatan sebagai JKKK.

Katanya mereka akan dilantik jadi JKKK semula selepas menyertai DAP, benarkah? Cuba Ridhwan selidik tentang hal itu. Manalah tahu jika PAS akan benarkan Ridhwan dan rakan-rakannya mengisi kekurangan itu di Kedah, bukan?

Malah desas-desus mengatakan bahawa masih lagi terdapat “agen-agen Anwarinas” di Kedah yang masih kekal di dalam PAS. Cuba tanya dengan mereka. Mungkin mereka boleh membantu menyerap masuk Ridhwan dan rakan-rakannya menyertai PAS.

Saya bukan apa. Kasihan pada masa depan Ridhwan dan rakan-rakannya sahaja. Tidak guna sertai PKR yang tidak boleh jadi kerajaan di Kedah tanpa PAS. Cubalah. Manalah tahu nanti dengan kehebatan Ridhwan maka kerajaan Datuk Seri Mukhriz Mahathir akan “tumbang”, kan? Dapat peluang jadi Exco pun jadilah… Wallahu’alam.






4 Komen to AMK Kedah Boleh Bubar, Keluar PKR Sertai PAS

  1. raplahjingaa says:

    Itu lah PAS…berpeluang menjadi satu parti melayu yang kuat, tapi disia-siakan oleh kepimpinan yang emotional, doktrin PAS satu masa dulu yang secara extreme bermusuhan dengan UMNO sekarang dah makan diri…cadre-cadre PAS berpusing antara DAP dan PKR dan sekarang timbul pulak PAN menghangatkan lagi keadaan.

    Sebagai parti yang terbesar dalam gabungan pembangkang PAS sepatutnya berdiri sendiri dan atas doktrin sendiri, persetankan DAP dan PKR, kedua-duanya jelas hanya mempergunakan PAS, pernah aku katakan bertahun yang dulu, waktu itu bebudak PAS bersemangat termakan dakyah Tok Guru untuk mentarbiyahkan DAP kearah Islam…sekarang apa yang jadi ??

    Masih belum terlewat…berdiri lah sendiri dan kaji balik manifesto yang karut marut.

  2. Meriam Buluh says:

    Semangat cintakan dunia bawaan PKR & DAP telah melemahkan PAS. PAS bukan parti dominan dalam pakatan retard, tapi parti ‘budak suruhan’ = keldai tunggangan.

  3. Memang Terok says:

    Semua mereka itu yang kekal mahu berpolitik boleh memilih untuk terus melompat. Dari PAS masok PKR. Rasa bosan di PKR boleh lompat semula masok PAS. Serupa macam si Mamat Taib bekas MB selangor. Mat Taib boleh geng yang Zaid Ibrahim tukang karut yang mengarut tiap hari tak pernah diam.

    Merepek , merapu, mengarut itu memang kerja Zaid. Dia cuma mahu perhatian. Tapi bahan karut dari rimau rongak atau beruang berkuku kuntut… siapa yang peduli ?? Tak ada siapa peduli kerana tak memberi kudis pon pada orang lain.

    Perjuangan mereka perjuangan perut. Dapat telan sikit lalu diam. Tengok orang lain telan, sendiri tak dapat rasa… mengarutlah dia pagi hingga ke malam.

  4. System baru says:

    Ingat lagi Kata mat taip ‘saya masuk pas sebab saya percaya perjuang islam, pemimpin memacam ini tak guna hanya pandai berkata2 ,tak berpegang pada perinsip hidup

Leave a Reply

Threesome