Menu Utama

PKR Hanya Berani Herdik Amanah, Tidak DAP…?

Pakatan-Harapan

Sejak DAP, PKR dan Parti Amanah Negara (Amanah) membentuk pakatan baru yang diberi nama Pakatan Harapan, berlaku insiden tarik tali di antara gabungan itu dengan PAS selaku parti yang disisihkan.

Dalam insiden ini, PAS buat jual mahal apabila enggan menyertai Pakatan Harapan meskipun turut dijemput menyertai meja bulat yang berunding untuk membentuk gabungan tersebut.

Hanya PKR saja yang mahu PAS sertai gabungan baru itu manakala DAP dan Amanah telah menetapkan pendirian mereka untuk menolak parti pimpinan Dato’ Seri Abdul Hadi ke dalam Pakatan Harapan. Itupun kerana Wan Azizah taat pada suaminya dan PKR khuatir kehilangan kuasa di Selangor…

Sehingga kini, PKR masih lagi konsisten memujuk PAS supaya bekerjasama dengan mereka walau mereka tahu parti berkenaan telah berpatah arang berkerat rotan dengan DAP dan Amanah. PKR memberi alasan bahawa mereka memujuk PAS supaya pembangkang bersatu dalam satu gabungan dan tidak mahu pertandingan 3 penjuru berlaku nanti.

Keadaan itu telah mencetus rasa marah pada Amanah yang menegaskan mereka sanggup berdepan dengan pertandingan 3 penjuru menentang PAS dan BN, serta menggesa PKR supaya melupakan PAS. Mungkin tidak berani menyuarakan secara berdepan pada PKR, Amanah mungkin menyuruh Faiz untuk bersuara…

Kelantangan Amanah itu menimbulkan rasa marah pada PKR dan membidas parti pimpinan Mat Sabu itu supaya tidak campur tangan dalam hal antara PKR dengan PAS. Untuk tidak mengeruhkan keadaan, nama Faiz disebut untuk dijadikan ‘kambing hitam’ yang menjadi objek bidasan.

faiz

Timbul satu persoalan dalam fikiran penulis, mengapa PKR berani membidas Amanah dalam soal PAS ini sedangkan bukan hanya Amanah saja yang membantah kemasukan PAS ke dalam Pakatan Harapan. Hakikatnya, DAP adalah merupakan parti yang paling membantah PAS untuk menyertai gabungan baru pembangkang itu.

Apakah PKR lupa bahawa DAP yang menuduh PAS telah menguburkan ‘arwah’ Pakatan Rakyat? Masih ingatkah pada herdikan, tuduhan, hinaan dan caci cerca DAP terhadap Abdul Hadi yang menang besar dalam mempertahankan jawatannya sebagai Presiden PAS?

Apakah PKR lupa betapa bencinya DAP pada PAS sehingga menyebabkan mereka hampir setiap hari menghamburkan kata nista dan menuding jari menyalahkan PAS yang kononnya sebagai punca Pakatan Rakyat berkubur?

Mungkin Amanah dan PAS bermusuh. Tapi pada pandangan penulis, permusuhan Amanah – PAS itu tidaklah sehebat permusuhan PAS – DAP. PAS – DAP bukan saja bermusuh secara dasar dan perjuangan, malah serba-serbinya bertentangan hingga ke tahap menyinggung secara peribadi.

Tapi kenapa PKR hanya berani mengherdik Faiz dan Amanah saja? Kenapa tidak bidas DAP yang jelas memang anti-PAS sehingga kini? Dengan budak setahun jagung dalam politik itu saja PKR berani? Dengan Lim Kit Siang dan Guan Eng, ada berani?

Lihatlah sendiri layanan ‘double standard’ PKR terhadap dua parti rakannya, DAP dan Amanah. DAP seolah-olah tidak berani disentuh, berlainan pula dengan layanan PKR terhadap Amanah, bukan? Nampaknya Amanah berpotensi menjadi ‘keldai tunggangan baru’ PKR dan DAP, bukan?

Tapi tidak mengapalah. Mungkin sudah resmi dan takdirnya begitu. Amanah pun asalknya dari PAS. Mungkin mereka yang menyertai Amanah itu belum puas ditunggang DAP dan PKR sebelum ini. Dan mungkin, mereka lebih suka menjadi ‘hamba’ seperti Pak Samad Janggut…

Yang untungnya sudah tentu DAP dan PKR. Amanah menganggarkan mereka akan mempunyai 100,000 keahlian menjelang 2016. Dalam ertikata lain, DAP dan PKR bakal mempunyai 100,000 ‘keldai’ untuk mereka ‘tunggang’ nanti, bukan? Kata penulis, biarlah ‘luncai dengan labu-labunya’…






Satu Komen to PKR Hanya Berani Herdik Amanah, Tidak DAP…?

  1. anak selangor says:

    Rasa-rasanya pemakan-pemakan dedak dekat mykemut ni boleh tolong belasah DAPig onbehalf of PGayR kot.
    Pemakan-pemakan dedak ni kan semuanya dah gemok…kenyang lantak dedak.

Leave a Reply