Menu Utama

Kejayaan positif buat Malaysia.

Keupayaan Malaysia melonjak dua anak tangga, tempat ke-18 berbanding kedudukan pada tahun sebelumnya, tangga ke-20 menerusi Laporan Daya Saing Global (GCR) 2015-2016 menunjukkan satu kejayaan positif dan terbaik kepada negara.

Ahli Jawatankuasa Kluster Eko­nomi dan Pengurusan, Majlis Pro­fesor Negara (MPN), Prof. Dr. Syed Azizi Wafa Syed Khalid Wafa berkata, apabila negara mampu membaiki dan meningkatkan kedudukan, amat jelas membuktikan pandangan pelabur-pelabur asing terhadap Malaysia masih kukuh.

Katanya, walaupun keadaan politik negara buat masa ini masih tidak stabil dengan beberapa isu dan gejala tidak sihat yang melanda namun itu tidak menjejaskan pengurusan dan pentadbiran ekonomi sedia ada.

“Dengan adanya pengiktirafan daripada penganalisis dari luar ini, sedikit sebanyak mampu menghalang dan menghentikan kejatuhan nilai ringgit yang merosot sejak kebelakangan ini.

“Dari segi asas ekonomi, kita masih kukuh dan stabil, namun yang menjadi isu besarnya adalah persepsi rakyat negara kita terutamanya dalam isu politik seperti perbalahan, perebutan kuasa, kekecohan dan demonstrasi jalanan yang dilakukan, sudah tentu akan mengundang gambaran dan andaian negatif, sekali gus memberi kesan tidak baik dan punca kejatuhan nilai ringgit,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau mengulas pencapaian Malaysia memperbaiki kedudukan tangga ke-18 dalam (GCR) 2015-2016 berbanding tempat ke-20 pada tahun sebelumnya, pencapaian terbaik sejak tahun 2005.

image

Menurut laporan dikeluarkan Forum Ekonomi Dunia (WEF) yang membabitkan 140 negara, pencapaian itu mengekalkan Malaysia sebagai negara keenam paling berdaya saing dalam kalangan negara Asia Pasifik dan kedua di ASEAN selepas Singapura.

Menurut Syed Azizi Wafa yang juga Profesor Perniagaan Antarabangsa di Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Perakaunan Universiti Malaysia Sabah (UMS), sekiranya situasi politik negara masih belum diselesaikan dengan kadar segera melibatkan ahli dan pemimpin, itu sudah tentu akan memberi gambaran dan ancaman terhadap pelabur luar untuk mengadakan pelaburan di dalam negara.

“Apa yang paling penting sekarang, semua pihak perlu memainkan peranan dalam mengekalkan, memperkukuh prestasi dan imej terutamanya dalam kestabilan politik, sekali gus mampu melonjakkan ekonomi, di samping menjadi sebuah negara berdaya saing,” katanya.

Sementara itu, penganalisis ekonomi, Prof. Datuk Dr. Amir Hussin Baharudin berkata, kejayaan yang dicapai negara memberi gambaran bahawa Malaysia sememang­nya sebuah negara maju dan berdaya saing, malah pakar-pakar dari luar negara juga mengakuinya.

“Namun, apa yang saya lihat sekarang, wujudnya beberapa gejala kurang sihat sehingga menggugat dan memberi persepsi kurang baik sehingga menjadikan nilai ringgit menjadi lemah, penyebaran berita-berita tidak sahih dalam laman-laman sosial yang dilakukan segelintir golongan dilihat sengaja memberi sentimen dan ingin menjatuhkan kerajaan.

“Dalam memastikan kejayaan Malaysia ini berada di landasan terbaik, apa yang paling penting kita perlu menangkis pengaruh negatif yang boleh memberi implikasi terhadap negara,’’ ujarnya.

Katanya, kaedah terbaik adalah mempergiatkan usaha mempromosikan produk tempatan, meneruskan momentum melalui pentadbiran ekonomi dengan memperkasakan penyelidikan dan pembangunan (R&D) bagi mengekalkan reputasi serta nama baik negara, sekali gus membuka peluang pelaburan kepada pemain industri luar untuk melabur agar mampu meningkatkan ekonomi negara.

Utusan






4 Komen to Kejayaan positif buat Malaysia.

  1. moo says:

    Report Joker untuk org umno buat weapon.

    People are talking about Deficit, national debt and reserve, external growth, currency strength, stock market performance, GDP growth, inflation rate (is the basket is correct), purchasing power, distribution of wealth, disparity of income between ethnics.

  2. moo says:

    …and corruption, rule of law, separation of power between executive and legislative.

  3. sman says:

    Ini yg buat Mahathir semakin benci pada PM Najib

  4. rockers says:

    klu mcm tu msia dh blh sain tppa.

Leave a Reply

Threesome