Menu Utama

Bila Biadap Dikategorikan Sebagai “Beradab”, Abdul Hadi Boleh Rujuk Mahfuz…

mahfuz pakatan harapan

Saya tersenyum sumbing membaca kenyataan Ahli Parlimen Shah Salam, Khalid Samad yang cuba menegakkan benang yang basah tentang tindakan beliau dan konco-konconya yang mengangkat plakad “RM2.6 Bilion” selepas pembentangan Bajet 2016.

Kata Khalid, tindakan itu “tidak biadab”. Katanya tindakan itu tidak seteruk tindakan ahli parlimen di luar negara yang membaling kasut, kerusi dan gas pemedih mata. Itu justifikasi pengertian “beradab” dari kaca mata Khalid Samad dan sekutu-sekutunya…

Saya faham. Kata-kata itu ditujukan pada Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang sebelum ini menyifatkan tindakan Khalid dan ahli parlimen Pakatan Harapan itu sebagai tidak beradab serta tidak melambangkan sikap pemimpin yang bertamadun.

Terlintas di fikiran saya, apakah sebenarnya definisi “beradab” dari pandangan Khalid Samad? Apakah perlu baling kerusi, baling kasut atau lontar gas pemedih mata maka barulah dianggap sebagai tidak beradab? Jadi tindakan biadab yang lain selain dari itu maka ia didefinisikan sebagai “beradab”?

Ketika menikmati makan malam bersama keluarga, apakah Khalid menunggu anaknya membaling kerusi padanya maka barulah beliau menganggap anaknya itu tidak beradab? Jika anaknya pegang plakad “balaci DAP” di meja makan tersebut, maka anaknya itu tidak dianggap sebagai biadab padanya?

Pada pandangan saya, sekiranya seorang pencuri itu mencuri sebanyak RM1,000 dari kocek Khalid, maka individu itu layak dilabel sebagai pencuri. Namun, apakah seseorang yang mencuri sebanyak RM1, maka dia tidak layak dilabel sebagai pencuri?

Hakikatnya, perbuatan kedua-dua individu itu melakukan kesalahan yang sama iaitu mencuri, bukan? Sama ada jumlah wang yang dicuri itu RM1, RM100, RM1,000 atau RM1 juta ringgit, maka dari sudut Islam, mereka berdua tetap dikatakan sebagai pencuri.

Merujuk pada perlakuan memegang plakad tersebut, saya bersetuju dengan Abdul Hadi. Memang tindakan tersebut jelas tidak beradab, tidak bertamadun dan bersifat kebudak-budakan yang sama sekali tidak matang dalam perlakuannya.

Tidak perlulah Khalid dan geng-gengnya menegakkan benang yang basah tentang insiden tersebut.

mahfuz26

                               Sila rujuk dalam bulatan merah

Cuma, merujuk pada kenyataan Abdul Hadi, saya juga ingin mengingatkan Presiden PAS itu bahawa Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar juga turut bersama dengan Khalid, mengangkat plakad yang sama.

Secara tidak langsung, di dalam PAS juga mempunyai ahli parlimen yang tidak beradab, biadab, tidak bertamadun dan gagal menunjukkan akhlak yang baik. Mungkin Abdul Hadi lebih wajar bertanyakan tentang hal ini kepada Mahfuz sendiri.

Nampaknya, PAS masih lagi “kurang bersih” setelah pengkhianat-pengkhianat itu keluar meninggalkan parti. Masih ada lagi saki baki “syaitan dalam jemaah” di dalam PAS yang mungkin bakal mencetus gelombang barah kedua dalam parti berkenaan. Setuju Hadi? Wallahu’alam.



« (Previous News)



2 Komen to Bila Biadap Dikategorikan Sebagai “Beradab”, Abdul Hadi Boleh Rujuk Mahfuz…

  1. hi hi says:

    nahfuz dag tuah, perangai macam syaitan, yang lain jilat DAP, SEMUA GILER KUASA

  2. anoi says:

    cogodik mr bean kapal baru bangkali karam tu pasal ranting yg di pegang kono paut dulu sobolum tongojun dlm longkang sama2 dgn mat sumbu bini kawan tu and the gang.

Leave a Reply

Threesome