Menu Utama

Tuesday, October 13th, 2015

 

“Bank Negara Cuai” – Peguam Negara

Peguam Negara Tan Sri Appandi Ali menegaskan keputusan untuk tidak mendakwa pegawai 1 Malaysia Development Berhad (1MDB) adalah kerana tiada kesalahan dilakukan berikutan Bank Negara telah dimaklumkan perubahan dan tidak menghalang perubahan tersebut. Peguam Negara dalam kenyataan akhbar hari ini menyatakan, 1MDB mematuhi semua prosedur dalam mendapat tiga kelulusan Bank Negara bagi pelaburan di luar negara pada 29 september 2009, 6 September 2010 dan 20 Mei 2011. Bank Negara hanya mengambil masa tiga hari untuk meluluskan permohonan tersebut. “Apabila 1MDB meminta wang dimasukkan kepada akaun yang berlainan dari permohonan asal,Baca Lagi


Khairuddin dan Matthias tidak didakwa di bawah SOSMA – Peguam Negara

Peguam Negara mengesahkan dakwaan terhadap Bekas Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan, Khairuddin Abu Hassan dan peguamnya Mathias Chang bukan di bawah peruntukan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA). Sebaliknya, Tan Sri Mohamad Apandi Ali menjelaskan kedua-duanya didakwa di bawah peruntukan Seksyen 124L Kanun Keseksaan. “Saya ingin menjelaskan bahawa pendakwaan Khairuddin Abu Hassan dan Matthias Chang adalah di bawah Seksyen 124L Kanun Keseksaan kerana cubaan sabotaj sistem kewangan negara dan perbankan Malaysia. “Tindakan ini bagi menjawab persoalan yang dikemukakan menerusi laporan media semalam yang mendakwa kerajaan menyalahgunakan kuasa denganBaca Lagi


Tony Pua buat dakwaan tanpa asas – 1MDB

1Malaysia Development Bhd (1MDB) hari ini menyelar Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua kerana membuat dakwaan tanpa asas mengenai penipuan, penyelewengan, kecurian dan pengubahan wang haram yang kononnya dilakukan oleh firma tersebut. 1MDB menyifatkan Tony gagal membuktikan kenyataan akhbarnya dimana beliau menuduh 1MDB mengelirukan Bank Negara Malaysia (BNM) yang meminta firma itu memindahkan dana AS$1 bilion yang berada di luar negara. “Adalah penting untuk mengetengahkan kenyataan Bank Negara yang menyatakan secara jelas, bank itu membuat kesimpulan bahawa kebenaran yang diperlukan di bawah ECA untuk pelaburan 1MDB di luar negaraBaca Lagi


SOSMA: Ketua UMNO Penampang dakwa Muhyiddin dan Shafie berdolak dalik

Seorang Ketua UMNO Bahagian hari ini mendakwa Timbalan Presiden UMNO Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mohd Shafie Apdal telah menukar pendirian mereka mengenai Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 atau SOSMA. Datuk John Ambrose, yang mengetuai UMNO bahagian Penampang, dipetik sebuah portal berita sebagai berkata Muhyiddin dan Shafie mungkin terlupa kedua-dua mereka mengundi untuk menyokong SOSMA yang digubal di Parlimen. “Mereka, pada masa itu, tidak menentang undang-undang berkenaan atau bersuara untuk menentangnya,” portal itu memetik beliau sebagai berkata. Ambrose dilapor berkata demikian selepas Muhyiddin, bekasBaca Lagi


Tol: ‘Legasi’ Mahathir Yang Belum Musnah Lagi

SATU Malaysia, dari Timur ke barat (termasuk Sabah/Sarawak) hari ini bercakap tentang kenaikan kadar tol di 17 lebuhraya dalam bandar sekitar lembah kelang. Masing-masing macam biasa mengutuk, maklumlah cakap di media sosial, pengecut macam itu. Menariknya, tol sekitar lembah kelang yang naik tapi orang dari negeri yang lain pulak kecohnya yang lebih. Ini memang mentaliti biasa segelintir orang Malaysia setiap kali ada kenaikan, apa jenis kenaikan punlah.  Bagi kelompok ini, hidup mereka dari atas ke bawah memang ditentukan kerajaan, walhal kita pun tahu realitinya tidak begitu.  Nanti Khamis, bila kenaikanBaca Lagi


PAS Mungkin Sertai Pakatan Harapan Menjelang PRU 14?

Baru-baru ini, anak kepada Allahyarham Ustaz Fadhil Noor memberitahu PKR supaya melupakan PAS dan tidak lagi terhegeh-hegeh mengajak parti pimpinan Dato’ Seri Abdul Hadi Awang itu menyertai Pakatan Harapan. Faiz Fadhil yang meninggalkan parti yang pernah dipimpin bapanya itu turut dikatakan mendakwa bahawa PAS tidak akan mampu mempertahan keputusan bersama yang disepakati dalam gabungan terbaru parti-parti pembangkang itu. Pada pandangan penulis, apa yang dinyatakan Faiz itu sebenarnya sangat tepat sekali buat ketika ini. Pemuda dari Parti Amanah Mat Sabu itu berkata benar, PAS tidak mungkin mampu setuju dengan keputusan bersamaBaca Lagi


TPPA: Hak Bumiputera tetap dilindungi

KEKHUATIRAN pihak tertentu tentang isu Bumiputera dalam Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik – TPPA terjawab apabila Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed menyatakan jaminan kerajaan bahawa semua dasar Bumiputera tetap dilindungi jika Malaysia membuat keputusan untuk menandatangani perjanjian itu. Ini termasuk berkaitan kontrak kerajaan, perusahaan kecil dan sederhana (PKS) serta industri halal. Beliau memberikan kenyataan tersebut dalam sidang akhbar yang diadakan di Putrajaya baru-baru ini. Menurutnya negara mempunyai agenda Bumiputera yang mantap dengan wujudnya agensi seperti Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU) dan Majlis Ekonomi Bumiputera yang dipengerusikan sendiri olehBaca Lagi