Menu Utama

Zainal Abidin cabar KJ

“SAYA cabar beliau (KJ) untuk menggantung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dalam satu minggu ini.

Itu reaksi Timbalan Presiden Persatuan Jurulatih Bola Sepak Malaysia, Zainal Abidin Hassan terhadap kenyataan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin yang ingin menggantung badan induk itu.

Bekas pemain kebangsaan itu turut menyifatkan tindakan dan kenyataan menteri tersebut merimaskan dan dianggap kebudak-budakan selain memburukkan lagi keadaan.

“Kita tahu betapa sedihnya situasi bola sepak dan jika beliau benar-benar mempunyai kuasa dan mempunyai tujuan yang baik untuk bola sepak, gantung lah FAM dalam masa seminggu ini dan kita tengok apa kebaikannya dan kalau baik, saya dan rakan sejawat terima kalau digantung demi kebaikan bola sepak.

“Saya sebagai seorang yang dah lama dalam bola sepak ini sudah naik rimas dengan kenyataan beliau sebegitu di dalam surat khabar,” katanya di Kuantan, hari ini.

Menurutnya, KJ selaku menteri tahu undang-undang dan syarat yang perlu diatasi dan bukan mengeluarkan kenyataan sebegitu.

“Kami inginkan seorang menteri sukan yang memperbaiki keadaan dan bukan hanya bola sepak tetapi untuk semua sukan dan bukan dengan cara pergi ke stadium, duduk bersama penyokong bersama-sama memalukan pasukan negara kerana ini satu dorongan yang tak baik selaku menteri.

“Kami nak menteri yang memberikan dorongan atau memperbaiki sukan bola sepak, beliau pun pernah memegang jawatan tertinggi di FAM, pernah merancang program Myteam, tetapi gagal,” katanya lagi.

Zainal Abidin yang juga pengendali Pahang itu menegaskan sepatutnya KJ mencari sesuatu mekanisme yang lebih baik untuk bangkitkan bola sepak dan bukan dengan kenyataan sebegitu.

“Beliau pun rakyat Malaysia, saya pun rakyat Malaysia, saya rasa amat malu jika mendapat kenyataan daripada seorang menteri sebegini,” katanya.

Sumber SH






8 Komen to Zainal Abidin cabar KJ

  1. Mr Y says:

    Semua dah qada’ dan qadar.. dah sampai masa terserlah sikap seseorang yang rakyat Malaysia perlu tahu..

  2. bro says:

    menteri patut sama2 betanggujawab atas kegagalan..tp. member takut jadi tidak popular…

  3. semangat dato' haron says:

    Singkirkan KJ. Dia adalah ancaman besar kpd kuasa politik org melayu Dan Islam di Negara ini. Dasar liberal melampaunya akan menggugat Negara ini. Singkirkan beliau.

  4. sman says:

    Macam mana kita nak sokong Umno lagi selepas ini,kalau KP nya adalah KJ.Sukan pun dia tak tahu nak jaga,macam mana nak jaga negara,jauh sekali nak jaga kepentingan orang Melayu dan kedaulatan Islam.Kalau Pas yg konsevertif boleh rosak kerana sekumpulan puak liberal yg dulunya kelihatan tidak lah seliberal KJ,mampu kah Umno yg memang dah agak liberal bertahan jika KJ dan grombolannya yg kelihatan jauh lebih liberal dari grombolan liberal dalam Pas memipin Umno?.Orang Melayu Islam kena ingat, kalau sayang kan hak dan ugama mereka,carilah jalan keluar dari ini semua.Kalau mahu Umno terus memimpin ,carilah pengganti KJ dan kalau tak ada tokoh lain sebagai penggantinya,elok cari alternatif lain .

  5. Pemerhati says:

    apa berlaku semua pihak harus bermuhasabah diri dengan mencari & mempelbetulkan kelemahan(masalah) dari terus membuat kenyataan menuding jari sesama mereka…setakat menjadi menteri sukan yang kerjanya cuma tahu menuding jari pada pihak lain merupakan sikap hipokrit suka pentingkan diri sendiri yang boleh juga kita anggap dia cuma tahu & mahu menjaga status kedudukannya(tidak suka memikul beban bersama pihak lain bila timbul sesuatu masalah untuk diselesaikan) sahaja dari memberi keutamaan untuk menyelesaikan masalah yang timbul…memberi keutamaan untuk menyelesaikan masalah bermaksud berhentilah membuat kenyataan menuding jari sebaliknya perbanyakkan sesi perbincangan bersama pihak2 relevansi untuk mengatasi(nak kata ‘menyelesaikan’ agak tidak realistik) masalah yang timbul

    KJ yang suka cepat menuding jari memperlihatkan dirinya seorang yang bankrap idea, dia juga boleh dikata tidak bijak berdiplomasi(dengan pihak2 relevansi) tentang bagaimana hendak mengatasi sesuatu masalah yang timbul…adalah mengecewakan negara mempunyai menteri sukan & belia seperti ini…aku sokong 100% apa diperkatakan Zainal Abidin Hassan…AFC atau FIFA tak kecoh pun cepat2 beri amaran fasal nak gantung FAM, apa hal pulak beruk itam jadi terlebih sudu dari kuah?

    kepada mana2 ‘ultras’s yang masih menuding jari menyalahkan FAM kerana ranking & prestasi buruk pasukan bolasepak negara, kesalahan itu sebenarnya tiada cuma kelemahan sahaja yang ada…kelemahan itu berada lebih pada para pemain & jurulatih…jangan letakkan 100% segala kelemahan itu pada presiden FAM, beliau boleh mendapatkan pengganti jurulatih yang lebih baik tapi bagaimana dengan ‘mentaliti’ para pemain? ‘mentaliti’ takut mendapat kecederaan bermain untuk negara masih menebal dalam diri para pemain(aku tak kata kesemuanya tapi cuba bayangkan jika kesemuanya tidak takut mendapat kecederaan?)…ada pemain merasakan dirinya dipanggil untuk mewakili negara sebagai ‘tangkap muat’ sahaja jadinya tidak perlu memberi komitmen 100% ketika perlawanan, hanya dalam latihan sahaja dia menunjukkan kesungguhan(komitmen) itu

  6. jokowi says:

    KJ ni dr DAPig ka???……

  7. hajimat says:

    Dulu lagi aku dah kata, budak anak diplomat yang lahir, bersekolah, dan dibesarkan di merata pelosok dunia ni tidak punya jatidiri Melayu.
    Dia tidak layak jadi ahli UMNO, jauh sekali dari jadi ketua pemuda UMNO malahan tidak juga sesuai jadi menteri UMNO.
    Tapi nasib menyebelahinya, bila dia balik Malaysia, dia dijodohkan dengan anak perdana menteri.
    Itu sajalah kelebihannya. Dian minat jadi Ketua pemuda Melayu, Cina dan India, jadi dia kena jadi ahli UMNO, MCA dan MIC pada satu masa yang sama. Tapi BN bukan Parti jadi dia brcelaru.

  8. mata-mata says:

    Ada satu je mamat ni pandai jaga semenjak jadi Menteri Belia dan Sukan iaitu….. MENARI ZUMBAAA!!!!!!

    Yang lain hampeh…

Leave a Reply

Threesome