Menu Utama

AS tidak mempunyai asas untuk mengganggu Najib walaupun dakwaan NYT dan WSJ

Sejak beberapa hari lalu, New York Times (NYT) dan Wall Street Journal (WSJ) – yang kebetulan surat khabar adik-beradik dimiliki oleh baron media Sir Rupert Murdoch – telah menerbitkan cerita-cerita yang tidak berasas dengan mendakwa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sedang menghadapi siasatan oleh Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) dan mungkin ditangkap oleh kerajaan Amerika Syarikat.

WSJ adalah yang pertama yang melaporkan bahawa FBI telah memulakan siasatan terhadap dakwaan pengubahan wang haram, memetik sumber-sumber.
Akhbar ini, yang mendakwa diri mereka sebagai akhbar harian kewangan, melaporkan bahawa siasatan FBI itu ada kaitan dengan dakwaan kononnya dibuat oleh bekas Naib Ketua Bahagian Umno Batu Kawan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan – yang telah ditahan di bawah Seksyen 124 Kanun Keseksaan yang berkaitan dengan aktiviti menjejaskan demokrasi berparlimen.

Kemudian, yang memeranjatkan, WSJ juga melaporkan dalam artikel yang sama: “Jurucakap pejabat FBI di New York berkata tiada ejennya telah diatur untuk bercakap dengan Encik Khairuddin atau mempunyai apa-apa hubungan sebelumnya dengan dia.” Jika benar, mengapakah WSJ kemudian terus menerbitkan artikel berunsur fitnah terhadap PM Najib apabila asas artikel ini telah dinafikan oleh FBI?

Keesokan harinya, NYT menerbit satu artikel mendakwa seorang juri besar persekutuan di Amerika Syarikat telah memeriksa dakwaan rasuah yang melibatkan PM Najib – mendakwa dua sumber yang tidak dinamakan berkata siasatan itu sedang dikendalikan oleh unit Jabatan Kehakiman yang menyiasat rasuah antarabangsa.
Kemudian, yang memeranjatkan, NYT juga melaporkan dalam artikel yang sama: “Seorang jurucakap Jabatan Kehakiman enggan mengulas.”

Menariknya, bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad – yang telah menjadi pengkritik hebat PM Najib – telah dilaporkan berkata Najib mungkin ditangkap oleh FBI. Namun begitu, Dr Mahathir mengakui: “Itu hanya suatu kemungkinan berdasarkan undang-undang antarabangsa ketika ini.”
Dengan ketiga-tiga sumber yang dianggap berwibawa bercanggah sesama sendiri selepas membuat tututan yang sensasi- tetapi tidak berasas – ia membuat kita tertanya-tanya kenapa semua ini berlaku sekarang dan mengadu-domba sistem keadilan AS terhadap pemimpin pilihan rakyat di Malaysia.

Setakat ini, kerajaan AS telah bertindak di luar sempadannya hanya dalam dua jenis aktiviti – penyeludupan dadah dan jenayah perang, termasuk serangan keganasan.
Dan tiada seorang yang waras pun boleh mengaitkan Najib ke dalam aktiviti-aktiviti ini.

SHANTI RAMACHANDRAN
Kuala Lumpur



« (Previous News)



11 Komen to AS tidak mempunyai asas untuk mengganggu Najib walaupun dakwaan NYT dan WSJ

  1. moo says:

    Hang seseorg itu buat salah kat luar negara, maka dia akan etrtakluk kepada undang di negara yg dia lakukan kesalahan tersebut. as simple as that. kalau tak salah jangan takut la. Rilek la Najib………..

  2. DAP says:

    Shanti ni ahli MIC ke? Tak tau plak mykmu amik tulisan dari dieorg….kha kha kha

  3. kiyaisalleh says:

    A bigger mistake of faith reading WSJ and NYT.They are ones who read article like the one in the WSJ,NYT and swallow the lie whole.TO whom WSJ,NYT adress the nonsensse?Who,they think,believes that stupidity,what desperation……

  4. bena says:

    madey kutty n gang3 sama waktu dgnya sangat2 desperado dah.awas bro

  5. James Wong says:

    Nampak sangat ada pihak luar yang cuba menjatuhkan ekonomi negara dengan pelbagai dakwaan supaya pelabur asing kehilangan kepercayaan terhadap kerajaan. Walau bagaimanapun, pihak pembangkang dan rakyat sepatutnya bekerjasama untuk menangkis semua dakwaan tersebut. Jangan biarkan orang luar terus mengecam keselamatan negara kita.

  6. Anak_Nogori says:

    Sejak bila media mat saleh ni tidak anti malaysia.

  7. moo says:

    PM Najib byk betoi masalah dia. Dia ni nak jaga rakyat/negara atau nak jaga kantong dia?????

  8. Anak_Nogori says:

    Ketua menteri penang pun byk gak masaalhnya moo.

  9. azmi says:

    Menurut satu sumber ini adalah satu fitnah jahat terhadap PM Najib. Oleh hal yang demikian PM Najib Razak akan menyaman AWSJ selasa ini. Sebelum ini telah berkali-kali PM Najib telah menyaman AWSJ dan telah banyak kali menang saman. Telah banyak kali dikatakan PM Najib yang berdarah pahlawan bugis sama sekali tidak gentar dengan siapa saja yang cuba mengganggu gugat kedudukannya. 99.99% rakyat Malaysia mahu beliau kekal sebagai PM dulu kini dan selamanya. Renung-renungkan lah.

  10. WTF says:

    Najib Razak minggu ni ada kat London, next stop Najib Razak would be in New York, relaks sungguh Najib Razak ni ya Mooooh!!!

    Yang tak relaks ialah mereka yg gugur dari dunia ini pada 16th April 2014 dan 12th February 2015, juga pada yg jatuh hukum penjara pada hujung 2014.

    Tak relaks mereka2 tu Moooh!!!

  11. sireh ke gagang says:

    aku tengok , najib rilek je. yang gelabah lebih moo. sebab hati busuk.dengki tengok bangsa sendiri dijulang orang.

Leave a Reply