Menu Utama

Tanpa Pas lebih mudah bentuk pakatan baru – Salahuddin Ayub

Parti Amanah Negara (Amanah) menganggap pendirian Pas yang enggan bekerjasama dengan DAP dan parti itu akan memudahkan lagi parti pembangkang membentuk sebuah pakatan baharu.

Timbalan Presiden Amanah, Salahuddin Ayub berkata, dengan ini, Amanah, PKR, DAP bersama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) propembangkang akan mempercepatkan lagi penubuhan muafakat baharu itu tanpa Pas.

“Amanah mengulangi pendirian dan komitmen bahawa kami akan bersama dengan tuntutan rakyat untuk bersama dalam pakatan baharu pembangkang bagi membawa perubahan politik,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Salahuddin mengulas kenyataan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang menegaskan kerjasama politik parti itu hanya bersama PKR.

Kenyataan Abdul Hadi itu sekali gus menolak kemungkinan Pas akan bekerjasama dalam pakatan baharu pembangkang yang turut dibarisi Amanah dan DAP.

Menurut Salahuddin, Amanah telah beberapa kali menyatakan kesediaan untuk bersama semua pihak termasuk Pas bagi menyertai perbincangan ke arah menubuhkan muafakat politik baharu.

Beliau dalam pada itu, menye­rahkan kepada rakyat untuk menilai sendiri pendirian Pas yang menolak untuk berada dalam kerjasama politik baharu parti pembangkang sebaliknya hanya mahu bekerjasama dengan PKR.

Utusan



« (Previous News)



3 Komen to Tanpa Pas lebih mudah bentuk pakatan baru – Salahuddin Ayub

  1. semangat dato' haron says:

    Tanpa PAS, lebih mudah menghapuskan kuasa melayu, islam dan raja2. Sepatutnya Salahudin kena ckp mcm tu…

  2. james bond says:

    Gila kuasa. Bila kalah tubuh parti sendiri supaya ada jawatan. Ini manusia yang pentingkan periuk nasi sendiri. Jangan keluar kan ayat anda nak bela nasib rakyat, kerana anda, salahudin dan geng tahu ia adalah tidak benar. Biar kuasa politik melayu hancur, janji duit dia masuk.

  3. Anak_Nogori says:

    Dgn PAS berada didalam pakatan baru…PAN akan mengemis kerusi dan berebut dgn PAS.

    Kan PAS dah tak releven kata mad sabu.

Leave a Reply

Threesome