Menu Utama

Tahaluf Siyasi: Hadi Kata PKR Pengkhianat?

Pan-Malaysian Islamic (PAS) President Abdul Hadi Awang speaks during a Merdeka forum by PAS at Selangor University (UNISEL) in Shah Alam on August 30, 2014. The Malaysian Insider/Najjua Zulkefli

KATA Presiden PAS Hadi Awang seperti disiar Malaysiakini, PAS tidak akan bertahaluf siyasi dengan pengkhianat.  Siapa yang Hadi rujuk sebagai pengkhianat, tak pulak dia sebut, tapi dengan pilihan yang tak banyak di sekeliling PAS sekarang, kita yakin ia ditujukan kepada PKR.

Baru-baru ini PKR menerima masuk 2 bekas pemimpin PAS, masing-masing Ahli Parlimen Tumpat, Kamarudin Jaafar dan Muhammad Taib.  Sementara kehilangan Mat Taib tidak begitu signifikan kepada PAS, kehilangan Kamarudin memang ada terasa sikit.

Sekalipun dari awal memang dah tahu Kamarudin ni hanya proksi Anwar dalam PAS tapi maklum sajalah dah bersama PAS sejak 1999, terasa jugalah bila dia keluar kot.  Lagipun, kehilangan Kamarudin bermaksud satu lagi kerusi parlimen PAS hilang kepada PKR.

Beberapa kerusi Parlimen PAS sebelum ini dah hilang kepada Parti Amanah Negara (PAN).

Jadi sahlah Hadi tuju PKR sebagai pengkhianat.  Tak tahulah kalau kawan yang terima orang yang berpaling tadah dari kita itu dianggap sebagai mulia kan.  Kalau PAS masih anggap PKR kawan yang baik selepas penghijrahan itu, bukan bodoh lagi PAS ni tapi atas dari itu lagi.

Ikut logiknya, PAS sepatutnya tarik balik sokongan kepada kerajaan PKR di Selangor, semua pemimpin PAS dalam petadbiran kerajaan negeri dari setingginya hingga serendahnya, perlu letak jawatan.

Penarikan balik sokongan itu bagaimanapun tidak akan menjejaskan kerajaan pembangkang di Selangor kerana PAS baru-baru ini hilang 2 ADUNnya yang mengumum keluar PAS dan masuk PAN yang mesra Pakatan.

Itu menyebabkan kerajaan Selangor hari ini disokong oleh 15 ADUN DAP, 13 ADUN PKR dan 2 ADUN PAN.  Kekurangannya cuma, dari ada 2/3 sokongan dalam dewan, kerajaan Selangor sudah hilang kelebihan itu.

Kalua PAS ikut logik yang disebutkan di atas.






4 Komen to Tahaluf Siyasi: Hadi Kata PKR Pengkhianat?

  1. semangat dato' haron says:

    UMNO kena kukuhkan kedudukan semula. Kejayaan himpunan baju merah adalah langkah terbaik mengukuhkan semula perpaduan UMNO di bawah Najib. Menghapuskan pengaruh mamak kutty secara total adalah penting demi kestabilan dan kesinambungan UMNO pada masa akan dtg.

  2. kakak says:

    Saya setuju. Tidak ke mana kalau kita bersimpang-siur. Pihak sana memang sentiasa mencari peluang, walaupun kecil, dan saban ketika, untuk memecahkan ukhuwah kita.
    Berjaga-jagalah.

  3. jokowi says:

    Tuan puteri semangat,
    Janganlah dikau bermimpikan si kutty itu…
    Dia sudah tua tak bermaya
    Ingatlah kekacang merah hantaran burung-burung punai jokowi….kerana itulah yang lebih hebat….daripada sikutty tua itu….
    Lihatlah betapa gagahnya burung-burung punai jokowi bertebaran nun jauh di awan…gagah seperti jokowi jua…
    Ikhlas drp jokowi….
    ?????????????????????

  4. ha ha says:

    WALAUPUN KERAJAAN DAH BERBUAT BAIK KEPADA RAKYAT, TAPI MASIH TAK PUAS HATI,YANG HATI CINA, JAGA PULA

Leave a Reply

Threesome