Menu Utama

“Syaitan Dalam Jemaah” PAS Belum Keluar Habis Lagi?

mahfuz

Inilah yang dikatakan hidung tak mancung, tapi pipi tersorong-sorong. Tak tahulah saya setebal tembok apa muka Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar yang dilaporkan hadir ke sidang meja bulat DAP, PKR dan Amanah.

Malah lebih memalukan lagi, Mahfuz yang mengaku dirinya kekal sebagai ahli PAS dan tidak menyertai konco-konconya dalam Amanah, dengan selamba badak merayu pula pada Pakatan Harapan supaya tidak meminggirkan PAS.

Mahfuz berkata, penyertaan PAS di dalam Pakatan Harapan adalah penting bagi mengelak pertandingan tiga penjuru ketika pilihanraya nanti.

Saya tertanya-tanya, apakah Mahfuz tidak tahu membaca, mendengar dengan baik dan memahami kenyataan-kenyataan yang dibuat oleh kepimpinan PAS sebelum ini mengenai pakatan baru yang mahu dibentuk itu?

Apa yang Timbalan Presiden PAS kata? Apa yang Ketua Penerangan PAS kata? Dan paling penting, apa yang Presiden PAS kata? Apa pula kata pewaris tokoh PAS, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz kata?

Pemimpin PAS yang “merampas” jawatan Mahfuz, Nasruddin Hassan Tantawi berkata, pengkhianat PAS tetap dilabel pengkhianat selagi mereka tidak kembali ke pangkal jalan. Faham atau tidak? Katanya, PAS tidak akan bekerja sama dengan pengkhianat parti.

Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man juga senada dengan Nasruddin menegaskan bahawa PAS tidak akan hadir ke sidang meja bulat itu disebabkan DAP dan Amanah ada bersama untuk membentuk pakatan tersebut.

Datuk Seri Abdul Hadi Awang pula terang-terangan mengecam puak-puak yang membentuk parti Amanah yang dianggap “syaitan dalam jemaah” itu. Setelah “syaitan-syaitan” itu keluar dari jemaah, melanggar bai’ah talak 3, tidak pula meletak jawatan, masih lagikah PAS mahu bekerjasama dengan “syaitan-syaitan” tersebut?

Malah Ketua Pemuda PAS, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz secara jelas menegaskan bahawa PAS tidak gentar dan sedia untuk berdepan dengan Amanah mahupun DAP bagi merebut kerusi pada pilihanraya yang akan datang.

               Dua “syaitan dalam jemaah”? Seorang dalam PAS dan seorang lagi dalam UMNO?

Saya tertanya-tanya, apakah Mahfuz begitu dangkal, cetek dan “bengap” sekali akalnya untuk berfikir tentang pendirian PAS tersebut? Apakah hati Mahfuz sudah “buta” untuk memahami kenyataan-kenyataa dari pucuk pimpinan utama PAS itu?

Apakah Mahfuz fikir dia merupakan “jambatan” di antara PAS dengan DAP, Amanah dan PKR? Sekiranya dia berfikir demikian, maka mungkin saya boleh simpulkan bahawa Mahfuz berkemungkinan besar tidak faham dengan pendirian partinya.

Saya juga tertanya-tanya, kenapalah Mahfuz tidak sertai Amanah atau PKR. Sedangkan apa yang terbit dari lidahnya itu membayangkan seakan-akan “syaitan dalam jemaah” PAS itu belum lagi keluar dari parti berkenaan sepenuhnya.

Cuma bersangka baik, saya menjangkakan bahawa mungkin Mahfuz tidak sertai Amanah kerana enggan melanggar sumpah bai’ah yang dia ikrarkan pada PRU ke-13 yang lalu. Siapalah yang tidak sayangkan isteri, bukan?

Sebenarnya, saya agak bersimpati dengan Mahfuz. Dia seolah sedang tersepit. Hendak keluar, takut melanggar bai’ah. Hendak kekal, tapi hatinya bagaikan sudah bersama Amanah. Namun apakan daya, terpaksalah kekal di dalam PAS jua hingga tamat penggal ini…






2 Komen to “Syaitan Dalam Jemaah” PAS Belum Keluar Habis Lagi?

  1. Syaitan berbulu musang.

  2. Meriam Buluh says:

    .

    Syaitan berbulu musang? Syaitan bertopengkan ulama? They are all MUNAFIK. NO LESS!!

Leave a Reply

Threesome