Menu Utama

Siasat dakwaan DEIG mohon pinjam RM500j

Jawatankuasa Pilihan Agen­si, Badan Berkanun dan Anak Syarikat (JP-ABAS) Se­langor digesa memanggil Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali supaya memberikan jawapan sebenar me­ngenai dakwaan konon­nya Darul Ehsan Investment Group (DEIG) telah memohon cada­ngan pinjaman daripada tiga buah bank berjumlah RM500 juta.

Setiausaha Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) Selangor, Budiman Mohd. Zohdi berkata, tindakan sedemikian harus dilakukan bagi memastikan kesahihannya kerana cadangan pinjaman tersebut dikatakan bertujuan dijadikan modal kerja anak syarikat milik Pemerbadanan Menteri Besar (MBI) itu.

Katanya, berdasarkan laporan sebuah portal, www.malaysia-today.net pada 8 September lalu, difahamkan sebuah bank telah mengeluarkan surat tawaran pinjaman kepada DEIG yang mana jika benar, berkemungkinan digunakan oleh syarikat itu untuk menampung operasinya.

“Kita melihat dakwaan ini satu perkara yang serius yang perlu disusuli dengan tindakan segera oleh JP-ABAS. Maka, untuk memastikan kesahihannya, jawatankuasa berkenaan perlu memanggil Menteri Besar termasuk pengurusan DEIG untuk memberikan keterangan yang sebenarnya di sebalik dakwaan ini.

“Kita tidak mahu perkara ini terus menjadi polemik lebih-le­bih lagi kemungkinan wujudnya unsur-unsur penipuan di sebalik penubuhan DEIG,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Budiman yang juga ADUN Sungai Panjang menambah, sekiranya dakwaan portal itu benar, maka tindakan tersebut dilihat bercanggah sama sekali dengan kenyataan yang dibuat oleh Mohamed Azmin pada 18 Ogos lalu semasa sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) yang menyatakan DEIG dari segi struktur modal tidak akan membuat sebarang pinjaman, tidak memiliki aset dan hanya akan beroperasi pada suku pertama tahun depan.

“Jika kita berpegang kepada kenyataan Menteri Besar ketika sesi DUN lalu, maka DEIG masih belum beroperasi dan tidak mempunyai aktiviti setakat ini. Namun, mengapa pula syarikat ini dikaitkan dengan dakwaan memohon pinjaman untuk modal kerja melibatkan jumlah kira-kira RM500 juta?

“Kita melihat seolah-olah ada sesuatu yang tidak kena dalam soal ini. Maka sebab itu, kita gesa Menteri Besar tidak terus-menerus mengambil sikap berdiam diri, rakyat Selangor ingin tahu perkara yang sebenarnya,” tegas beliau.

Sementara itu, usaha untuk mendapatkan penjelasan daripada Pengarah Eksekutif dan Ketua Pegawai Operasi DEIG, Soffan Affendi Aminudin gagal apabila beliau tidak membalas soalan menerusi aplikasi WhatsApp.

Utusan



« (Previous News)



3 Komen to Siasat dakwaan DEIG mohon pinjam RM500j

  1. anak selangor says:

    Good idea from writer. Really good to have these enquiries so that DEIG can move forward professionally and further strengthening Selangor under Pakatan.

  2. mata-mata says:

    Kita tengok Assmin tu berani jawab ke tidak??? Kalau setakat nak jatuhkan kredibiliti orang lain dalam jawapan dia, lebih baik tak payah jawab. Memang confirm jawapan yang kita perolehi adalah sama… IAITU ASSMIN SUKA CAKAP TAK SERUPA BIKIN…. bikin aiskrim dalam jamban boleh la…

    Tak gitu JUBORwi??? Geng sepunai dengan ko tu….

  3. System baru says:

    Deig pinjam 500juta nak buat apa itu kalau tak ada aset yg boleh dicagarkan macam mana pinjam 500juta lagi pun, 1mbd pun pinjam dulu buat bond dan aset yg dicagar panggil rakan kongsi

    Ada soalah aku pada azmin ini
    Deig aset apa nak di cagar kalau tak ambil dari kerajaan selangor dan jika gagal dalam perniaga itu aset bakal jatuh ketangan orang lain
    Deig rakan kongsi siapa yg pangil
    500Juta itu untuk tujuan apa
    Ceo deig itu siapa saya kurang yakin pada ceo deig uruskan nya

Leave a Reply