Menu Utama

Sewaktu Gambar PM Najib Dipijak, Pemuda MCA Pasir Gudang Di Mana?

Bersih-4-Pijak-Gambar-Hadi-Najib“Awak kat mana, awak awak kat mana..”

Mungkin kata-kata dari senikata lagu yang agak popular ini boleh dijadikan modal untuk sama-sama kita fikir dan timbang-timbangkan sejauh mana kematangan Pemuda MCA Pasir Gudang dalam berpolitik; itu pun kalau ada yang masih mahu berfikiran positif atas semangat setiakawan Barisan Nasional.

Hakikatnya, sepanjang pemerhatian penulis sejak kejadian memijak gambar Presiden Barisan Nasional dan Presiden PAS tempoh hari, tiada satu pun permohonan maaf yang dipohon oleh masyarakat Cina, samada melalui MCA atau Gerakan di atas kelakuan tersebut terhadap Presiden Barisan Nasional.

“Awak kat mana, awak awak kat mana..”.

Walhal, tatasusila dan kesopanan orang kita sebelum ini sangat berbeza apabila ia melibatkan perkara-perkara sensitif seperti itu. Kita masih ingat, MCA sering kali menjadi orang tengah, bagi permohonan maaf atas provokasi melampau pada suatu ketika dahulu. Sungguh pun ramai yang tidak berpuas hati dengan tindakan MCA seolah-olah “pertahankan” si pelaku, namun sekurang-kurangnya, ada permohonan maaf. Mengapa ianya tidak berlaku selepas insiden di Bersih 4?

“Awak kat mana, awak awak kat mana..”

Dengan tiada satu pun yang tampil untuk memohon maaf atau sebagai wakil untuk memohon maaf, tiba-tiba Pemuda MCA Pasir Gudang memutuskan hubungan dengan Presiden Barisan Nasional dengan alasan Najib Razak menyatakan sokongan kepada Himpunan Rakyat Bersatu (baju Merah). Perlu diingatkan, bahawa Himpunan tersebut adalah sah setelah mengikut syarat dan undang-undang yang ditetapkan oleh PDRM dan DBKL.  Tambahan pula, tiada insiden atau provokasi melampau seperti yang berlaku di BERSIH 4. Malah, terbukti himpunan tersebut turut disertai oleh masyarakat Cina, dan tiada pun insiden kekasaran terhadap mana-mana pihak. Rasis? Penulis rasa tidak.

Apa pula tindakan Pemuda MCA Pasir Gudang sewaktu Ketua Pemuda MCA Malaysia yang membenarkan ahli MCA sertai perhimpunan haram BERSIH 4? Di mana sokongan Pemuda MCA Pasir Gudang terhadap pendirian Presiden Barisan Nasional atas perhimpunan haram tersebut?

“Awak kat mana, awak awak kat mana..”

Sudah tentu Pemuda MCA Pasir Gudang boleh berbuat apa sahaja yang mereka rasakan betul dari kaca mata masyarakat Cina sekaligus menjadi populis. Namun, cuba lah bersikap adil dan saksama kepada Presiden Barisan Nasional sebelum cuba menjadi hero.

Sebagai sesi ulangkaji dan latih tubi mata pelajaran Barisan Nasional, ingin rasanya penulis sampaikan kepada Pemuda MCA Pasir Gudang untuk membuat perhimpunan masyarakat Cina menyokong MCA.

Itu lebih baik untuk parti MCA dan Barisan Nasional.






8 Komen to Sewaktu Gambar PM Najib Dipijak, Pemuda MCA Pasir Gudang Di Mana?

  1. Johorean.abrahman says:

    Semasa patung maria chin abdullah di simbah cat merah. Awak di mana. Bukan kh dia juga sorng Islam. Poyo

  2. malisa says:

    PEMUDA MCA ,MUNGKIN JUGA AHLI DAP TEGAR, HANYA MENEGUK D AIR YANG KERUH, PANGKAH MUNGKIN ROKET, HANYA NAK SHARE KEKAYAAN SAMA BN

  3. rakyat smart says:

    Bagi saya kita jgn terlampau melatah pasal isu ini. Sebenarnya yang banyak guna perkauman ini Madey. Jadi jangan terikut2 dengan langkah Madey yang menyalahkan semua benda tapi dia seorang yang betul.
    Sepatutnya BN mengamalkan setiakawan dan bersatu.

  4. Johorean.abrahman says:

    ‘The best struggle is the word of truth spoken to a tyrant ruler.’ (Al-Nasā’ī)

  5. Johorean.abrahman says:

    Jika terbabit dengan politik menentang hukum Allah atau berpolitik yang hendak dicapai kan itu bukan untuk mermatabatkan Islam, maka ia berlawan dengan sifat manusia yang diturunkan sebagai kalifah Allah.

    Penderhakaan terhadap Allah adalah satu jenayah yang besar. Allah mengingatkan kita dengan perintah nya..dan sesiapa menderhakai Allah, maka dia berada dalam kesesatan yang nyata (surah Al.Ahzab ayat 36).

    Jika sudah sesat maka Allah berfirman lagi.. Dan sesiapa menderhakai Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya di sediaka. Di Akhirat kelak neraka jahanam yang kekal mereka didalam nya buat selama-lamanya (surah Al.Jin ayat 23).

    Oleh kerana itu berpolitik lah dengan politik betul, bukan main letak je atau terikut-ikut dengan pujukan ahli politik yang salah. Anda berpanduan yang boleh menetukan politik yang betul, mana yang memberi keuntungan dunia dan mana yang memberi keuntungan akhirat. Atau sekurang-kurangnya anda akan memperolehi keuntungan akhirat jika menaikan martabat Islam sebagai agama suci dan mengikut perintah Allah Subahanallah. Sila lah rujuk kepada Al-quran pastikan pemimpin kamu itu mengikut ajaran nya.

  6. Johorean.abrahman says:

    Itu dari Al.Quran.bagi aku segala langkah dan tingkah laku pemimpin dan orang bawahan mereka menampkkan yang ada kesalahan.cuma kita tidak boleh menuduh sebagai fitnah. Tapi mana jawapan pemimpin yang betul, tepat kepada soalan selama ini. Semua nya masih berdolak dalih.

  7. mamak tongkang says:

    WOI ; JOHOREAN KAU SUKA LAH PEMBANGKANG PEGANG NEGARA NI ,SUPAYA PUOK PUOK LGBT MENDAPAT KEBEBASAN MUTLAK…. PERMINTAAN PELIK PELIK BANYAK DALAM PAKATAN HARAM TU WOI…. SEDAR SIKIT , NAJIB TIBA MASA AKAN PERGI SOONER OR LATER… KEMPUNAN SANGAT TEH PUOK PUOK TU PEGANG KUASA. MOHON DI JAUHI ALLAH.

  8. mata-mata says:

    Pemuda MCA waktu tu sedang sibuk main pakau gamaknya…. yamseng dengan DAPster….

Leave a Reply

Threesome