Menu Utama

Setia Muhyiddin Hanya Pada Tun M, Bukan UMNO

muhyiddin-yasiN

PENULIS antara beberapa yang terperanjat dengan dakwaan bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa perhimpunan Rakyat Bersatu (Merah) 16 September lepas bersifat perkauman dan menakutkan peniaga cina di Petaling Street.

Soalan nombor satu penulis, sejak bila Muhyiddin chinese first, bukan dia Malay first ke?  Malah kita semua masih ingat kejadian seorang wartawan cina di tegur Muhyiddin kerana wartawan berkenaan mahu dia mengulang jawapan dalam bahasa Inggeris.

Nampak macam Melayu sangat kan?  Tapi kenapa bila Melayu bersatu dalam satu perhimpunan Muhyiddin bidas?

Jawapan kepada persoalan itu hanya muncul bila penulis pandang kiri dan kanan, barulah perasan, tak hairan kenapa Muhyiddin berpandangan begitu, kiblatnya, Tun Mahathir Mohamad pun ada pendirian yang sama juga.

Cuma Muhyiddin dengan permainan biasanya, ‘menunggu masa yang sesuai’ untuk mengeluarkan kenyataan seperti itu – ketika berucap di depan orang cina dalam kawasannya sendiri di Pagoh.  Bila berucap depan orang Melayu, penulis yakin Muhyiddin tidak akan sentuh langsung bab ini, biasalah.

Apa pun, tak sukar nak menjangka pendirian Muhyiddin lagi dah selepas ini, tengok apa pendirian Tun M, tahulah apa pendirian Muhyiddin.  Dua-dua ini sudah macam mesin fotocopy, kembar siam bersambung di dubur pun tak macam ini samanya.

Sebab itu penulis tak nak bincang kenapa perubahan pendirian ini berlaku, penulis juga taknak bincang kenapa Muhyiddin tak cakap benda sama terhadap perhimpunan haram Bersih 4 yang antara lain mengancam keselamatan kanak-kanak peserta sambutan kemerdekaan dan yang berkaitan dengan itu kerana semuanya sudah begitu jelas.

Kesetiaan Muhyiddin tidak kepada yang lain tapi hanya pada Tun M seorang.  Dia akan mengikut apa juga yang bekas Perdana Menteri itu laku dan katakan serta tidak berganjak walau seinci daripadanya walaupun berlawananan dengan prinsipnya sendiri – kalaulah Muhyiddin masih ada prinsip lagi.

Yang kata setia terhadap UMNO itu jelas hanya bongaknya saja.






12 Komen to Setia Muhyiddin Hanya Pada Tun M, Bukan UMNO

  1. 200 says:

    21/9/2015
    Bagi Muhyiddin TUN Mahathir cakap semua nya betul, d sebabkan dasar sekolah vernakular ,sjkc, sejak muhyiddin jadi menteri pendidikan , kita melahirkan ramai komunis d tanah melayu, kurang ajar dengan pemimpin melayu, sepatutnya di kekalkan sekolah English dan Kebangsaan saja, supaya kaum Cina dan India ada pilihan jika tak nak ke sekolah Kebangsaan

  2. bena says:

    pengkhianat bangsa melayu n umno…hati2 bangsaku

  3. System baru says:

    Di karamat mall di kuala lumpur kedia2 kelihatan kosong je mana2 kedai tutup sila bagi orang lain sewa, ini aku lihat menbiarkan sewa mereka tertugak ribuan ringgit, DBKL kena tengok perkara itu, tiga bulan je kosong penyewa lama harus di buang dan benarkan orang lain masuk sewa kedai itu, kita tak mahu dasar 30% bumiputera gagal, bagi mara tekun dan amanah iktiar kena tengok tempat itu sesuai untuk orang melayu meniaga, aku sendiri yakin tempat berpotensi untuk orang melayu meniaga ia dekat lrt keramat,

    Saya minta DBKL tengok pantau keramat mall dan gunakanlah untuk tempat pemborong melayu meniaga kerahkan tekun, amanah iktiar, pumb, mara tengok tempat itu
    Sila buang penyewa lama tak mahu meniaga di keramat mall itu

    Saya minta mykmu sampaikan pada pm kita itu tempat itu berpontansi jadi hub orang melayu meniaga

  4. Johorean.abrahman says:

    Aku tk kira la.pasal muhyiddin tau tun M. Ini pasal rakyat.tk kn pemimpin dulu buat salah orang skrg blh buat salah gak kira ok.poyo

  5. Anak_Nogori says:

    Dulu kata pak lah flip flop…midin ckp tak serupa bikin.

    Midin ada prinsip ye.

  6. Johorean.abrahman says:

    Jika terbabit dengan politik menentang hukum Allah atau berpolitik yang hendak dicapai kan itu bukan untuk mermatabatkan Islam, maka ia berlawan dengan sifat manusia yang diturunkan sebagai kalifah Allah.

    Penderhakaan terhadap Allah adalah satu jenayah yang besar. Allah mengingatkan kita dengan perintah nya..dan sesiapa menderhakai Allah, maka dia berada dalam kesesatan yang nyata (surah Al.Ahzab ayat 36).

    Jika sudah sesat maka Allah berfirman lagi.. Dan sesiapa menderhakai Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya di sediaka. Di Akhirat kelak neraka jahanam yang kekal mereka didalam nya buat selama-lamanya (surah Al.Jin ayat 23).

    Oleh kerana itu berpolitik lah dengan politik betul, bukan main letak je atau terikut-ikut dengan pujukan ahli politik yang salah. Anda berpanduan yang boleh menetukan politik yang betul, mana yang memberi keuntungan dunia dan mana yang memberi keuntungan akhirat. Atau sekurang-kurangnya anda akan memperolehi keuntungan akhirat jika menaikan martabat Islam sebagai agama suci dan mengikut perintah Allah Subahanallah. Sila lah rujuk kepada Al-quran pastikan pemimpin kamu itu mengikut ajaran nya.

  7. kiyaisalleh says:

    Subhanollah,apa sahaja yang keluar dari mulut Najib semuanya dianggap sampah oleh Pak Midin,hatta perhimpunan utk.kesatuan orang melayu yang seratus peratus Islam pun Pak Midin cemuh.Dendam kesumat dan kedengkian yang membara jadi landasan hidup Pak Midin kini.Itu sebab Allah jatuhkan beliau dari post TPM,sebab Allah tahu jenis manusia ini bila berkuasa maka mudharatnya lebih banyak dari manafaatnya.Pintu taubat masih terbuka buat Pak Midin dan Pak Madey.Kalau anda tahu siapa kawan baik Abdullah bin Ubay iaitu Ka’ab Bin Asyraf yg.kedengkian dan dendam kesumat pada Rasulullah akhirnya kepalanya dipenggal olah sahabat2 Rasulullah.Dendam kesumat yg tak pernah padam akan menghancurkan zahirbatin Pak Midin Dan Pak Madey.Jangan sombong dan angkuh dengan dunia yang anda begitu sayangkan ini.

  8. Johorean.abrahman says:

    Itu dari Al.Quran.bagi aku segala langkah dan tingkah laku pemimpin dan orang bawahan mereka menampkkan yang ada kesalahan.cuma kita tidak boleh menuduh sebagai fitnah. Tapi mana jawapan pemimpin yang betul, tepat kepada soalan selama ini. Semua nya masih berdolak dalih. Juga mahu diingat kan di kubur kelak tiada soalan pun menanyakan apa bangsa kamu, yang ada apa agama mu,sapa tuhan kamu…

  9. dot says:

    x payah sembang lah,,,mmg midin komplot gan madey nk jatuh kan najib, madey marah pasal area lapangan terbang kt sungai besi najib xnk bagi madey komersialkan,,lu org g tgok,,,sungai besi semuah perumahan untuk rakyat,,tu pasal madey marah.,

  10. rockers says:

    pemimpin umno skg berkiblatkan najib @cash is king

  11. Meriam Buluh says:

    Siapa boleh detect abu baqar@abu baghal bagi komen kat atas ni sila angkat tangan!! Hahaha..

  12. mata-mata says:

    Siapa yang mudah lupa dengan cerita mengarut abuya tu “JALAN-JALAN BERDIPLOMASI DI DATARAN MERDEKA sambil salam babi kuning waktu bershit 4.0” tu…??? Hari pertama seorang mamak turun, abuya kata jalan-jalan, hari kedua mamak turun, abuya hilangkan diri terus…..

    Tagline “sedarlah semua” pun hilang dari pandangan…. tapi dia tak sedar cash is king tu tagline abuya syok sendiri tu jugak… hahahahahahahahahaha.

Leave a Reply