Menu Utama

Sekolah vernakular sudah tidak relevan

KUALA LUMPUR 27 Sept. – Sistem pendidikan pelbagai aliran dilihat sudah tidak relevan untuk dilaksanakan di negara ini memandangkan Malaysia akan mencapai status negara maju tidak lama lagi.

Timbalan Pengerusi Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Ezarudin Abdul Rahman berkata, sebagai sebuah negara maju, Malaysia memerlukan mobilisasi dan sistem pendidikan yang jelas dalam pembelajaran serta pengajaran.

Beliau berkata, tanpa menutup sekolah pelbagai aliran, perkara tersebut tidak dapat dilaksanakan kerana sistem pendidikan telah berpecah mengikut jenis sekolah yang sedia ada.

“Oleh sebab itu, kerajaan perlu berani melaksanakan sistem sekolah satu aliran walaupun perkara tersebut akan mendapat tentangan daripada sesetengah pihak, namun percayalah ia akan memberi kebaikan kepada semua kaum di negara ini.

“Keutuhan perkauman dan semangat cintakan negara dalam kalangan masyarakat terutamanya golongan muda dapat dipertingkatkan sekiranya dididik sejak kecil lagi di bawah satu sistem yang sama,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Isnin lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Wahid Omar berkata, sistem sekolah satu aliran merupakan antara usaha yang perlu diutamakan oleh kerajaan bagi memastikan setiap murid daripada pelbagai kaum dapat mengenali antara satu sama lain.

Katanya, keharmonian kaum di negara ini perlu bermula di peringkat sekolah rendah dan murid-murid seharusnya ditempatkan di bawah sistem atau aliran persekolahan yang sama, bagi menjamin pertumbuhan ekonomi negara melalui perpaduan kaum.

Tambah Ezarudin, sekolah vernakular merupakan salah satu tempat yang boleh merobohkan semangat muhibah rakyat pelbagai kaum sekiranya tidak dibendung dari awal.

“Sekolah-sekolah tersebut hanya menekankan pendidikan semata-mata tanpa mempedulikan keperluan murid terhadap ilmu kenegaraan dan berbeza dengan sekolah kebangsaan,” katanya.

Sementara itu, Presiden Kongres India Muslim Malaysia (Kimma), Datuk Seri Syed Ibrahim Kader berkata, kerajaan perlu mengadakan sesi perbincangan bersama pemimpin-pemimpin kaum bagi mendapat kata sepakat berkenaan sekolah satu aliran.

“Mereka perlu diyakinkan bahawa kepentingan kaum dan bahasa ibunda tidak akan terjejas walaupun sekolah pelbagai aliran ditutup. Contohnya, Kementerian Pendidikan boleh mewujudkan silibus atau mata pelajaran bahasa ibunda masing-masing.

“Dengan itu, semua kaum di negara ini tidak akan rasa terjejas di samping dapat meningkatkan semangat perkauman kepada semua rakyat Malaysia,” katanya.

Utusan






5 Komen to Sekolah vernakular sudah tidak relevan

  1. rockers says:

    ade berani ke

  2. James Wong says:

    Tetapi, pihak pembangkang akan terus menggunakan isu ini untuk memperoleh sokongan daripada rakyat terutamanya kaum cina dan india. Sepatutnya, rakyat perlu faham terhadap kehendak sebenar pihak kerajaan. Kerajaan cuba mewujudkan satu suasana yang lebih mapan untuk mengukuhkan lagi perpaduan di dalam negara. Bahasa ibunda kaum lain tidak akan dimansuhkan.

  3. hai says:

    SEKOLAH SATU ALIRAN, HENDAKLAH DI SEGERAKAN DENGAN DI TAMBAHKAH PEMBELAJARAN BAHASA ASING SEBAGAI BAHASA TAMBAHAN , IAITU MANDARIN,ARAB,ENGLISH SB KETIGA TIGA BAHASA INI PENTING UNTUK PERCAKAPAN SAHAJA, BUDAK MELAYU JUGA WAJIB DI AJAR BAHASA MANDARIN.ENGLISH PERLU DI PERKASAKAN DALAM SEMUA SUBJEK SEBAB TAKLAH PELAJAR PELAJAR KAMPUNG KECICIRAN DAN MEMUDAHKAN DAPAT PEKERJAAN. BAHASA KEBANGSAAN JUGA DE PERKASAKAN HANYA DALAM PENULISAN DAN PEMAHAMAN, ATUPUN BUAT 2 ALIRAN KEBANGSAAN ATAU ENGLISH DALAM SEMUA SUBJEK IKUT KEUPAYAAN MURID TAPI DALAM SATU KAWASAN SEKOLAH, SATU KANATIN, SATU PADANG PERMAINAN

  4. cina malaysia says:

    sek kebangsaan utk semua kaum sukar dilaksanakan…sek keb yg ada hari ini sebenarnya sek 100% melayu…..nak ajar bahasa cina dan tamil di sek keb adalah bohong dan tipu semata2……..jgn percaya…..

  5. puk2 says:

    Aku sokong betul sekolah satu aliran

    Tiada lagi SRJKC,SRJKT, MRSM, SBP, SAR, Maahad Tafiz

    Anak2 semua bangsa kita semua belajar dalam satu aliran dengan SATU bahasa kebangsaan berteraskan korikulum sekular,liberal dan progresif

Leave a Reply

Threesome