Menu Utama

PKR Bertegas Mahukan PAS Agar “Pisang Berbuah 3 Kali” ?

pas wan azizahLangkah Kajang menterjemahkan nafsu PKR, apabila PKR “mencuri” 2 ahli dewan undangan negeri Selangor dari PAS, untuk memastikan “we have the numbers” untuk menjadi Menteri Besar, sekaligus meninggalkan PAS dalam keadaan terkapai-kapai kelemasan.

PAS tiba-tiba hilang kekuatan dalam mencaturkan hala tuju dalam lanskap politik Selangor. Tiada daya dan upaya, hanya sindiran dan senyum sinis dari sekutu mereka melihat PAS tercungap-cungap mentadbir parti sendiri akibat “campurtangan” dari “rakan-rakan tahaluf siyasi” mereka.

Keadaan yang sama kini berulang, apabila PKR sekali lagi, berlapang dada serta bersukaria menambah 1 lagi kerusi Parlimen yang “dicuri” dari PAS. Pisang tidak berbuah dua kali, tetapi dalam tahaluf siyasi, tidak sangka kita dapat melihat perkara tersebut berlaku.

Oleh yang demikian, penulis tidak terkejut apabila Wan Azizah tetap berkeras mahu PAS sertai Pakatan Rakyat 2.0 sekalipun ada yang cuba menidakkan kekuatan PAS setelah sebahagian wakil rakyat mereka menyertai Parti Pekerja-Pekerja Malaysia (Amanah) dan PKR.

Apa yang tersirat ialah mungkin Wan Azizah sendiri masih tidak yakin kepada Amanah untuk menyumbangkan banyak kerusi, atau lebih memilukan, jika Amanah langsung gagal untuk menyumbang kerusi nanti. Ia tidak mustahil, jika mengambil jumlah orang Melayu yang turun serta BERSIH 4.0 tempoh hari.

Oleh yang demikian, tidak hairan jika Wan Azizah sudah dimaklumkan bahawa PAS adalah sebaik-baik tempat untuk meneruskan cita-cita politik PKR. Malah, sudah terbukti berkali-kali, PAS merupakan parti yang paling mudah ditangani, dan dimanipulasi.

Perkembangan terbaru menyaksikan PAS seolah-olah sudah bulat tekad, untuk tidak bersama Pakatan 2.0, sebaliknya memilih untuk berdiri dengan sendirinya sekalipun masih berada di blok pembangkang di parlimen.

Jika ia benar-benar berlaku, maka kita akan melihat, sejauh mana kekuatan PAS untuk menang kerusi-kerusi yang mereka tandingi, terutama di kawasan-kawasan yang mana Amanah turut juga bertanding.

Sehingga ke hari ini, penulis sendiri belum merasa yakin bahawa PAS tidak akan menyertai Pakatan Rakyat 2.0. Selaku parti yang terkenal dengan strategi politik ampuh seperti “u-turn”, apa yang mustahil boleh juga berlaku.

PKR sedang menghitung hari, untuk mendapat laba politik berganda dengan adanya PAS bersama gabungan itu, sekaligus mengekalkan kekuasaan politik untuk penggal hadapan dengan hanya jentera yang paling minima di kalangan parti gabungan Pakatan Rakyat 2.0.






2 Komen to PKR Bertegas Mahukan PAS Agar “Pisang Berbuah 3 Kali” ?

  1. PKR HANYA PERLUKAN UNDI PAS, BUKAN PEMIMPIN PEMIMPIN PAS, HATI HATI DENGAN GULA GULA KAK WAN DAH TAK TENTU ARAH TU

  2. burrpp.. says:

    I can see a stupid ‘flock’ in a stupid party. Somekind of bitchy person who never realised everything they said and done.

Leave a Reply

Threesome