Menu Utama

Pijak Gambar: Penganjur Bersih 4 Di KL Tidak Perlu Tunjuk Baik…

pijak2

Ketua Penganjur Bersih 4, Maria Chin Abdullah dilaporkan telah “menggesa” beberapa individu yang memijak gambar Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak supaya tampil memberi keterangan kepada pihak polis.

Jika dirujuk pada kenyataan Maria yang tersiar di laman pro-pembangkang, Malaysiakini, versi laporan itu begitu “innocent” sekali apabila dibaca dan ia seolah menggambarkan pihak Bersih itu begitu baik hati, suci dan tulus mulus…

Lebih “poyo” lagi, Maria tanpa rasa segan silu mendakwa pihaknya tidak menyokong dan langsung tidak dapat menerima tindakan memijak gambar Perdana Menteri dan Presiden PAS itu.

“Kita tak sokong tindakan ini dan tak perlu buat begitu.

“Bukan hanya kepada Abdul Hadi dan PM tetapi kepada sesiapa saja kerana tindakan ini kita tak boleh terima,” kata Maria kepada media…

pijak guan eng

Pada pandangan saya, insiden membabitkan tindakan memijak gambar ini sudah lama berlaku dan budaya biadap itu berkemungkinan besar diperkenalkan oleh DAP yang sebelum ini memijak banyak gambar pemimpin yang tidak menyebelahi mereka.

Misalnya, Lim Guan Eng dan bapanya, Lim Kit Siang pernah memijak-mijak gambar tiga orang Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Perak kerana enggan lagi bersekongkol dengan kebobrokan kerajaan “boneka” Nizar – DAP di negeri tersebut.

Malah, banyak lagi gambar pemimpin UMNO dan Barisan Nasional (BN) yang telah menjadi mangsa kebiadapan puak-puak Bersih sebelum ini seperti Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob dan ramai lagi.

tok nan

Saya yakin, sekiranya tidak ada pihak yang menyedari dan merakam insiden gambar Mohd Najib dan Abdul Hadi itu, sudah tentu tiada langsung rasa kesal di hati Maria dan Bersih sendiri. Mungkin mereka sendiri sebenarnya mengalu-alukan tindakan itu di dalam hati, kan?

Pada pandangan saya, Maria perlu mencontohi sikap dan pendirian Pengerusi Bersih di Sarawak, Nicholas Mujah yang bertanggungjawab menghentikan himpunan Bersih di Kuching disebabkan tindakan keterlaluan pemimpin DAP di sana melakukan provokasi melampau.

Lebih menarik lagi, Nicholas turut turun semula bersama-sama peserta himpunan di sana ke lokasi mereka berdemonstrasi dengan tujuan membersihkan kawasan tapak perhimpunan selain mengemas semua harta benda awam yang telah mereka gunakan sepanjang perhimpunan berlangsung.

Padanlah Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem memberikan lampu hijau kepada kumpulan Bersih di sana untuk anjurkan himpunan. Sikap dan pendirian mereka jauh berbeza dengan Pengerusi Bersih di Semenanjung Malaysia rupanya…

                        Tunggu masa untuk dipijak dan dihina?

Bukanlah saya memuji Nicholas itu bererti saya setuju dengan desakan Bersih. Namun sikap dan tanggungjawab atas tindakan mereka itu benar-benar menunjukkan perbezaan yang sangat ketara dengan penganjur Bersih di sini, bukan?

Pada saya, Nicholas jauh lebih layak menjadi Pengerusi Bersih berbanding Maria.

Seorang wargaegara yang “decent” pada pandangan saya hanya akan menggunakan platform yang sah, melakukan aktiviti yang dibenarkan, ada permit berhimpun di lokasi yang dirancang dan patuh pada undang-undang negara.

Apa yang menghairankan, Bersih yang dianggotai oleh ramai pengamal undang-undang itulah yang bertindak tanpa rasa bersalah melanggar peraturan dan undang-undang yang ditetapkan pihak berkuasa.

Mungkin berhimpun secara aman itu dibenarkan oleh undang-undang. Namun apakah menganjurkan himpunan yang tidak terkawal dan mencetus provokasi yang mampu menimbulkan ancaman huru-hara dan kekecohan dibenarkan undang-undang?

Bagaimana dengan terma “public nuisance” di dalam sistem perundangan negara? Undang-undang sivil itu boleh dicabuli sewenang-wenangnya? Mujurlah rakyat di ibu negara itu kurang pengetahuan tentang “public nuisance”. Jika mereka tahu, teruk jugalah Bersih hendak menjawab di mahkamah, bukan?

Justeru itu pada pandangan saya, tidak perlulah Maria atau puak Bersih di Semenanjung Malaysia ini tunjuk baik. Jika benar baik, himpunan Bersih 4 tidak akan berlangsung di jalanraya dan mengganggu persiapan menyambut Hari Kebangsaan 2015 di Dataran Merdeka. Noktah.






9 Komen to Pijak Gambar: Penganjur Bersih 4 Di KL Tidak Perlu Tunjuk Baik…

  1. Abu Bakar says:

    Bila Ali Tinju dan kuncu-kuncunya menonggeng punggung di depan rumah Ambiga, apakah itu boleh dianggap diperbuat oleh Najib kerana Ali Tinju dan kuncu-kuncunya itu menyokong Najib?

    Apakah Najib dan UMNO perlu pohon maaf kepada Ambiga?

    Saya tak rasa itu perbuatan UMNO pun, kerana Ali Tinju hanya nak membodek, malahan perbuatan Ali Tinju itu bukanlah pendirian UMNO, jadi mengapakah UMNO perlu minta maaf?

    Dalam isu BERSHIT 4.0 itu, terdapat segelintir ultrakiasu DAP yang bersikap keterlalun hingga mencetuskan suasana yang tidak sopan. Tetapi saya beranggapan itu bukanlah pendirian pihak penganjur kerana apa yang penganjur buat tidaklah sampai mempromosikan gambar mana-mana pemimpin dipijak, tetapi hanya membuat perhimpunan dengan aman sahaja.

    Isunya di sini adalah seorang pemimpin korup yang mengamalkan rasuah, menyelewengan serta menyalahgunakan kuasa yang diminta oleh rakyat supaya dia letak jawatan dan berhadapan dengan perbicaraan di mahkamah.

    Malahan isu jenayah rasuah pemimpin korup itu telah menjadi isu antarabangsa dan dibincangkan di dalam Persidangan Pencegahan Rasuah Peringkat Antarabangsa ke 16 yang diadakan di Putrajaya. Malulah Malaysia dengan pemimpin korup sedemikan.

    Sedarlah semua.

  2. smh says:

    kelakar la abu bakar ni…

    UMNO pun mcm BERSIH gak tak suruh pengikutnya memijak..menonggeng bagai…tp salahkan UMNO beria-ia…bila kene kat BERSIH…baik belaka…takde plak nk salahkan penganjur disebabkan perangai tak bersih pengikutnya…

    en abu bakar..sila rujuk indek rasuah antara bangsa..tgk malaysia no brapa…oh ye..no paling dekat dgn barisan atas maknanya dia makin elok…yg terkebawah maknanya makin teruk…

    simpan2 la bodoh tu sikit…

  3. entah says:

    kelakarlah si abu ni.. sedarlah

  4. Memang Terok says:

    Pada semua Melayu yang sudah lupa atau langsong tak faham apa yg sedang berlaku dan mungkin berlaku, kita syorkan semua mereka itu merujuk pada kawan2 , rakan2 , teman atau taulan yang tinggal diSingapura. Maksudnya Melayu warganegara Singapura.

    Mereka akan dengar keluhan, kesalan dan ketidak puasan mereka trerhadap cara pemerintah memperlakukan mereka . Mereka pasti akan perpesan ‘ pada kawan2 Melayu diMalaysia berhati2 lah jgn sampai jadi macam kita di Singapura . Hidup kami umpama ada jasad tanpa bernyawa. Ada diri tanpa roh. Ada hilai ketawa tanpa gembira. Ada senyap tanpa tenang.

    Cina Malaysia menyimpan cita2 melangit untuk mengSingapurakan Malaysia dalam suasana kemelut perpecahan sesama Melayu yang sedang rancak berjalan sekarang.

    Madey dengan selera rakusnya. Pengikutnya dengan angan2 mereka. Untuk shortcut pergi saja ke Penang tak perlu jauh, anda akan tahu bahawa tompok pemerintahan negara perlu diterajui Melayu bukan orang lain.

  5. don says:

    yang ni aku memang tak setuju.. perbuatan macam ni adalah tidak perlu ditonjolkan.. memang patut2 dah orang2 ni dipanggil untuk soal siasat dan di denda.. tapi harap polis boleh la berlaku adil kalau kejadian yang sama berlaku pada pembangkang jangan la pulak tutup mata.. 🙂

  6. Memang Terok says:

    Yang pasti penganjur sudah perjelaskan modus operandi atau misi mereka pada semua pencacai kuning sebelum bermulanya aktiviti dilarang itu. Pasti penganjur sudah beritahu the dos & donts semasa berhimpun.

    BOLEH –
    bawak sepandok, terpekik terlolong, mencarut, maki & hamun, kencing merata2 kerana tak ada mobile WC,baring atas jalan, meraba sesama sendiri, ambik gambar, selfie, pijak poster pemimpin, solat atas jalan.

    JANGAN-
    Lawan polis, rosakkan kereta polis,rosak harta awam, .

    Apa yang kita nampak mereka buat ikut arahan yang diberi. jadi tak boleh cakap perbuatan pijak poster itu diliuar kawalan pihak penganjur. Ini satu himpunan besar pasti ada SOP yang telah diperjelaskan awal2 lagi.

  7. Anak_Nogori says:

    Bukan kah pihak pengajur bersih bertanggungjawap terhadap pendemo2nya..kalau sampai pijak gambar, kencing merata2, buat sampah…itu tidak bertanggungjawap.

Leave a Reply

Threesome