Menu Utama

Pijak Gambar Hadi: PAS Perlu Minta Maaf Pada UMNO Sebelum Desak Penganjur Bersih 4

hadi-bersihSehari dua ini, marah sungguh ahli dan para penyokong PAS kepada puah Bersih 4. Perasaan marah itu seakan-akan gagal dibendung sehingga ada yang tampil memaki hamun dan mencaci puak yang menghuru-harakan ibu negara pada 29 dan 30 Ogos lalu.

Semua kerana tersebarnya gambar dan rakaman video yang memaparkan gambar Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak sengaja dipijak-pijak oleh beberapa individu yang menyertai Bersih 4.

Setahu saya, Presiden UMNO sejak di zaman Tun M lagi, termasuk Pak Lah dan yang terkini Najib sendiri sering dihina dengan provokasi sedemikian. Bukan sahaja gambar mereka dipijak, malah ada kalanya ada yang meludah pada gambar mereka.

Apa yang membuat saya teruja ialah perlakuan itu sebenarnya turut dilakukan sendiri oleh ahli dan penyokong PAS terhadap kepimpinan UMNO. Dan kini, apabila ia berlaku pada Presiden PAS, baru terasa marah, melenting, melatah sehingga bertindak membuat laporan polis?

Kepada polis jugalah mereka mengadu? Sedangkan pada anggota polislah mereka melakukan pelbagai provokasi termasuk mencabar kewibawaan anggota pasukan keselamatan itu untuk menangkap mereka dalam siri-siri Bersih sebelum ini.

Benarlah bagai dikatakan bahawa selagi tidak kena pada batang hidung sendiri, mereka tidak akan tersedar dengan sikap mereka yang melampau. Sudah terhantuk di kepala, barulah mereka tahu betapa sakitnya hati bila imej pucuk pimpinan dihina sebegitu rupa…

Saya difahamkan bahawa Dewan Pemuda PAS menuntut puak Bersih supaya memohon maaf pada mereka dengan kadar segera.

Tapi, apa yang akan mereka buat jika puak Bersih itu enggan mengikut kemahuan mereka untuk memohon maaf? Hendak dibalas dengan pijak gambar Marina Chin, Lim Kit Siang, Guan Eng, Anwar dan Mat Sabu?

Berani mereka buat begitu? Apa yang mereka dapat jika berbuat demikian? Sekadar memuaskan hati?

Pada pandangan saya, inilah yang dikatakan kegagalan PAS dalam melakuka tarbiyah kepada ahli-ahli dan para penyokong mereka. Mereka sewenang-wenangnya menyemai rasa benci pada UMNO dan kepimpinannya yang jelas saudara seagama mereka.

Di dalam masa yang sama, mereka sanggup berpeluk dan bersekongkol dengan mereka-mereka yang terang-terangan menolak Islam dan kepentingan Melayu di negara kita. Mungkin itulah kifarah Allah SWT kepada PAS…

Saya setuju bahawa perlakuan biadap itu sepatutnya tidak dijadikan amalan oleh mana-mana pihak di Malaysia. Namun pada PAS, saya menyarankan supaya mereka rujuk dulu diri sendiri, cermin diri terlebih dahulu dan bermuhasabah sebelum menghamburkan kemarahan mereka kepada puak Bersih yang menghina Abdul Hadi.

pijak

Saya mencadangkan supaya semua ahli dan penyokong PAS memohon maaf terlebih dahulu kepada UMNO dan kepimpinannya yang pernah menjadi mangsa buruk laku mereka sebelum ini. Itupun kalau PAS sanggup mengaku kesalahan mereka sebelum inilah…

Selepas memohon maaf kepada UMNO dan para pemimpinnya, barulah PAS atau Pemuda PAS layak untuk mendesak pihak penganjur Bersih 4 untuk memohon maaf pada mereka. Cara sedemikian barulah dikatakan “gentlemen”, bukan?

Kesimpulannya, saya menyeru kepada rakan-rakan PAS supaya kembali kepada ajaran Islam yang sebenar. Janganlah terikut-ikut lagi dengan konsep “politik kebencian” yang sememangnya bertentangan dengan akhlak dan siyasah Islam. Biarlah DAP, PKR dan puak Mat Sabu sahaja yang bersikap sebegitu…

Justeru itu, renunglah sedalam-dalamnya di dalam diri PAS. Kembalikan tarbiyah Islam yang sebenar. Atur kembali tamrin, tasykil dan ta’lim yang sudah lama dilupakan PAS. Saya doakan agar PAS kembali ke pangkal jalan. Wallahua’lam.






10 Komen to Pijak Gambar Hadi: PAS Perlu Minta Maaf Pada UMNO Sebelum Desak Penganjur Bersih 4

  1. rakyat smart says:

    Betul tu. Dah lama pijak memijak ni. Bila kena batang hidung sendiri baru melenting. Mereka yang menghasut dan menanam kebencian.

  2. Mr Y says:

    Teringat dulu gambar PM diberak semasa Bersih 3.0 masa tu PAS belum kena halau daripada PR… Amalan kotor pijak gambar ni dimulakan oleh LGE LKS DAPigs dan oleh kerana sebelum dihalau PAS tiada apa-apa protes kepada DAPigs.. sekarang baru tersedar dan alhamdulillah marilah kita sesama Islam bersatu atau bertahaluf siyasi dengan kaedah yang lebih praktikal agar tiada kes tendang campak seperti yangvtelah berlaku 2x kepada PAS.

  3. Memang Terok says:

    Cina memang akan terus jadi cina dan mereka pun akan mati sebagai cina yang kafir. Cina tidak akan boleh diubah oleh Melayu , maka Melayu perlu terus kekal sebagai Melayu dan Islam adalah agama kita.

    Kenapa cina tiba2 jadi demikian ? Kita harus sedar bahawa Melayulah yang beri tenaga baru pada cina. Melayu telah beri cina ruang seluas2nya untuk menjadi cina sejati, tegar dan tulin. Cina tulin ialah cina yang biadab dan kurang ajar. Itu sikap cina.

    Melayu yang bergelar PAS, menganut agama PAS dalam misi mereka menjahanamkan sedara sesama Islam mereka telah bersengkongkol dengan cina kafir. Mereka berdakap2an, mereka berpelok , mereka bercium. Melayu PAS dilihat sering tunduk ketika berjabat tangan dengan cina. Cina bangga dan merasa diri tetiba dimuliakan. Salah seorang kaum mereka habis nyawa, kelihatan ramai Melayu hadir beri hurmat bangkai cina memegang lilin sambil bertafakkul dan menitis air mata.

    Cina diajak datang kemasjid berdiri sebelah mimbar beri kuliah politik. Yang duduk mendengar pehuh kusyuk terangguk2 adalah melayu yang berjubah dan berketayap. Cina diajak bersenam di halaman masjid pakai suit ketat terbuka aurat.

    Kata tuan guru mereka, semoga dengan tindakan kita akan membukak hati cina menerima agama kita setelah hidayah diturunkan pada merteka. Subhnallah… murninya niat, mulianya tujuan. Lupa kah tuan guru… bahawa pada mereka, kau dengan agama kau, aku tetap dengan agama aku.

  4. Memang Terok says:

    Dimana salah nya cina ? Tak ada salahnya mereka dalam subjek ini. kerana cina akan terus jadi cina, silap semua datang dari melayu sendiri.

    Cina akan terus dengan kecinaan mereka dengan membakar colok, membakar kertas menghalau hantu. Proses yang mengotor seluruh bandar , jalan dan lorong. Cina akan bakar mercun , membingit, memecah gendang telinga menggangu seluruh cerok kediaman. Cina bebas berbuat apa saja kerana diberi kebebasan. Cina terus mengutuk negara, menghina bendera, mencipta lagu menghina… tetapi penciptanya telah diberi karpet merah berjumpa menteri. Tentunya semua masih ingat akan hal ini.

    Melayu menulis dalam blog mengenai bangsa dan perakuan . Melayu itu ditangkap untuk didakwa kerana racist. Cina buat benda sama, cina ditepok bahu dan diucap tahniah.

    Cina Msia tidak boleh disentoh…. ini kamu harus ingat wahai melayu… Bahawa kamu sebagai Melayu jangan sesekali menyentuh Cina, kerana mereka adalah Cina bangsa terpelihara yang telah menerima endorsement bangsa Melayu di Msia.

  5. Anak_Nogori says:

    Ya..cina tetap cina, terutama cina dap..mereka sudah ditanam kiasu didalam diri mereka…sama mcm melayu dlm pas…berkurun lamanya mereka ditanam kebencian dari tabika lagi..doktrin itu ditanam sejak dari mereka kecil lagi..spt kita bukan benci umno krn ianya umno..bla bla bla..sampai berlaku kafir mengkafir sesama ummah..kubur asing2…sembahyang 2 iman..boikot kenduri…nikah org umno tidak sah..isteri diceraikan…ayah ibu tak ngaku anak dan sebaliknya..pijak gambar pemimpin negara yg dipilih rakyat.. .krn kemaruknya politik…mereka lebih utamakan politik dari agama.

    Berbalik kpd org cina memijak gambar najib dan hadi…bapa borek anaknya tentu rintik…teringat saya gambar 3 dun pembangkang perak yg istihar jd bebas dan seterusnya kerajaan pr tumbang..gambar mereka diletak diatas lantai dan lim guan eng dgn selambanya memijak gambar mereka.

    So..heran apa semua ni?…anak kencing berdiri..ayahnya kencing berlari lah.

  6. adzzam says:

    Ahaiii

    Baru korang nak kenal siapa Cina DAP?
    Nasib baik dia pijak gambar, ikut mmg tak ada adab, tapi mcmana pulak Najib yg ‘pijak’ maruah rakyat ?
    Secara terang2 Najib menipu dan menyalahguna kuasa utk menutup isu 2
    1MDB dan 2.6b.
    Susun dan gali semula kronologi kedua2 isu ini…cari di arkib2 akhbar utama, pasti korang akan jumpa banyak perkara yg cuba diputarbelit dan disorokkan.
    Bila ada mulut2 yg cuba bersuara, mereka ‘direhatkan’ dan diancam

    Lihat bagaimana Tok Dalang Zahid cuba memainkan isu konspirasi menjatuhkan Najib dan kerajaan.
    Rakyat bukan mahu jatuhkan kerajaan, rakyat mahu Najib letak jawatan kerana rakyat dah muak ditipu dan dipersenda.
    Pak Lah dulu pun menerima tekanan begini termasuk daripada pihak Najib, cubs bukak balik sejarah turunnya Pak Lah dari tampuk kuasa, ada lagi cerita2 ni dlm media2.

    Jadi apa ke jadahnya nak kait mintak Najib letak jawatan dgn jatuhkan kerajaan.
    Tok Dalang Zahid ni mmg kaki racun, dulu kes Lahad Datu pun dia kata dah tahu siapa dalang….sampai sekarang tak ada khabar berita pun.

    Cina DAP kurang ajar sebab apa?
    Sebab Najib…konon nak telus, tulus …tengok sekarang dah tembus.
    ISA dimansuhkan….kenapa?
    Itulah benteng terakhir keselamatan negara dan perpaduan kaum yg ada

    ISA diadakan selepas trgedi 13Mei…kenapa terjadi?

    Kerana Cina2 DAP cuba meruntuhkan kontrak sosial yg telah termeterai sebelum British setuju beri kemerdekaan…kandungannya antara lain…kaum pendatang mesti sanggup terima dan taat setia kpd pemerintah Melayu…agama Islam diangkat sebagai agama resmi dgn keizinan kebebasan agama bagi kaum lain…hak istemewa org Melayu yg tidak boleh dipertikai terutama kewarganegaraan dan tanah….termasuk juga klausa ttg bahasa rasmi utk perpaduan etc

    DAP mmg dah sondol dari dulu, tup2 Najib mansuhkan kerana dia gagal menghayati isi kontrak sosial pejuang2 Melayu dulu.

    Pada aku, sudah mmg sepatutnya gambar itu dipijak2 kerana adakalanya kita gagal membaca maksud yg tersirat daripada Allah.

    Renungkanlah.

  7. sireh ke gagang says:

    Yang bagi muka , bagi laluan cina DAP kurang ajar dengan pemimpin melayu siapa ?

    PAS

    yang sanggup berpeluk , kawin-cerai-rujuk dengan cina DAP siapa ?

    PAS

    jadi , memang benar apa yg diperkatakan duke .selagi belum kena batang hidung sendiri , belum sedar. sudah kena baru tahu apa rasanya.

    PAS nk minta maaf dengan UMNO ? itu kalau berlaku , harus dirombak segala kepimpinan pas sedia ada dengan perlembagaan pas sekali !!!! Kah4…

  8. sireh ke gagang says:

    Addzam , nampak kedangkalan akal. kau ingat , dengan pijak gambar najib , ISA boleh hidup semula ?kau ingat , dengan pijak gambar najib , cina dap boleh berubah jadi org baik & pakai serban mcm alim ulama ? cuba jangan menafikan sejarah. sejarah biadap cina dap dah lama bermula .bukan waktu najib skrg baru bermula. kau ni kena banyak belajar sejarah lagi.

    pasal kau cakap najib banyak beri muka pada cina , itu aku setuju. tapi najib itulah juga kesilapan najib sebagai manusia biasa. dia tak boleh meramal masa depan & apa akan berlaku nanti. sepatutnya kita menegur dan memberi amaran kpd beliau atas tindakan yg beliau lakukan itu. bukan mengecam dan berganding tangan dengan dap mencerca beliau. apa pun perbuatan beliau , kau harus ingat , dia adalah pemimpin. dan dia dilantik jadi pemimpin atas kehendak Allah swt.

  9. sireh ke gagang says:

    kalau najib memang terbukti bersalah kelak , kita sendiri boleh lihat nanti , dia akan diturunkan. kitaran hidup manusia mcm roda dalam pengetahuan Allah swt. tetapi kalau terbukti dia benar dan tidak bersalah,bersedialah golongan2 yg skrg ini tengah syok menghentam, mencerca beliau untuk berjumpa beliau nanti di mahsyar.. berjawab kamu sekelian dngn najib dpn Allah swt.

  10. adzzam says:

    Ahaiii

    Sireh ke ganggang…nyata kau ni berhujah tanpa fakta…setiap kejadian berpunca dari sebab dan akibat, mungkin kau tak faham..meh aku ulang bio teghang kepala hotak kau

    Ini sejarah kemerdekaan negara yg tidak mungkin dapat kau ubah.
    Nama asal tanah air ini ialah Semenanjung Tanah Melayu, singkatannya Tanah Melayu belum masuk Sabah dan Serawak lagi ketika itu.

    Dalam rundingan utk memberi kemerdekaan pihak British mahu satu akujanji daripada seluruh penduduk Tanah Melayu supaya hidup bersatu padu dan harmoni. Mungkin ramai yg tertanya2 apa kaitan British dgn keharmonian Tanah Melayu.

    Jawapannya, ekonomi. Jika negara ini bergolak maka ia memberi kesan kpd jalan perdagangan antarabangsa dan sumber2 ekonomi disekelilingnya.
    Begitu juga, penguasaan fahaman komunis dari Cina sangat membimbangkan British, Amerika Syrkt dan Peranchis yg telah lama bertapak di rantau ini.

    Tunku Abd.Rahman bersama beberapa org lagi wakil dari kaum pendatang/ imigran telah bersetuju menandatangani apa yg dipanggil kontrak sosial yg mana mengandungi klausa2 penting dan tertentu,peruntukan2 tentang hubungan antara kaum, hak2 politik, ekonomi dan sosial.
    Kontrak sosial inilah yg menjadi intipati kpd pembentukan Perlembagaan Negara Malaysia

    Namun DAP yg asalnya mmg berfahaman sosialis komunis tidak berpuashati, namun mereka tidaklah menyuarakan secara terang2an kerana mereka mmg menunggu saat kemerdekaan utk membentuk parti yg betul2 bersih dan sah.

    Setelah merdeka DAP mula mempertikaikan kontrak sosial ini terang2an diketuai oleh Lee Kuan Yu. Mereka mendesak beberapa peruntukkan dlm kontrak tersebut dibubar dgn alasan yg hampir sama seperti sekarang.
    Taraf kewarganegaraan dan hak istimewaan org Melayu menjadi bahan kritikan dan tohmahan.

    Kemuncaknya ialah pada 13Mei, DAP memainkan api perkauman yg mnyebsbkan tragedi berdarah. Kerajaan Perikatan berjaya membendung tragedi ini dan lahirlah ISA.

    ISA wujud utk mengekang sebarang ancaman dalaman yg melibatkan hubungan antara kaum. Keharmonian menjadi teras ISA kerana kerajaan sedar dgn terkumpulnya pelbagai kaum dan budaya, api pergeseran akan mudah tercetus.

    Tapi apa yg Najib telah lakukan?
    Mansuhkan ISA, suatu piala kemenangan yg sangat dinanti2kan oleh pengkritik kerajaan terutama DAP.
    Hapusnya ISA bermakna membuka bilik kebal kontrak sosial utk digugat dan dimusnahkan.

    Hubungan DAP dgn PAS juga PKR dtg kemudian terutama pimpinan Nik Aziz dan Anwar yg sgt bencikn Umno.

    Aku akui mengkritik Najib berterusan kerana aku sentiasa mengumpul maklumat setelah mendapat kejutan yg amat sgt berkenaan 1MDB.
    Cuba kau halusi ini.

    Dulu aku jugak kuat menyokong Najib kerana pandangan aku dia mewarisi legasi TAR yg tersohor. Sehinggalah satu hari aku terbaca dlm Sinar kemudian baru disiarkan kleh Utusan, bilamana bekas MB Trengganu pecah lubang mengatakan Najib memarahinya kerana menolak untuk mencagar tapak carigali minyak di Trengganu.
    Ahmad Said juga menerangkan bahawa 1MDB asalnya ialah TIA ,Trengganu Investment Authority.
    Esoknya bermula gendang perang, Razif, MB Trengganu menyatakan itu hanya cerita sensasi, 1MDB tidak ada kena mengena dgn TIA, jadi heboh satu negara,Najib seperti beri lampu hijau kpd puak2 pengampunya pukul gendang kata Ahmad Said, si samseng pembohong…aku cool sekejap.

    Booomm, isu 1MDB meletup balik dlm kepala aku, bila Nurjazlan dlm satu temuramah media mengatakan 1MDB asalnya adalah TIA…sekarang siapa bohong?

    Kedua, bila WSJ kata ada duit masuk dlm akaun Najib, ulang akaun peribadi Najib.
    Booooommm muka depan Utusan, Najib dan juak2 akan saman WSJ sebab keluar cerita bohong….kau pun tahu kesudahannya…selepas berbelit2 menafi…pusing sana sini…bila SPRM announce…terbukti…siapa bohong siapa.
    Kata nak saman WSJ?
    Gedebak gedebuk, ada yg kena pecat BUKAN gugur, PAC dilemahkan, Task Force 1MDB bubar, Tok Dalang Zahid mula berkarya dgn teori konspirasinya

    Aku jadi menyampah, jadi meluat jadi benci kpd org yg menipu rakyatnya secara terang2.

    Dulu, Pak Lah turun kerana kurang bermaya pemerintahannya TAPI cuma Pak Lah yg turun bukan kabinet atau barisan penyokong kepimpinannya yg digulingkan sekali?

    Jadi, kenapa nak spin, rakyat mahu Najib turun sama dengan rakyat nak guling kerajaan. Itu bohong besar namanya dan buat rakyat lebih meluat.

    Sireh ke ganggang dan seangkatan, kita cuma bertemu di maya ini, tidak mengenali, tapi aku sebenarnya hormat kpd korang sebab …UMNO.

    Aku juga ahli Umno,tapi aku dapat rasakan aku jauh lebih senior dari kalian, zaman aku zaman mandi air di perigi dan sungai.

    Aku berjuang bukan utk aku, masa aku dah habis..hanya anak cucu aku harap dapat hidup selesa, tenteram dan bermaruah.

    Untuk menjawab soalan, adakah aku ini RBA atau penyokong DAP…baca balik komen2 aku dlm blog ini atau lain2 jika korang terjumpa.

    Lupa nak tambah..DAP….PAP…Singapura keluar dari Malaysia…kenapa?

Leave a Reply

Threesome