Menu Utama

Petaling Street Bukan Isu Perjuangan UMNO atau Melayu

Tindakan Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Jamal Md Yunos, mengancam untuk menutup tempat perniagaan Petaling Street bukan perjuangan UMNO, apatah lagi perjuangan Melayu dan Islam.

Apabila Pesaka menganjurkan Himpunan Merah bagi menyatukan orang Melayu ia bertujuan menunjukkan bahawa orang Melayu bersdia mempertahankan kepentingan Islam dan Melayu jika perlu. Ia bukan untuk menunjukkan siapa lagi samseng apatah lagi “berperang dengan kaum Cina.”

Melayu tidak pernah terjejas dengan Petaling Street. Sekian lama kita sudah ketahui Petaling Street ialah tempat penjualan barang palsu dan kurang kualiti terbesar di negara ini. Ia di monopoli oleh kaum Cina dan disukai oleh pelbagai bangsa kerana harga yang murah.

Jika Jamal mahu kerajaan bertindak ke atas barangan palsu beliau boleh menjadi jaguh persatuan pengguna atau pejuang keadilan untuk korporat besar. Tapi jangan sesekali berdiri atas isu bangsa Melayu mahu menutup Petaling Street. Ia bukan sahaja tidak masuk akal malah sangat memalukan.

Jika kita marah dengan kaum Cina yang menyokong DAP, hari ini Jamal perlu desak semua pemimpin Melayu dan kerabat di raja berhenti berurusan dengan korporat besar kaum Cina seperti Berjaya, YTL dan lain-lain. Merekalah yang menyumbang kepada kejayaan DAP. Beranikah Jamal?

Jika Jamal mahu membantu orang Melayu, maka kempenlah agar peniaga Melayu di Uptown, Downtown atau apa sahaja jenis “town” dibenarkan berniaga barang yang sama seperti peniaga Petaling Street tanpa gangguan.

Jika Jamal mahu membantu Melayu, apabila kerajaan beri geran kepada beliau sepatutnya beliau laksanakan sampai berjaya dan bantu Melayu lain. Malangnya sekian banyak perniagaan beliau yang kerajaan bantu, sekarang ini sama ada sudah berkubur atau hidup segan mati tidak mahu.

Kita mahu memperjuangkan hak Melayu dan kepentingan Islam, tapi bukan cara tidak masuk akal dan merosakkan keharmonian negara ini.

Jangan nanti Himpunan Merah yang berjaya tempoh hari, akhirnya menjadi “kad Merah” kepada Barisan Nasional.






6 Komen to Petaling Street Bukan Isu Perjuangan UMNO atau Melayu

  1. System baru says:

    ini hasil kemarahan orang melayu pada apek dap itu, lagi satu yg pemimpin melayu itu jangan jaga sangat kepenting orang kaum cina sangat sehingga gagal dasar 30% ekonomi orang melayu itu, sudah cukup kita laku kesilapan 22tahun pemimpim melayu memerintah dengan buku malay delema dia.
    Sudah tiba waktu orang melayu jangan lakukan kesilapan sama meng ali bapa peniagaan seperti zaman tun m itu.
    Bagi aku takut orang melayu di bandar ini akan menyalahkan kuam cina atas kesalahan kepimpinan lama
    Najib kena tengok perkara ini supaya tak jadi barah.

  2. cina malaysia says:

    system baru sebenarnya anda tidak perlu risau dgn dasar 30% ekonomi org melayu kerana setahu aku GLC telah menguasai sebahagian besar ekonomi di negara ini… yg selebihnya baru dibahagi antara kaum……kalau tak percaya saya cadang awak buat kajian dgn lebih terperinci……….tak payah salah sesiapa……..

  3. rockers says:

    bolehlah pak jamal meniaga ikan bakar kt petaling street.

  4. Antifitnah says:

    Ya memang benar kata system baru…Melayu mesti la diberi peluang lebih banyak lagi supaya dapat mempelajari urusniaga dari segala sudut..kaum cina pun gitu juga dahulu nenek moyang pun belajar dari kesilapan….tapi ingat hanya kaum Dapigs saja memang sampah masyarakat….tu je

  5. anak selangor says:

    Kot jamal nak jual daging daPIG salai.
    Baru sodap

  6. Anak_Nogori says:

    Ya…saya bersetuju dgn penulis…jgn beri nama yg tidak baik pada umno..kita bukan anti cina, kita hanya menyatakan ketidakpuasan hati kita pada dap yg kurang ajar serta ingin menjaga maruah melayu dari diperkotak katikkan.

    Utk melakukan satu jenayah kita pun tak setuju…kita mahu hidup aman dan damai..

Leave a Reply