Menu Utama

Pesona Terengganu 2015 Beri Nafas Baru Pelancongan Negeri

pesona-terengganu

Penganjuran Pesona Terengganu 2015 merupakan salah satu transfomasi kerajaan negeri dalam usaha mempromosikan pembangunan sosio ekonomi negeri menerusi sektor pelancongan.

Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, festival yang bakal dijadikan aktiviti tahunan itu akan memperkenalkan Terengganu melalui ‘Consumer Show’ dan ‘Trade show’ kepada masyarakat luar.

“Format ‘Consumer Show’ akan melibatkan aktiviti pameran, promosi dan jualan produk dan perkhidmatan Industri Kecil Sederhana (IKS) oleh usahawan Terengganu.

“Manakala ‘Trade Show’ pula fokus kepada aktiviti pameran, penyampaian maklumat, seminar dan perbincangan mengenai kesemua sekotr pembangunan sosio ekonomi Terengganu,” ujarnya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Pra Pelancaran Pesona Terengganu 2015 di Wisma Darul Iman, hari ini.

Turut hadir, Setiausaha Kerajaan Terengganu, Dato’ Osman Muda dan Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Terengganu.

Ahmad Razif berkata, penganjuran festival julung kali itu akan diadakan selama lima hari di Dataran Merdeka Kuala Lumpur bermula 29 Oktober ini.

“Sebanyak lapan segmen produk dan perkhidmatan utama yang akan diketengahkan pada festival tersebut iaitu berkaitan IKS dan keusahawanan, pelancongan, pendidikan dan sains, ekonomi dan pelaburan, kebudayaan dan kesenian, sumber manusia dan sukan, dan pertanian,” ujarnya.






Leave a Reply

Threesome