Menu Utama

Perutusan YAB Perdana Menteri Sempena Hari Raya Aidiladha 1436H/2015

PERUTUSAN YAB PERDANA MENTERI
SEMPENA HARI RAYA AIDILADHA 1436H/2015

YAB PM NAJIB RAZAK :-

23 September 2015

Bismillahirrahmanirrahim,

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,

Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar Walillahil hamd

1. Alhamdulillah segala lafaz puji dan syukur hanya terserah pada Allah, penguasa langit dan bumi, pemilik alam semesta serta pusat ketundukan rasa kehambaan sekalian makhluk-Nya. Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W.

2. Pada hari yang mulia ini, jutaan umat Islam dari seluruh pelusuk dunia berhimpun di Padang Arafah bagi menyempurnakan ibadah Haji dan yang lain bertebaran di seantero dunia meraikan Hari Raya Aidiladha.

3. Kehadiran Aidiladha menuntut kita menghayati natijah dari sebalik ritual ibadah korban semata-mata. Muhasabah untuk kita menilai kehidupan kita, sejauh mana kita menghayati hari yang agung ini dan menjadikannya iktibar dalam kehidupan kita?

4. Sayugia diingatkan, dunia Islam melihat Malaysia sebagai istimewa dan merupakan model terbaik pembangunan sebuah negara Islam. Justeru, marilah kita bersatu padu dan memelihara perpaduan masyarakat berbilang bangsa negara ini bagi menjamin kestabilan negara.

5. Islam mengajar kita erti keamanan, perpaduan dan kesaksamaan. Umat Islam diseru untuk menghormati agama lain untuk mewujudkan keharmonian hidup bermasyarakat dan bernegara.

6. Mengambil semangat tema Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia pada tahun ini, iaitu Sehati Sejiwa, umat Islam semestinya bersedia berkorban, bersepakat dan menyatakan kesepaduan terutama dalam soal akidah, syariah dan akhlak. Jangan sesekali bekerjasama dengan pihak yang ingin menjadikan kita sebagai jambatan untuk mencapai hajat dan matlamat mereka, sehingga memporak-perandakan negara.

7. Sikap berpuak akan hanya melemahkan perpaduan umat Islam dan boleh menggadai kuasa dan maruah yang ada. Kita juga mesti bersikap sederhana dalam segala hal dan tidak melampaui batas sebagaimana digariskan ajaran Islam.

8. Demi Islam dan masa depan ummah, sudah sampai masanya untuk kita bersatu dan berganding bahu tanpa mengira fahaman politik bersama-sama mempertahankan keamanan dan Perlembagaan Negara yang cuba dicabar oleh pihak tertentu.

9. Saya juga merakamkan salam takziah kepada keluarga mangsa yang terlibat dengan insiden menyayat hati kren tumbang di Masjidil Haram. Semoga seluruh ahli keluarga diberi kekuatan dan kesabaran atas ujian yang menimpa. Semoga Allah SWT mengurniakan sebaik-baik ganjaran.

10. Sama-sama kita berusaha menzahirkan erti pengorbanan dalam setiap tindak-tanduk harian menyahut seruan Allah dan Rasul-Nya dalam memenuhi tuntutan iman dan takwa yang kita akui.

Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar Walillahil hamd

Sekian, wabillahittaufik wal hidayah wassalaamu’alaikum warahmatullahi wabarakaatuh.

1) NAJIBRAZAK.COM

https://najibrazak.com/bm/blog/perutusan-yab-perdana-menteri-sempena-hari-raya-aidiladha-1436h2015/

2) NR FACEBOOK

3) NR TWITTER






4 Komen to Perutusan YAB Perdana Menteri Sempena Hari Raya Aidiladha 1436H/2015

  1. New Year says:

    Selamat Hari Raya Aidiladha to all!!!!!!!!!!!! May Allah bless us all
    You may also like to visit here untuk terbaik sempena adan wallpapers hd hari raya aidiladha 2015
    http://www.newyear2016.info/2015/09/Selamat-Hari-Raya-Aidiadha-Ucapan-terbaik-Kads-Wishes-2015-37426.html

  2. New Year says:

    Happy Eid Adha to all friends!!!!For eid ul Adha wishes animated wallpapers facebook status you may like
    http://newyear2016x.com/adha-eid-mubarak-animated-images-pictures-photos-96479/

  3. sireh ke gagang says:

    teruskan saje berjuang demi bangsa ,agama & negara dato seri . kalau kamu bersalah , Allah akan segera menunjukkan kepada kami .dan kalau kamu tidak bersalah , pun akan ditunjukkan juga. yang haq itu akan berdiri , yang batil itu pasti akan lenyap.saya sebagai salah seorang dari puluhan juta rakyat malaysia ini , berpuas hati dengan cara kerja dato seri selama dato seri menaiki kerusi empuk pm itu. cuma yg saya harapkan , agar daro seri sentiasa mengutamakan agenda membela melayu & islam diutamakan dari lain2 agenda .

  4. System baru says:

    Bagi aku najib kena teruskan bangun dasar 30% ekonomi bumiputera, kesilapan lepas harus jadi pengajaran pada kita ini supaya kita tak ulang kembali. Kita tak nak orang melayu bandar salah umno kerana gagal dasar 30% ekonomi bumiputera itu, tun razak berjaya ubah orang kampung, aku yakin jika najib lakukan nya dengan betul ubah sikap orang melayu dibandar mereka akan lebih menyokong najib jika nasib mereka terbela. 13 Mei 1969 mulanya orang melayu bandar tak berpuas hati pada pengagihan ekonomi bumipuera sebelum jadi barah kita perlukan ubat meperbaikinya, masyarakat cina mereka sekarang mahu kuasa yg tak mampu bagi bagi oleh najib, anwar cuba rasuah mereka jawatan penting. Sempai setiap kementerian mahu wujut tiga jawatan ini tak mampu bagi oleh najib, kita kena ingat malaysia bukan siagapore setiap kementerian bagi tiga jawatan menteri setiap satu dun ada tiga orang ia akan menbebankan malaysia ini.

    Selamat hari raya korban

Leave a Reply