Menu Utama

Pembunuhan Altantuya Bukan Isu Najib Razak

Oleh Nur Azlina Shaari

Bukaan semula cerita mengenai kes pembunuhan Altantuya dari pihak pembangkang membuktikan ia adalah kitaran idea untuk menembak pihak kerajaan dan Perdana Menteri selepas pembangkang sudah ketandusan cara untuk memburukkan nama kerajaan. Dan, menghidupkan semula kes Altantuya dapat dilihat sebagai cara untuk mengetengahkan betapa buruknya Malaysia di mata dunia.

Dalam buku ‘22 Jawapan Najib Razak’, isu Altantuya adalah jawapan pertama yang Najib Razak jawab biar pun isu Altantuya ini sudah banyak kali dijawab dan disahkan siapa terlibat serta pihak-pihak yang telah dihukum.

Kronologi kes Altantuya:

1. 1. Kes telah disiasat oleh PDRM sejak Oktober 2006.

2. 2. Kes dibicara selama 9 tahun dan diputus di Mahkamah Persekutuan.

3. 3. Razak Baginda akui hubungan dengan Altantuya dan nafi PM mengenali Altantuya.

4. 4. Tun Abdullah terima laporan penuh siasatan dan sahkan PM tidak terlibat.

5. 5. PM telah berkali-kali menafikan penglibatan dalam pembunuhan dan telah bersumpah mengenainya di Masjid Guar Perahu pada 23 Ogos 2008.

Berikut adalah jawapan Najib:

a. Kes ini telah disiasat, dibicarakan dan diputuskan di Mahkamah Persekutuan. Ia adalah kes yang berusia Sembilan tahun tanpa pengakhiran kerana ia terus-menerus “dikitar semula” oleh pembangkang.

b. Oleh kerana ia merupakan suatu kes mahkamah yang panjang, perayu-perayu mempunyai masa yang mencukupi untuk mengemukakan pembelaan penuh mereka kepada mahkamah. Jadi mengapa kita mendengar kenyataan individu yang testimoninya telah diberikan dan telah didapati bersalah di atas jenayah tersebut?

c. Apa yang penting adalah penghakiman ini memberikan keadilan kepada semua orang, paling penting kepada keluarga mangsa, tertuduh dan juga kepada saya.

d. Saya telah menyatakan berkali-kali bahawa saya tidak mempunyai apa-apa kaitan dalam isu ini, malah saya juga telah bersumpah menggunakan Al-quran di sebuah masjid.

e. Rakyat perlu mengambil kita bahawa dalam politik banyak isu dimainkan secara beterusan dan ini adalah salah satu daripadanya. Ia menjadi panas sewaktu tempoh menunggu pelantikan saya sebagai PM dan pembangkang memerlukan satu cara untuk menghalang saya dari mara ke hadapan. Oleh kerana Razak Baginda adalah teman saya, mereka cuba mengaitkan hubungan saya dengan setiap mereka. Razak Baginda secara terbuka mengakui hubungannya dengan Altantuya dan saya sama sekali tidak mempunyai sebarang pengetahuan. Pakatan dan media mereka secara tidak bertanggungjawab cuba untuk bermain perang saraf dengan cuba mengaitkan saya dengan pengaruh persepsi. Bahkan mereka sampai sanggup mencipta dan mengolah gambar saya sedang makan malam dengan mangsa di sebuah restoran. Dalam era media sosial, perkara-perkara sebegini boleh tersebar secara meluas tanpa kawalan, termasuk gambar yang disunting dan diolah tadi.

f. Tun Abdullah Ahmad Badawi, bekas PM, telah menerima laporan siasatan penuh daripada polis dan secara peribadi telah mengesahkan bahawa saya tidak terlibat.

g. Setelah dijelaskan seperti di atas, adalah tidak adil untuk memaksa saya untuk menyiasat kes ini sekali lagi dan menuntut untuk mengetahui siapa yang telah mengarahkan pembunuhan itu. Saya tidak terlibat dan tidak tahu apa-apa mengenainya. Mahkamah telah memutuskan siapa yang bersalah. Itu sepatutnya mengakhiri cerita ini.

h. Saya dapati ia adalah amat mengganggu apabila isu dibangkitkan sekali lagi. Kita semua tahu bahawa jika seorang pemimpin veteran berkeras untuk membangkitkannya, walaupun secara kebetulan, ia secara automatic akan mengakibatkan isu ini dihidupkan sekali lagi.

i. Individu-individu yang berpengaruh seperti mereka mempunyai banyak sumber. Apabila isu ini meletus, saya percaya mereka sudah tentu dapat mengesahkan kesahihan dakwaan tersebut. Jika mereka percaya dakwaan ini adalah benar, mengapa mereka tidak mengbangkitkannya ketika isu ini tercetus 8 tahun yang lalu? Mengapa? Ada yang berkata bahawa mereka hanya mempersoalkan isu ini sekarang kerana ia telah bertukar menjadi suatu perkara hidup dan mati kepada orang-orang yang telah disabitkan dengan kesalahan. Tetapi kes ini telah dibicarakan di mahkamah, dengan keputusan yang jelas dan hukuman dikenakan. Adakah mereka mempertikaikan sistem kehakiman yang mereka sendiri daulatkan?

j. Walaupun perbicaraan dan pertimbangan yang panjang diberikan di mahkamah, masa yang mencukupi telah diberikan kepada perayu, kes mereka didengar dan dihakimi, sumpah saya dan penafian berulang kali telah dibuat, penjelasan yang diberikan oleh Razak Baginda, namun sesetengah orang masih terus mempersoalkan isu ini dan terus mencuba untuk mengaitkan saya.

Isu Altantuya ini, seperti yang kita maklum adalah permainan pembangkang. Apabila setiap hari pembangkang lemparkan fitnah ‘Najib bunuh Altantuya’ kepada rakyat tanpa sebarang fakta dan bukti, makanya, ia akan diterima dan ditanam. dalam otak sememangnya Najib bersalah.

Ia samalah kepada Najib. Najib tidak akan berhenti dari bercakap dan memberikan jawapan mengenai isu Altantuya ini yang disertakan fakta dan bukti kukuh selagi pembangkang memainkan isu ini. Lama kelamaan, rakyat akan terima dan menilai yang mana benar dan mana yang salah.

Mudah sahaja sebenarnya bila berfikir secara logik. Itu yang rakyat perlu lakukan.






14 Komen to Pembunuhan Altantuya Bukan Isu Najib Razak

  1. don says:

    orang muak.. bukan orang terima.. soalan yang orang nak tau kenapa orang yang bagi arahan pada azilah n sirul tak dibawa ke muka pengadilan n tak di tanya dalam mahkamah..

  2. Spy Bukit Gantang says:

    Don, awat ko tak pi mahkamah masa bicara kes tu dulu? Kalu aku cakap ko kencing merata-rata masa Bersih 4, ko mesti tanya apa buktinya. Macam tak sekolah ko ni.
    Org boleh cakap n tuduh apa saja tapi yg penting mesti ada bukti nak kaitkan sesuatu tuduhan. Bukti ada? No school.

  3. cina malaysia says:

    semakin menjelas semakin sangsi org ramai terhadap kes ini……….

  4. System baru says:

    semasa kes altantuya, najib timbalan pedana menteri najib berkerja di bawah kemeterian pertahanan, apa kene mena dengan kementerian pertahanan dengan kementerian dalam negeri, polis dibawah kementerian dalam negeri, kes itu dibawah kementerian dalam negeri, apa bodoh cina malaysia ini dan don ini, jawab soalan aku bagi ini kes itu ada ke kes itu membabitkan tentera bunuh altantuya menasabah dek akal sikit jika buat fitnah pun , kenapa korang semua tanya bekas menteri kementerian dalam negeri itu dan siapa menteri lama kementerian dalam negeri itu , berfikir biar ada otak. tun m pun tak tahu berfikir ambil fitnah yg buat oleh anwar untuk jatuhkan najib itu

  5. don says:

    spy bukit gantang.. ape yang aku post tu dah berlambak orang tanye kat internet nih.. jangan la buat2 macam tu satu pertuduhan baru plak.. soalan die senang, siapa arah azilah n sirul untuk ambil tindakan kat altantuya n kenapa orang tu tak kene ape2.. jelas dalam mahkamah bagitau diorg diarah n dah bunuh altantuya so kene tali gantung tapi kenapa orang yang arah tu tak kene ape2? tak ke pelik kes nih? bukti ape yang ko nak tentang persoalan aku nih? mahkamah sendiri yang bagitau fakta ni.. kalau ko baca transkrip soal jawab najib masa wawancara bile kene soal siapa arah sirul pon die tak jawab pon soalan tu die cume jawab di tak terlibat..

  6. burrpp.. says:

    Don ni nk jawapan yg cmne? Kalau nak dakwa Najib terlibat mana sesi di mahkamah lah buktikan, apa jadahnya selama 8 tahun perbicaraan langsung tak tunjuk bukti penglibatan Najib secara langsung. Camne nak kaitkan Najib padahal satu bukti pun tadak? Razak baginda ada terlibat secara langsung dalam kes ni, buktikanlah yg dia yg bg arahan, kaitkan lah dia. Ko nak Najib terlibat dan dihukum, ko sediakanlah bukti. Ini bukan undang-undang rimba. Salah ke tak salah, tetap kena makan.

  7. Spy Bukit Gantang says:

    don says
    September 19th, 2015 at 9:57 PM
    ” ape yang aku post tu dah berlambak orang tanye kat internet nih.”

    Maaf. Yg dok tanya tu geng tak sekolah macam ko. Tak dapat d tolong lagi. Kalu ramai org suka makan babi kat internet, ko pun makan ke?

  8. System baru says:

    Sirul itu orang siapa dulu bukan kah dia polis bodyguard pak lah dulu dia pun sekejap jadi bodyguard pak lah itu. mahkamah menyatakan pak lah tak kena mena dengan sirul itu. Kalau dia membitkan najib dah menyepang jaul dari kes itu, kalau setakat najib kenal razak bagida itu ia bukan pun boleh jadi bukti,paling koman pun polis tanya pada najib mana razak bagida ada pekara kes polis nak tahan dia itu sila bagi kerjasama pada polis jika ternampak razak baginda itu itu akan ucapkan oleh polis itu

  9. Anak_Nogori says:

    Isu pembunuhan altantuya ni pun soalan mudah saya ialah.

    Kalau sirul dan azilah diberi arahan oleh org atasan..kenapa mereka sendiri tak dedahkan nama yg memberi arahan tersebut dalam mahkahmah?.

  10. don says:

    anak nogori, jawapan untuk soalan ko senang jer.. sirul n azilah dah dijanjikan sesuatu untuk dijadikan kambing hitam untuk tutup mulut.. walaupon atas kertas mahkamah kate kene tali gantung, tapi actual bukan kene pon.. si sirul tu siap lari australia lagik.. ko nak bukti? kite tengok la berapa lama untuk proses tali gantung ni berjalan..

    spy bukit gantang, soalan mudah tu pon tak de orang jawab, cube ko bagi jawapan tengok buleh tak diterima akal..

    burpp.. aku bukan nak kait najib.. orang lain kaitkan najib so soalan aku tu memang akan menjurus ke najib lah.. tapi yang aku nak jawapan kenapa orang yang bagi arahan tu tak de kene ape2 pon.. kenapa hanya azilah n sirul je yang di perarakkan kat mahkamah padahal diorang ikot arahan! kalau macam ni berlambak2 la orang arah orang lain buat keje jahat die sembunyi kat belakang tabir so die tak kene ape2 bile kantoi.. tak macam undang2 rimba lagi ke kalau jadi camni? tapi tu bagi aku la orang lain aku tak tau ape jawapan diorg nak..

  11. Anak_Nogori says:

    Don.

    Apa bukti yg ko ada sirul n azilah dijanjikan sesuatu?…setakat tengok berapa lama proses tali gantung ni berjalan..itu sekadar andaian ko atau saja nak menimbulkan persepsi.

    Sirul dah lari ke australia spt ko kata…Madey pula seolah melindungi beliau…ni lah masanya sirul mendedahkan nama siapa yg mengarahkan beliau….kalau ada apa2 Madey kan boleh tolong.

  12. Spy Bukit Gantang says:

    Don says ” kalau macam ni berlambak2 la orang arah orang lain buat keje jahat die sembunyi kat belakang tabir so die tak kene ape2 bile kantoi.”

    Maaf ye. Kau ni macam baru masuk sekolah rendah. Aku bagi beberapa contoh simple je kat ko.

    1.Towkay mesin judi takan jaga port dan mesin judi, dia upah balaci dia.
    2. Tun M tak pi merata-rata negara buat report pasal 1MDB, dia suruh org upahan (yg muflis) dia buat keje tu. Dah kena cekup.
    3. Org yg mengupah bunuh boss AMBank terlepas tiada bukti sedangkan pembunuh dia dicekup ditempat aku.
    Beribu-ribu lagi lah kes yg seumpama. Ada faham Don.

  13. Meriam Buluh says:

    .

    don wrote:

    “anak nogori, jawapan untuk soalan ko senang jer.. sirul n azilah dah dijanjikan sesuatu untuk dijadikan kambing hitam untuk tutup mulut.. walaupon atas kertas mahkamah kate kene tali gantung, tapi actual bukan kene pon.. si sirul tu siap lari australia lagik.. ko nak bukti? kite tengok la berapa lama untuk proses tali gantung ni berjalan..”

    Comment:

    Sirul dan Azilah memang bodoh kalau mereka tutup mulut tak dedahkan pihak yang memberi arahan agar altantuya dibunuh semasa perbicaraan di mahkamah kerana dijanjikan sesuatu oleh mana-mana pihak untuk dijadikan kambing hitam.

    Dan don pun sama bodoh macam mereka berdua, pasal tu tulis macam kat atas tu.

    Persoalannya, kenapa memilih untuk jadi bodoh? Sukarkah untuk bertidak lebih bijak?

  14. don says:

    Anak nogori, ko nak bukti camne? Sirul yg ade perbicaraan kes bunuh pon bole lepas luar negara ape kes? Polis, imigresen, semue buat ape sampai die boleh lepas? Kalau sirul bersekongkol dgn org yg ade kuase besar dlm negara untuk die lepas dan dah dijanji dengan janji2 Manis buat ape die nak bukak mulut?

    Spy bukit gantang, ko ni nak negara kite jadi macam tu sentiasa ke? Belakang tabir nye keje semue bole lepas.. Ko nak semue penjenayah lepas mcm tu? Memang aku x nafi ade kes2 lain macam ni tapi x kan sebab ade kes yg macam ni, bile jadi lagi kite nak kate “bende tu biase je”? Tak kan kite nak galakkan bende ni jadi?

    Meriam buluh, ape yg bodonye diorg tu? Diorg di jadikan kambing hitam pastu maybe Kaya raya hidop senang kat luar negara n kat malaysia (spekulasi) so ape yg x baik kat diri diorg yg jadi? Setakat pegi mahkamah, perbicaraan, dibaca hukuman, Ops sirul x pegi perbicaraan yang dibaca keputusan kes.. Hmm macam mane ble jadi camtu ek? Kes bunuh n hukuman tali gantung tapi tertuduh x de dalam court! Jelas kan la sikit.. Ni bukan kes x bayar bill maxis 1-2k..

Leave a Reply

Threesome