Menu Utama

Pas tiada tahaluf siyasi dengan Amanah

Pas tidak akan menjalin tahaluf siyasi atau kerjasama politik dengan Parti Amanah Negara (Amanah) yang ditubuhkan bekas pemimpin-pemimpinnya ekoran perbuatan mereka mengkhianati perjuangan parti itu.

Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan, sikap bekas pemimpin atau ahli Pas yang mengkhianati perjuangan parti dianggap lebih teruk daripada pihak lawan.

Menurut beliau, Pas bersedia menjalinkan tahaluf siyasi dengan pihak lawan, namun tidak akan melakukan perkara yang sama terhadap pengkhianat parti.

“Orang yang khianat pada perjuangan tiada pilihan sama ada dia balik atau dia dihapuskan, dia bertaubat.

“Ini cara perjuangan Islam, tak boleh orang yang ada rekod khianat pada perjuangan, tak boleh sama sekali,” katanya menerusi rakaman video yang dikongsikan melalui laman Facebook rasmi Pas Pusat hari ini.

Rakaman video tersebut merupakan sedutan sesi soal jawab antara Abdul Hadi dan peserta program Mukhayyam Tarbawi Pas Kawasan Machang di Rusila, Terengganu pada 3 September lalu.

Dengan penegasan Abdul Hadi itu, terdapat kemungkinan Pas tidak akan menyertai pakatan pembangkang baharu yang bakal dianggotai DAP, PKR dan Amanah yang dilancarkan di Shah Alam semalam.

Beberapa pemimpin parti pembangkang kini sedang berusaha untuk membawa masuk Pas dalam pakatan pembangkang baharu yang bakal dibentuk terutama bagi memastikan tiada pertandingan tiga penjuru dalam pilihan raya umum kelak.

Abdul Hadi menambah, pendirian Pas itu adalah selaras dengan tindakan Nabi Muhammad SAW yang tidak memberi peluang kepada golongan yang mengkhianati perjuangan Islam.

Abdul Hadi menambah, kumpulan serpihan yang dianggap pengkhianat itu boleh digelar sebagai oportunis sekiranya mereka menawarkan untuk mengadakan tahaluf siyasi dengan Pas.

“Mereka nak cari peluang, bukan atas hasrat perjuangan Islam yang kita letakkan ini,” jelasnya.

Utusan



« (Previous News)



3 Komen to Pas tiada tahaluf siyasi dengan Amanah

  1. mata-mata says:

    Bersemangat sungguh Parti U-turn ni menafikan akan kerjasama politik dengan PAN. Masih awal lagi nak kata begitu… keluar je anwar peliwat dari penjara 4 setengah tahun akan datang, mungkin lain pula cerita yang berlaku…. silap-silap Hadi mudah cair dengan syeikh al-jubori tu…!!!!!!!!

  2. Burung Kakak Tua says:

    Pengkhianat sepatutnya di hukum tembak je.

  3. ha ha says:

    PAS BERGABUNG LAH DENGAN KAUM YANG SAMA SAMA , BERSEMBAHYANG DI MASJIDIL HARAM,
    JANGAN BAGI PELUANG KEPADA PENGKHIANAT BANGSA YANG INGIN MERAIH UNDI PAS, SELEPAS TU TENDANG PAS JAUH JAUH, PIJAK GAMBAR HADI YANG KAMI SAYANGI, BERGABUNG LAH DENGAN UMNO, YG BANYAK BERJASA KEPADA ANAK KELANTAN DAN ORANG KELANTAN.ORANG MEMBERI KITA MERASA, ORANG BERBUDI KITA BERBAHASA

Leave a Reply

Threesome