Menu Utama

Pas rasa terkilan terhadap PKR

Dewan Pemuda Pas melahirkan rasa terkilan terhadap tindakan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang meng­khianati polisi tidak mene­rima ahli daripada parti rakan, se­perti dipersetujui dalam pakatan pembangkang sebelum ini.

Ketuanya, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz berkata, tindakan berkenaan dilihat bercanggah dengan pendekatan Pas selama ini yang tidak menerima ahli-ahli dan wakil rakyat daripada PKR, meskipun terdapat segelintir daripada mereka yang berminat untuk menyertai Pas sebelum ini.

“Ada juga kes-kes yang dimaklumkan kepada kita bahawa ahli-ahli dan wakil rakyat yang berminat memasuki Pas, kita tangguhkan kerana menjaga hubungan dengan parti lain. Oleh itu, dalam isu ini kita lahirkan rasa terkilan dengan rakan kita yang menerima tindakan melompat parti.

“Kita masih kekalkan dengan polisi untuk menghormati hubungan dalam pakatan dan insya-Allah, kita berharap perkara itu tidak berlaku dalam Pas selama mana kita menjadi rakan dalam pakatan pembangkang,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau mengulas penyertaan Ahli Parlimen Tumpat daripada Pas, Datuk Kamaruddin Jaffar dan bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Muhd. Taib ke dalam PKR semalam seperti diumumkan Presidennya, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail.

Wan Azizah berkata, pihaknya mengalu-alukan dan berbesar hati dengan penyertaan Kamaruddin serta Muhammad ke dalam keluarga besar PKR.

Kamaruddin yang sebelum ini pernah menjadi Setiausaha Agung Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) akan berperanan sebagai Pengarah Politik dan Dasar PKR bagi memberi input kepada Presiden dan Timbalan Presiden parti.

Mengulas lanjut, Nik Moha­mad Abduh berkata, Pas pernah berdepan krisis dengan kedua-dua DAP dan PKR tetapi yang membezakannya adalah Pas masih menghormati PKR dan kekal dalam pakatan pembangkang biarpun hubungan bersama DAP dilihat ‘cacat’.

Sementara itu, beliau memberitahu, Kamaruddin turut akan menanggung bebanan bai’ah sama seperti rakan-rakannya yang menyertai Parti Amanah Negara (Amanah).

“Semua wakil rakyat yang melompat parti, mereka menanggung bebanan sama iaitu bai’ah menggunakan nama Allah,” katanya.

Ketika ditanya berhubung kenyataan Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali mengenai isu katak dan lompat parti dalam kalangan wakil rakyat Pas, Nik Mohamad Abduh berkata: “Kita bukan parti katak tetapi mereka yang keluar daripada Pas layak dipanggil katak.

“Kalau tengok, Pas yang paling istiqamah dalam perjuangan parti malah jika dilihat penganjuran Bersih 4.0, ramai pihak mengakui Pas memainkan peranan penting dalam perjuangan pakatan pembangkang”, katanya.






6 Komen to Pas rasa terkilan terhadap PKR

  1. itsme says:

    Ramai rakyat yg masih lg bersama PAS dan pastinya kayu pengukur plg tepat adalah ketika PRU14 nanti… PAN mungkin akan hidup tp dgm agenda perjuangan yg tdk pasti kita mudah mengjangka brp lama jangka hayat mrk.

    Mat Sabu bukan orgnya jk mahu dibandingkan dgn PAS.. jauh sekali dgn UMNO. Namun plg utama, kita harap UMNO + PAS akan jd kenyataan.

    Ini pasti tdk disukai MCA namun itulah luahan rakyat kebanyakkannya. Moga UMNO & PAS tdk lari dr perjuangan utama sebagaimana yg azalinya.

  2. dkds says:

    Pas ini mana ada maruah lagi, dah setaraf dengan pelacur, memalukan islam sahaja !

  3. Anak_Nogori says:

    PAS PAS PAS…DAP mainkan ko…PKR mainkan ko..PAN pun mainkan ko…ko setakat terkilan jeee.

  4. ToraTora says:

    Apa yang mahu dikesalkan lagi aku pun tak tahu..pokok pangkalnya wujud lagikah pakatan antara Pas dgn parti lain yang menunggang mereka sebelum ini sampai masih terasa kcik hati dan terkilan bagai ni?

    Kemon PAS..buka lembaran baru..jangan tunjuk lemah sangat..

  5. yon76er says:

    Dah lah tuuu PAS oooiiiii…..takyah nak TERKILAN2 lagi laaaa…Blah aje kalau ada rasa bertanggong jawab dgn AHLI2 yg tegar bersama2 PAS…Kalah menang bkn ditangan PR pon selama ini…mukin ada ..tapi sedikit saja…Kata ada kekuatan sendiri..so PRU 14 sepatut jadi kayu pengukur PAS ..kebenaran or kekuatan apa yg kamu perjuangan selama ini….ADA BRAN kaaaaaaaaaa……

  6. mata-mata says:

    Doa pecah perut dah kembali ke muka PAS ke ni… Semakin senak perut.. Tu sebab rasa terkilan..

    Kalau tak senak perut, sudah tentu Ketua Dewan Pemuda kata “Pi lantak la dengan mereka”…

Leave a Reply

Threesome