Menu Utama

Parti Berstatus Haram Galak Anjur Aktiviti Parti Secara Terbuka

amanah haramSehingga artikel ini ditulis, penulis masih belum menemui sebarang maklumat rasmi berhubung kelulusan penubuhan Parti Amanah Negara dari Pendaftar Pertubuhan.

Sungguhpun mendakwa mereka menggunakan pendaftaran yang sedia ada; Parti Pekerja-Pekerja Malaysia, namun organisasi ini bukanlah sebuah parti politik, tetapi parti yang memperjuangkan hak-hak pekerja; mirip kepada kesatuan sekerja.

Jika mahu juga menjenamakan Parti Pekerja-Pekerja Malaysia, adalah menjadi tanggungjawab Mat Sabu dan kuncu-kuncunya untuk meminda perlembagaan parti tersebut, dan diubah selari dengan ciri-ciri parti politik.

Oleh yang demikian, kelulusan untuk penjenamaan semula bukan semudah menukar nama semata-mata, seperti mana kelaziman yang menjadi santapan halwa telinga ini tatkala menikmati aroma kopi kala malam hari.

Mungkin tidak ramai yang tahu, betapa beruntungnya menjadi organisasi berstatus “haram” di Malaysia, kerana cukup dengan hanya gimik pelancaran dan liputan media, maka segala aktiviti parti secara terbuka sudah boleh bermula.

Itulah yang berlaku ke atas beberapa organisasi seperti BERSIH dan juga Parti Amanah Negara. Tanpa perlu kelulusan pun, mereka sudah boleh bergerak bebas. Jangan hairan kalau selepas ini, Parti Amanah Negara (berstatus “haram” ketika ini) menganjurkan himpunan Jingga minggu hadapan, tanpa peduli samada diluluskan atau tidak. Jangan pula terkesima jika mereka beri alasan, aktiviti parti saban minggu dianjurkan dan tidak pernah ada halangan oleh pihak berkuasa, mengapa tidak boleh anjurkan himpunan Jingga pula?

Ketika kita tahu orang kita cukup bertolak ansur dan bertimbang rasa, rasanya ciri-ciri tersebut tidak sesuai diaplikasikan oleh pihak berkuasa. Dengan memberi ruang dan peluang, ia sebenarnya hanya akan memakan diri sendiri.

Sedang undang-undang bersifat konsisten dan “precedent”, maka dengan membiarkan mereka meneruskan aktiviti parti seolah-olah organisasi mereka berstatus “sah”, maka jangan hairan jika nanti mereka ibarat “sudah dapat betis, mahu peha pula”.

Untuk kader-kader Parti Amanah Negara (berstatus “haram”) pula, jangan hendaknya kelak nanti menuduh kerajaan zalimi parti mereka.

Itu kufur nikmat namanya.






Satu Komen to Parti Berstatus Haram Galak Anjur Aktiviti Parti Secara Terbuka

  1. Pemerhati says:

    kata2 mat sabu dalam ceramah di Dataran Madi Kangar, Perlis:

    “kalau aku keluar daripada PAS atau buat parti baru, hangpa semua jangan nak ikut aku lagi kerana masa tu aku dah nak mampuih atau dah gila…masa tu kalau hangpa jumpa ludah la muka aku”

    lampu hijau sudah diberi, harap takde yang teruja atau terusik nak ptuihhhhh

Leave a Reply