Menu Utama

Pakatan Harapan atau Patah Harapan?

pakatan harapanBuat julung kalinya, PAS dilihat konsisten dalam nada “mufarakahnya” terhadap DAP dan Amanah. Sungguh pun esok atau lusa masih ada untuk “u-turn”, kita tunggu sahaja tindakan seterusnya dari Hadi Awang.

Patah harapan PKR untuk melihat PAS bersama-sama di dalam Pakatan yang baru dibentuk, namun tidak mungkin PKR mahu meratapi kehilangan PAS; yang terbukti mempunyai kekuatan jentera parti berbanding parti-parti pembangkang yang lain.

PKR juga punya ego, dan dengan meletakkan diri mereka pada “kasta Brahmin” sudah tentu tidak mahu tunduk kepada PAS yang kita semua tahu di mana kedudukan “kasta” nya di dalam hierarki Pakatan Rakyat sebelum ini.

Pada hemat penulis, sekali lagi, PKR terpaksa berharap dengan “raja drama” nya untuk memujuk Hadi Awang dan barisan kepimpinan PAS untuk kembali menyertai mereka atas nama Pakatan Harapan. Anwar, secara peribadi mengetahui kekuatan PKR lantas menafikan keperluan untuk keberadaan PAS bersama mereka adalah ibarat meletakkan telur di hujung tanduk.

Penulis percaya, jika PAS masih enggan untuk sertai Pakatan Harapan, serangan dan tekanan dari Amanah akan diperhebat, kerana DAP tahu mereka sendiri tidak mampu untuk mempengaruhi ahli PAS untuk keluar parti. Cukup lah untuk DAP membekalkan “minyak pelincir”, nescaya ibarat si lipas kudung gerak kerja dari Amanah.

“First pass the post”, itu sistem pilihanraya di Malaysia. Maka, kekuatan PAS untuk memenangi kerusi samada DUN atau Parlimen adalah amat penting untuk PKR, DAP dan Amanah dalam cita-cita mereka untuk meletakkan Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri, dan Lim Kit Siang sebagai Timbalannya mungkin.

Pakatan Harapan, dan bukan lagi Pakatan Rakyat. Hilang sudah keramat “rakyat” untuk memupuk sentimen kebersamaan dengan mereka. Antara Pakatan Rakyat dan Pakatan Harapan, yang tidak pernah berubah dan terus kekal utuh ialah pakatan ini berstatus haram, serta meneruskan nafsu Anwar untuk menjadi Perdana Menteri.






2 Komen to Pakatan Harapan atau Patah Harapan?

  1. Mr Y says:

    MCA boleh join PH.. dipersilakan.. please flock together

  2. WTF says:

    PRICE RISE (PR) dah jadi PRICE HIKE (PH) pulak

    Hehehehehe

Leave a Reply

Threesome