Menu Utama

Pak Samad Said Bukan Lagi Melayu…

keris agong

Penulis tidak tahu apa yang sudah jadi kepada A. Samad Said, seorang sasterawan yang seolah tidak kenal lagi pada bangsa asalnya yang bernama Melayu. Sejak menyertai DAP, Pak Samad bagaikan lebih bukan Melayu dari Lim Kit Siang mahupun Ambiga.

Terbaru, dia memberikan komen tentang penggunaan keris. Katanya, kita sudah tidak lagi menggunakan keris di zaman ini. Malah katanya silat hanyalah menjadi bahan pertunjukkan sahaja di negara kita.

Katanya di zaman serba moden ini, perkembangan teknologi menjadikan silat tidak sesuai lagi digunakan untuk mempertahankan negara di mana katanya kita boleh dikalahkan musuh dengan tembakan jarak jauh.

Pada pandangan penulis, sejarah Melayu menjadi bukti bahawa keris merupakan senjata bangsa Melayu sejak lebih 600 tahun dulu. Sama ada digunakan menentang penjajah, keris juga pernah digunakan untuk memburaikan isi perut pengkhianat bangsa di kepulauan Tanah Melayu ini.

Sehingga kini, keris masih lagi menjadi senjata bangsa Melayu sama ada secara simbolik atau benar-benar tersisip di pinggang dalam keadaan tertentu. Sekiranya terpaksa, penulis tidak menolak sekiranya keris yang tersisip itu akan dihunus dari sarungnya.

Benar bahawa jika mempertahankan negara dari serangan peluru berpandu, adalah tidak sesuai dengan menggunakan keris. Sudah tentulah dalam kes tersebut maka senjata anti peluru berpandu akan digunakan oleh pihak tentera.

Namun, isu mempertahankan negara sudah tentu tidak terhad kepada ancaman dari luar negara sahaja, bukan? Pak Samad jangan lupa bahawa ancaman di dalam negara juga mampu meranapkan sebuah kerajaan yang berdaulat. Contohnya, di Mesir.

Penulis belum lahir lagi ketika berlakunya peristiwa berdarah 13 Mei 1969, dan penulis yakin Pak Samad sudah dilahirkan ketika tragedi itu berlaku. Dan penulis yakin, ketika itu sudah tercipta senapang, pistol, ‘machine-gun’, meriam, kereta kebal dan sebagainya.

Namun sewaktu mana maruah dan martabat bangsa Melayu yang dipijak serta dihina sewenang-wenangnya ketika itu, apakah senjata yang paling ditakuti oleh mereka-mereka yang mencetus onar di bumi Melayu ini?

keris cacak

Sama ada Pak Samad mahu akui atau tidak, berdasarkan apa yang diceritakan oleh orang-orang tua yang tebal jiwa Melayunya kepada penulis, keris merupakan senjata yang paling ditakuti dan silat merupakan seni yang paling digeruni oleh mereka yang cuba mencabar ketuanan Melayu di negara kita.

Seingat penulis, beberapa jenis silat terpaksa diharamkan oleh pihak kerajaan atas dasar mahu mengatasi ketakutan golongan bukan Melayu yang menyaksikan betapa ampuhnya selendang merah, keris terbang dan sebagainya. Itu cerita-cerita orang tua-tua Melayu yang benar-benar berjiwa Melayu dan tentunya Pak Samad bukan salah seorang dari mereka.

Penulis suka mengingatkan Pak Samad supaya memberitahu pada pihak yang berada di sekelilingnya bahawa keris akan masih tersarung dan silat akan terus dipendam di hati bangsa Melayu di negara ini selagi tidak ada keperluan untuk berbuat demikian.

Namun penulis positif bahawa sekiranya Pak Samad ingin sangat melihat keris terhunus dan silat dipencak kembali, tunggulah sehingga keadaan menjadi seperti peristiwa 13 Mei 1969. Berkali-kali diingatkan bahawa kesabaran dan tolak ansur bangsa Melayu beragama Islam di negara ini ada batasnya…

Penulis langsung tidak berniat untuk mengugut atau menghasut, namun Pak Samad dan konco-konconya perlu tahu dan sedar tentang batas-batas kesabaran yang ada pada bangsa Melayu. Pak Samad tentu tahu asal usul perkataan ‘amuk’ berasal dari mana, bukan?

Mungkin benar bahawa Pak Samad kini bukan lagi ‘Melayu’. Pada hemat penulis, ‘Melayu’ yang tinggal pada Pak Samad hanyalah pada kad pengenalan sahaja, manakala roh Melayunya sudah hilang sama sekali dari jiwanya. Penulis tidak hairan jika dia tergamak menghina keris pusaka bangsa kita…

Penulis harap, saudara-saudara penulis yang berbangsa Melayu bersabar dan tidak mengapa-apakan Pak Samad. Beliau mungkin sudah didoktrinkan pihak tertentu yang mengarahkan beliau mengeluarkan kenyataan sebegitu. Lagipun, bukankah dia sudah berjanji merelakan diri menjadi ‘hamba’ kepada golongan ‘chauvinis ultra kiasu’ itu?

Sekilas ikan di air, sudah tahu jantan betina. Meneliti kenyataan Pak Samad, sudah tahu dia siapa. Pada penulis, dia bukan lagi Melayu kita…






18 Komen to Pak Samad Said Bukan Lagi Melayu…

  1. itsme says:

    Ada org dikurniakan umur yg pjg dgn ibadah yg byk… ada juga maanusia yg dipanjangkan umurnya krn Allah tahu manusia itu bermaanfaat pd manusia lainnya.. tp pak samad tak tahulah dlm kategori mana.. huhu

  2. azmi says:

    Aku bukan nak menyokong Pak Samad, tapi Pak Samad secara logik mengatakan bahawa zaman serba canggih sekarang ni untuk mempertahankan diri dan negara bukan terletak kepada penggunaan senjata lama seperti keris tombak lembing panah dan sebagainya yang sudah tidak relevan. Dia tak menghina keris pun apatah lagi menghina melayu. Keris kepada orang melayu hanyalah lambang dan semangat saja. Sama seperti pedang yang menjadi lambang orang arab. Silat sekarang ni sudah jadi acara sukan saja sama seperti taekwando, tomoi, shao lin dsbnya.

  3. Anak_Nogori says:

    Logik tak logik, dlm suasana dan keadaan sekarang…apa perlunya Pak Samad berbicara tentang keris dgn silat?.

    Saya tak tahu apa niat sebenarnya…tapi diam itu lebh baik…atau berbicara perkara yg lebih berfaedah spt dimana bumi dipijak, disitu langit dijunjung…bulat air kerana pembentung…air dicincang tidak akan putus…dsb.

  4. Spy Bukit Gantang says:

    Kesian Pak Samad, dia nak perhatian sebenarnya. Mana pi anak cucu dia? Lim Kit Siul patut lantik dia jadi Naib P DAP ganti tempat Tunku Aziz. Kesian Pak Samad.

  5. rockers says:

    masa demo tu ari,geng kapak merah x da buat demo hantuk kepala dgn batu ke.keris pun x bwk .hihi

  6. Johorean.abrahamn says:

    Apakah sesuatu itu rasuah atau tidak memang jelas. Namun rasuah pd orang yg berkuasa tidak dikira rasuah, tetapi hadiah atau sumbangan ikhlas dari yg memberinya! Apakah ketetapan Islam mengenai Rasuah?

    Diriwayatkan hadith dari Abu ‘Uwainah hadith dari ‘Amri b Abi salamah hadith dari bapanya (i.e. abi Salamah) hadith dari abi Hurairah (r.a) brkata:’ Telah melaknat Rasulallah (s.a.w) orang yg memberi rasuah dan orang yg menerima rasuah pada hukum (agama).’ [Hadith at-Termidzi, Kitab Hukum Akhkam Islam]

    Hadith ini menjelaskan bahawa Rasulallah (s.a.w) melaknat orang yg menerima dan memberi rasuah, sama dosanya. Apabila seseorang itu dilaknat Rasulallah (s.a.w), maka sejajar dgn ketetapan Ayat 80, Surah an-Nisa’, maka seumpama Allah (a.w) melaknatnya. Orang yg dilaknat oleh Rasulallah (s.a.w) atau Allah (a.w) pasti masuk neraka, wal iya zubillah.

    Saudara, oleh kerana beratnya ketetapan Islam terhadap orang yg merasuah dan menerima rasuah itu, berwaspadalah. Orang politik wajib berwaspada, kerana merekalah berkuasa yg mudah untuk mendapat rasuah, dan orang bisnes pula, kerana inginkan sesuatu, sering memberi rasuah. Kalau yg beri rasuah itu bukan Islam oklah, kerana memangpun di akhirat kelak mereka akan masuk neraka. Tapi, bagi kita yg Islam ada peluang masuk syurga, janganlah hapuskan peluang tersebut!

    Pemimpin yang telah dipilih oleh rakyat dan diberikan amanah untuk mentakbirkan negara sekiranya ia melakukan kezaliman kepada rakyat dan tidak berlaku adil tidak akan dapat mencium keharuman syurga dan dimasukkan kedalam neraka sebelum hisab (perhitungan amal).

    Ma’qil Ibnu Yasar r.a berkata “ Saya mendengar Nabi S.A.W bersabda maksudnya : “ Tidak ada seorang hamba yang Allah serahkan kepadanya untuk memimpin segolongan rakyat lalu ia tidak memelihara rakyatnya itu dengan menuntut dan memimpin mereka kepada kemaslahatan dunia dan akhirat melainkan tiadalah ia mencium bau syurga.”
    (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

    Sabda Rasulullah S.A.W maksudnya : “Sebaik-baik pemerintah kamu adalah pemerintah yang kamu sayangi mereka, dan mereka menyayangi kamu. Kamu mendoakan ke atas mereka, dan mereka mendoakan ke atas kamu. (Adapun) Sejahat-jahat pemerintah kamu adalah mereka yang kamu benci dan mereka pula benci kepada kamu, kamu melaknat mereka dan mereka melaknat kamu.Berkata (Auf), kami bertanya : Wahai Rasulullah, apakah boleh kami menyerang mereka dengan pedang ? Nabi menjawab : “Tidak boleh, selama mereka menunaikan solat.” (Hadis Riwayat Muslim)

    Abdullah bin Mas’ud.Rasulullah S.A.W. bersabda maksudnya : “Sesungguhnya kamu akan melihat selepasku sikap (pemerintah) mementingkan diri dan kamu akan melihat perkara-perkara yang kamu ketahui ia mungkar (pada pemerintah). Mereka berkata: Apa yang engkau perintahkan kami (lakukan) wahai Rasulullah? Sabda baginda: Tunaikan untuk mereka hak mereka dan mintalah kepada ALLAH hak kamu.” (Hadis Riwayat Bukhari)

    Dalam realiti kita hari ini di dalam seluruh dunia Islam pemimpin negara Islam kebanyakkannya tidak berlaku adil kepada rakyat dibawah pemerentahannya. Selagi mereka tidak berhukum dengan hukum yang diturunkan Allah S.W.T. selagi itulah mereka tidak akan dapat berlaku adil. Pemimpin kerapkali merampas hak rakyat, rasuah, menyalah gunakan dana kerajaan dan menagkap dan memenjarakan rakyat yang tidak berdosa tanpa dibicarakan di mahkamah terbuka. Para ulama yang bertanggungjawab menyampaikan dakwah kepada rakyat disekat dan dikenakan berbagai halangan dan sekatan sehingga rakyat yang dahagakan ilmu terbiar tanpa mendapat tarbiah dan kesedaran Islam.

  7. Johorean.abrahamn says:

    Tidak cukup al-Quran, ambillah pengajaran daripada hadis Rasulullah yang menyebut; Ciri-ciri orang yang disebut munafik itu ada tiga, apabila berkata-kata dia berdusta, apabila berjanji dia mungkir dan apabila diberikan amanah, dia mengkhianatinya (sekalipun dia mengaku solat, berpuasa dan mengaku mukmin). (riwayat Bukhari dan Muslim).

  8. dina says:

    keris dan silat tu secara simbolik saja. maknanye kalau nak lawan pun biar face to face lah …kalau jarak jauh guna pistol mmg lah kalah.
    ni ada kena mengena dgn kejadian ahli merah kena tembak mati tu ke?
    harap polis ambik serius dan tangkap pembunuh tersebut.

  9. Meriam Buluh says:

    .

    Dulu sasterawan. Sekarang bangsatwan.

  10. Meriam Buluh says:

    .

    Dulu sasterawan. Kini bangsatwan.

  11. hi says:

    PAK SAMAD MASUK SEBELAH LIM KIT SIANG SB ELAUN POLITIK YANG D JANJIKAN OLEH PARTI CAUVANIST ITU, UNTUK MENGAMBIL HATI ORANG MELAYU, YANG TAK BERKEMAMPUAN, NAK HARAPKAN BRIM , JENUHLAH PAK SAMAD , NAK KERJA PUN TAK LARAT, NASIHATKAN KERAJAAN ADAKAN RUMAH KEBAJIKAN ORANG TUA YANG CANGGIH SUPAYA TIDAK MENJADI PENGKHIANAT BANGSA, DEMI SESUAP NASI

  12. MAWAR says:

    PARTI CAUVANIST BAGI RM100 , SETAHUN SEKALI,UNTUK ORANG TUA TUA MCM PAK SAMAD, MESYUARAT BOH KAT MEJA VIP, MAKAN DINNER MEJA VIP, TERANGKAT PAK SAMAD, PANTANG KENA BODEK SIKIT

  13. zack300 says:

    Dia ni serupa dulu geng2 Melayu saperti Mat Indra, Rashid Maidin, Abdullah CD dan Shamsiah Fakeh sertai komunis kerana mau lawan Inggeris untuk kemerdekaan. Sekarang masuk DAP untuk lawan kerajaan BN. Masing2 ada pendirian dan kefahaman masing2…..Rambut sama hitam, hati lain2…

  14. semangat dato' haron says:

    Salina…

  15. james bond says:

    Dap suruh dia cakap macamtu.

  16. jokowi says:

    Dah diganti dgn Prof (kgkg) Ridhuan T sebagai melayu…

  17. kord21 says:

    kalau bukan ahlinya, usahlah mulut gatal nak berseloka. Elok2 dipandang tinggi, terus jatuh menyembah bumi. Angkara tangan dan mulut sendiri, rakus menyondol serupa babi.

  18. dot says:

    biar la samad said tu nk ckp apa,,,,nyanyok dh pn tu..

Leave a Reply