Menu Utama

Otai Reformis Diselamatkan Oleh Pihak Yang Pernah Mereka Gelar “Anjing Kerajaan”

IMG-20150916-WA0747Aman; itu adalah perkara pokok yang menjadi sandaran dan pegangan setiap inci tubuh badan mereka yang sertai Himpunan Merah semalam.

Tiada provokasi, tiada darah berdarah, tiada parang berparang, tiada ludah meludah. Aman.

Berbudaya samseng jalanan, pendukung reformasi Anwar Ibrahim tiba-tiba muncul untuk memulakan provokasi ke atas baju merah, dan Petaling Street dijadikan modal untuk mencipta rasis, sekalipun kawasan ini tidak tersenarai di dalam laluan himpunan.

Media pembangkang, beserta soldadu-soldadu maya pro DAP sedaya upaya, sederap usaha mengembleng tenaga untuk memainkan isu perkauman dengan gambar-gambar peserta himpunan merah yang berkumpul di hadapan Petaling Street. Kononnya Melayu ingin serang Petaling Street, tempat yang terkenal dengan barang-barang tiruan dan dikuasai oleh peniaga-peniaga berbangsa cina.

Hakikatnya, para peserta yang penulis ditemui sekadar ingin “berselfie” dan “berwifie” dengan gerombolan yang mengaku dirinya otai, yang provokasinya sangat tidak masuk akal jika laluan himpunan diambil kira.

Melayu itu tinggi adabnya, rendah biadapnya. Namun, apabila ada yang biadap terhadapnya, hadapilah mereka. Namun, kelibat reformis langsung tidak kelihatan sewaktu sebilangan kecil baju merah singgah untuk “bermesra” dengan mereka. Persis bacul, mulut sembang tinggi melangit, hati sekecil tungau. Apa lah sangat untuk mereka keluar dan berjumpa dengan bilangan kecil baju merah yang berhimpun di situ, berbanding dakwaan otai bahawa seramai 2000 lebih geng otai yang menanti. Kan?

Bonus bagi reformis, apabila golongan yang pernah mereka panggil “anjing kerajaan” atau “barua kerajaan” rupanya menjadi tembok pemisah dari menjadi buruan baju merah yang ingin “berwefie”.

Dengan tegas dan tidak berganjak, pihak berkuasa konsisten untuk terus menjaga keselamatan reformis sungguhpun mereka sendiri yang memulakan provokasi ke atas baju merah. Anggota Polis, dan FRU ditempatkan di pintu utama Petaling Street sehingga ke malam hari. Begitulah komitednya “anjing kerajaan” dalam memastikan keselamatan awam, tanpa mengira latar belakang.

Penulis sendiri berada di kalangan baju merah. Dan baju merah hadir ke Petaling Street bukan untuk membuat kacau ke atas peniaga-peniaga Cina di Petaling Street, tetapi “terangsang” dengan ucapan berbaur provokasi dari seorang bangsa Melayu berparti DAP terhadap himpunan penyatuan bangsanya sendiri.






8 Komen to Otai Reformis Diselamatkan Oleh Pihak Yang Pernah Mereka Gelar “Anjing Kerajaan”

  1. jokowi says:

    Wah Anjing Kerajaan, jenis apakah itu….
    Setahu jokowi…..polis kita ada anjing-anjing German Sheperd, labrador retriever dan ‘cadaver’ untuk unit K9….
    Yang tak ada cuma anjing-anjing shih tzu, chihuahua atau poodle….mungkin jenis-jenis ni, cina malaysia je yg bela kot…jokowi tanya dia nanti….

  2. Anak_Nogori says:

    Tong kosong bunyinya memang kuat.

    Otai reformasi ye.

    Otai reformasi kunnnnunnnn.

  3. moo says:

    Group melayu tertipu……..

    Kalau aku tanya apa isu 1MDB, sure sorang tak leh jawab…..

  4. Mr Y says:

    Ala moo.. kalau aku tanya apa isu DEIG, sure ko pun diam tak moo jawab…. apatah lagi isu Negara Islam kepada Negara Berkebajikan yg dulu ada mendakwa syahid menentang polis kerajaan di Memali lalu tak dimandi dan dikafankan… isu dua imam… isu kafir mengkafir… isu Al-Ahzab… isu Tabung Memali.. isu Langkah Kajang yg membazirkan duit, masa dan tenaga rakyat… fuhhh… byk lagi..

  5. adamyussof says:

    yeh…..yeh….. moo dah muncul , mek esah mana moo ???

  6. mata-mata says:

    kalau aku tanye pada babi-babi kuning pulak, betul ke Anwar tu meliwat pekerjanya…. jawapan mudah babi-babi kuning adalah semua itu adalah KONSPIRASI… tapi yang peliknya, bela diri dalam mahkamah tak pulak Anwar berani nak lakukan…

    NEGARAWAN KERALA pun dah tersampok dengan babi-babi kuning syok sendiri tu….

  7. rockers says:

    syoknye dpt pegi demo baju merah org sponsor.bila lh lg nk merasa turun kl.terimakasih pak menteri yg bg duit tu.HIDUP NAJIB!!

  8. mata-mata says:

    Pak menteri mana yang sponsor tu???

    Tak mau report polis ka?? Ooo… Bukti air liur jeee

Leave a Reply

Threesome