Menu Utama

Nik Abduh Perlu Lupakan Kamaruddin, Dia Bagaikan “Sireh Pulang Ke Gagang”…

Nik Abduh1

Ketua Pemuda PAS, Nik Mohamad Abduk Nik Abdul Aziz dalam kenyataannya semalam meluahkan rasa terkilan kerana Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Kamaruddin Jaafar, yang menang di parlimen itu di atas tiket PAS telah “melompat” menyertai PKR.

Membahayakan diri dari dihukum atas bai’ah talak tiga yang dikatakan telah diikrarkan di Kelantan pada PRU ke-13 yang lalu, tindakan Kamaruddin menyertai PKR itu sekaligus membuatkan Nik Abduh tersinggung, rasa seolah PKR tidak hormat pada PAS.

Saya faham tentang apa yang Nik Abduh rasakan. Memang tersinggung bila parti yang cuba dijadikan rakan itu tiba-tiba sanggup menerima “pengkhianat PAS” untuk bernaung di bawah bendera parti “mata sebelah” biru muda itu. Rasa seperti rakan menikam dari belakang, bukan?

Walau bagaimanapun, saya menyarankan kepada Nik Abduh supaya tidak menghiraukan sangat Kamaruddin yang menyertai PKR kerana pada pandangan saya, tindakan itu benar-benar seperti tindakan “sireh pulang ke gagang”.

Untuk pengetahuan Nik Abduh, Kamaruddin selama ini dikatakan sememangnya merupakan “orang Anwar”. Sejak dari Datuk Seri Anwar Ibrahim di dalam UMNO lagi, mereka berdua dikhabarkan sangat rapat.

Desas-desus juga mengatakan bahawa Anwar ketika hampir dipuncak kuasa sebagai Timbalan Perdana Menteri dulu, pernah mengurniakan projek-projek mega yang bernilai berbilion ringgit kepada Kamaruddin. Nik Abduh boleh “google” untuk mengetahui tentang dakwaan itu yang tidak dijawab hingga kini.

Bekas Setiausaha Agung Angkatan Belia Islam (Abim) itu dikatakan telah rapat dengan Anwar sejak beliau bersama NGO yang pernah diketuai oleh Ketua Umum PKR itu suatu masa dahulu. Malah ada pula dakwaan yang mengatakan mereka pernah berbai’ah taat setia pada Anwar. Namun sejauh mana kebenaran bai’ah itu, saya tidak pasti ia benar atau tidak.

Peliknya, setelah Anwar dipecat dan PKR ditubuhkan, Kamaruddin tidak pula menyertai parti yang “bertuhankan” Anwar itu. Sebaliknya, Kamaruddin dilihat sengaja menyertai PAS, parti yang teruk dihina Anwar ketika berjawatan di dalam UMNO.

Desas-desus ribut yang bertiup kencang ketika itu mendakwa bahawa Anwar dikatakan sengaja menyuruh Kamaruddin menyertai PAS atas agenda tertentu. Khabarnya untuk mendoktrinkan PAS mengikut acuan PKR.

Dikatakan juga bahawa Kamaruddin sangat berjaya dalam tugasan yang diberikan Anwar itu sehingga berjaya meyakinkan bekas Menteri Besar Kelantan, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat untuk sefahaman dengan Anwar. Ayah kepada Nik Abduhlah, kan?

Jika Nik Abduh mahu tahu tentang keakraban di antara Kamaruddin dan Anwar, bolehlah merisik-risik dari orang-orang lama Abim seperti Datuk Dr Sidek Baba atau Dr Yusri Mohamad. Mungkin banyak yang mereka boleh ceritakan tentang “onar” yang pernah dibuat oleh kedua “makhluk” itu…

Justeru itu, saya tidak terkejut jika Kamaruddin kembali ke pangkuan Anwar. Setelah berjaya dengan misinya itu, mungkin Anwar telah memanggil beliau kembali kepada PKR. Jadi, karier Kamaruddin selaku ahli politik dan orang kanan Anwar tetap teguh.

Cuma pada pandangan saya, biarlah Kamaruddin “pulang ke gagang”. Apa yang perlu Nik Abduh lakukan ialah menyerahkan semuanya kepada Allah SWT. Lagipun beliau sudah melanggar sumpah bai’ah, bukan? Biarlah beliau dengan”labu-labunya”…

Sementara itu, Nik Abduh perlu kukuhkan kembali saf PAS yang sebelum ini teruk dikucar-kacirkan “syaitan dalam jemaah”. Saya yakin, tugas itu bukan mudah memandangkan ramai juga Pemuda PAS yang mudah terpengaruh dengan gerakan “syaitan-syaitan” itu sebelum ini.

Mungkin itulah hasil dari melupakan tamrin, tarbiyah, tasykil dan pelbagai aktiviti dakwah yang sebelum ini diamalkan PAS.

Justeru itu, Nik Abduh perlu hidupkan kembali jatidiri di dalam PAS di mana parti itu dilihat telah hilang “roh perjuangan” dan digantikan dengan “rasukan syaitan” yang menggila. Agak payah untuk dibersihkan Datuk Seri Abdul Hadi seorang diri dan Nik Abduh perlu mengembeling tenaga dengan anak beliau, Mohd Khalil, untuk memperbaiki PAS.

Cuma satu lagi pesan saya, harap Nik Abduh tidak tergelincir. Ingatlah pesan Allahyarham supaya tidak menjadikan UMNO sebagai musuh. Sebaliknya, saya lebih menyarankan supaya Nik Abduh menjadi UMNO sebagai rakan.

Walau tidak bersatu ideologi politik, namun adalah memadai untuk bersatu dari satu sudut “istimewa” yang tidak mungkin difahami oleh “syaitan-syaitan” itu. Wallahu’alam.






3 Komen to Nik Abduh Perlu Lupakan Kamaruddin, Dia Bagaikan “Sireh Pulang Ke Gagang”…

  1. mata-mata says:

    Tu la, tak belajar dari parti komunis dan parti peliwat. Kalau PAS hanya buat bai’ah, parti DAPig dan PKR lagi kehadapan… buat akuan bersumpah tanpa tarikh bahawa ADUN/ MP akan letak jawatan serta-merta jika keluar parti atau lompat ke parti lain. Sia-sia je tidur sebantal, kentut sebilik, tapi tak pernah belajar dari ‘cerdik pandai’ dalam parti sekutu tu dulu.

    Patut pun kena tendang dari PR… begini ke yang dikatakan PAS Ganti UMNO???

    Kena gelak je dengan Mah Sabu, abg non, tokong dan dinasour Lim Kit Siang…

  2. Mr Y says:

    Betul juga kata mata-mata. Disebabkan mereka ni berebut dan cinta jawatan dunia maka mereka anggap baiah lebih kecil berbanding akuan bersumpah tanpa tarikh. Walhal yang lebih besar kesannya ialah baiah sedangkan akuan bersumpah pun boleh jawab 2 jam dalam kandang tertuduh je..

  3. mata-mata says:

    Mr Y,

    Penyokong PR ni hanya percaya kepada akuan bersumpah yang bercop dari Pesuruhjaya Sumpah. Kalau keluar akuan bersumpah sampai tiga yang bertentangan satu sama lain sekalipun, mereka akan tetap percaya pada akuan-akuan bersumpah itu. Malangnya kalau seseorang tu bersumpah dengan nama Allah, satu perkataan dari orang yang bersumpah tu pun mereka tak percaya. Termasuk la penyokong-penyokong dan pemimpin PAS. Kini pemimpin mereka sendiri merasa bagaimana penganut mereka mempermainkan sumpah / baiah yang mereka sendiri reka dan pernah lafazkan…

    Dan, terbaru.. penyakit tidak percaya sumpah dengan nama Allah ni dah berjangkit kepada NEGARAWAN KERALA…. dia lebih percayakan cakap-cakap orang negara luar tentang negara ni pulak. Disuruh saman segala bagai, padahal waktu dia memerintah dulu, banyak juga dakwaan yang dijatuhkan ke atas NEGARAWAN KERALA tu. Pernah dia ambil tindakan untuk saman ke atas pendakwanya????

    Betul-betul dah nyanyuk orang tua tu….

    Dan PADAN MUKA dengan pemimpin-pemimpin PAS yang suka mempermainkan agama Islam untuk kepentingan politik dan peribadi mereka selama ini….!!!!!!!!!!

Leave a Reply

Threesome