Menu Utama

Najib mulakan lawatan kerja di New York

Datuk Seri Najib Tun Razak tiba di New York, Amerika Syarikat (AS) lewat petang semalam untuk memulakan lawatan kerja selama lapan hari ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sempena Perhimpunan Agung PBB yang dijangka membincangkan dan memperakukan agenda baharu global ketika badan dunia itu me­nyambut ulang tahun penubuhannya yang ke-70.

Perdana Menteri menyertai lebih daripada 170 orang ketua negara dan kerajaan negara-negara dunia yang bakal berada di kota New York ini bagi memperkukuhkan PBB serta membincangkan isu-isu antarabangsa dan cabaran sejagat menje­lang genap tujuh dekad penubuhan PBB pada 24 Oktober ini.

PBB ditubuhkan selepas kemusnahan akibat Perang Dunia Kedua pada 24 Oktober 1945, dengan Malaysia menyertai pertubuhan multilateral itu secara rasmi pada 17 September 1957, kira-kira 17 hari selepas ia mencapai kemerdekaan daripada British pada tahun tersebut.

Pesawat khas yang membawa Perdana Menteri Malaysia itu dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor mendarat pada pukul 6.30 petang (6.30 pagi Khamis waktu Malaysia) di Lapangan Terbang Westchester County di sini.

Beliau yang sebelum itu singgah di London, United Kingdom untuk lawatan kerja sehari bagi mengha­diri perasmian projek bangunan PNB House milik Permodalan Nasional Berhad (PNB) disambut di hotel penginapannya di Hotel Mandarin Oriental di sini oleh Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman; Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat, Datuk Seri Awang Adek Hussin; Wakil Tetap Malaysia ke PBB, Datuk Ramlan Ibrahim serta para pegawai Malaysia.

Antara para pemimpin dunia yang dijangka hadir sama pada Perhimpunan Agung PBB yang bermula minggu ini ialah Presiden AS, Barack Obama; Presiden Rusia, Vladimir Putin; Presiden China, Xi Jinping selain ketua-ketua kerajaan dari banyak negara yang membawa harapan tinggi untuk menjayakan usaha-usaha diplomatik, agenda pembangunan dan kemanusiaan global selain terus mencari penyelesaian kepada konflik, pertikaian dan huru-hara dalam detik-detik bersejarah PBB sejak penubuhannya.

Dalam satu kenyataan menje­lang Perhimpunan Agung PBB kali ini, Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon berkata: “Sesi Perhimpunan Agung PBB tahun ini dibuka pada saat-saat huru-hara dan harapan… Huru-hara, kerana konflik semakin parah di banyak tempat, dan orang awam menjadi mangsanya. Harapan, kerana bilangan pemimpin dunia yang hadir begitu ramai di PBB di sini untuk mara dengan penyelesaian dan menerima agenda pembangunan baharu dunia yang dicita-citakan.”

Najib dijadualkan turut berucap dalam beberapa sesi PBB termasuk pada Perhimpunan Agung ke-70, mengambil bahagian dalam mesyuarat sidang kemuncak Agenda Pembangunan Pasca 2015 dan mengadakan pertemuan bilateral dengan para pemimpin antarabangsa.

Presiden AS, Obama akan turut berucap pada sidang kemuncak Agenda Pembangunan Pasca 2015, suatu inisiatif PBB yang menetapkan langkah-langkah khusus ke arah mencapai sasaran matlamat pembangunan global membabitkan proses rundingan dengan 193 negara-negara anggota PBB.

Para pemimpin dunia akan me­ngupas cadangan-cadangan PBB untuk menerima 17 matlamat baharu pembangunan sejagat, dengan 169 sasaran untuk membasmi kemiskinan, membanteras ketidaksamaan dan memerangi perubahan iklim dalam tempoh 15 tahun akan datang.

Daripada sekadar 51 anggota pada awal penubuhannya pada tahun 1945, PBB kini mempunyai keahlian sebanyak 193 negara termasuk Pa­lestin yang mendapat status pemerhati tetap dan sebuah lagi pemerhati tetap, Vatican, kota suci penganut Kristian Katolik yang kehadiran pemimpin spiritualnya, Pope Francis pada Perhimpunan Agung PBB mendapat laporan besar-besaran daripada media Amerika Syarikat.

Bagaimanapun, satu laporan PBB minggu ini menyebut bahawa kegagalan untuk menghindar konflik berdarah di serata dunia telah mencetuskan isu kemanusiaan dan keselamatan global, terutama lambakan kira-kira 60 juta pelarian di seluruh pelosok dunia, dengan Syria dan Yemen menjadi antara negara terbaru yang terpalit dalam masalah tersebut.

Diplomat-diplomat Malaysia percaya kehadiran Najib dalam beberapa mesyuarat peringkat tinggi PBB dalam tempoh seminggu ini di New York akan memberi arah tuju signifikan kepada bentuk pandangan yang bakal diutarakan olehnya ketika beliau berucap pada Perhimpunan Agung di ibu pejabat PBB pada hari Khamis, 1 Oktober ini.

Tambahan pula, di bawah pentadbiran Najib, Malaysia kini memainkan peranan yang lebih mendalam dan berpengaruh dalam badan dunia itu selaku anggota tidak tetap Majlis Keselamatan PBB, iaitu kerusi yang akan dipegangnya sehingga akhir tahun 2016.

Majlis Keselamatan PBB mempunyai 15 anggota terdiri daripada lima anggota tetap dengan kuasa veto (AS, Rusia, China, United Kingdom dan Perancis) dan 10 anggota tidak tetap yang dipilih melalui pengundian.

Selain Malaysia, antara negara anggota tidak tetap Majlis Kese­lamatan PBB ialah Angola, Chad, Chile, Jordan, Lithuania, New Zealand, Nigeria, Sepanyol dan Vene­zuela.

Ketika berucap pada Perhimpunan Agung PBB tahun 2010, Najib memperkatakan tentang penting­nya Gerakan Kesederhanaan Global dimulakan untuk menyelamatkan dunia daripada terjerumus ke dalam situasi putus asa dan kerosakan.

Tiga tahun kemudian pada 2013 dalam ucapannya di pentas PBB, Najib menyentuh tentang bahaya perbalahan dalaman dan pertembungan antara mazhab di negara-negara Islam dalam mencorakkan kebangkitan Arab Spring yang ke­sannya amat besar kepada keselamatan serantau.

Pada tahun lalu Perdana Menteri secara terang-terangan di PBB menyeru umat Islam supaya menolak pertubuhan pengganas Islamic State yang bergerak di Syria dan Iraq. Katanya, dengan kekejamannya kumpulan pengganas tersebut mengkhianati prinsip-prinsip murni Islam. – UTUSAN







4 Komen to Najib mulakan lawatan kerja di New York

  1. System baru says:

    Ha.ha.mana FBI dah siasat najib ke belum he.he.he macai pkr dan mandey semua diam diri.

  2. Antifitnah says:

    Macai@Dapig pkr dan madey dah kehilangan bebola mereka……..

  3. anak selangor says:

    Bebola daging daPIG. Memang sodap tu.
    Kesodapannya seperti menjilat bebola pemimpin ulung.

  4. Pemerhati says:

    ‘anak selangor’ dah pernah makan rupanya patut le dia kata sodap, apapun haram ya makan bebola DAPigs tu…awak kena ‘cuci darah’ kalau orang Islam

Leave a Reply