Menu Utama

MEMAHAMI MENGAPA USA MENYIASAT NAJIB DAN KELUARGANYA

Topik utama di Malaysia hari ini didominasi dengan artikel oleh The New York Times yang menyatakan Perdana Menteri Dato Seri Najib Razak sedang disoal selidik oleh juri persekutuan untuk dakwaan rasuah.

The New York Times juga merupakan akhbar sama yang menerbitkan temu bual bersama Tun Mahathir pada Jun 2015 yang menghentam Perdana Menteri, UMNO dan kerajaan Malaysia pada hari yang sama Menteri Luar, Anifah Aman sepatutnya hadir dan berucap di Persidangan Agung PBB Bangsa-Bangsa Bersatu. Ini menyebabkan Anifah Aman menulis surat terbuka kepada The New York Times dan menghentam Tun Mahathir atas sikap biadap beliau dengan menyatakan kekesalan terhadap Tun M merendahkan Malaysia menggunakan media asing.

Menakjubkan, hari ini sekali lagi merupakan sesi persidangan Bangsa-Bangsa Bersatu – pertama kali sejak Jun. Malah, Najib sedang dalam perjalanan ke New York untuk Perhimpunan Agung PBB serta sambutan ulang tahun ke-70 pertubuhan itu.

Pemilihan masa untuk penerbitan artikel ini sangat mencurigakan dan dilihat seolah-olah sengaja dilakukan untuk memalukan Perdana Menteri dan Malaysia di persidangan tersebut.

Kesimpulan ini dibuat berdasarkan beberapa perkara dari artikel The New York Times hari ini:

1) Individu-individu yang disoal siasat ialah anak tiri Najib (anak Rosmah dari perkahwinannya yang terdahulu) Riza Aziz dan juga rakan beliau, Jho Low.

New York Times menyatakan Najib juga disoal siasat kerana kemungkinan Reza mempunyai pertalian darah melalui perkahwinan Rosmah dengan Najib manakala Jho Low merupakan rakan beliau.

Ia amat penting untuk diketahui bahawa Najib tidak disoal siasat secara langsung ke atas dakwaan rasuah kerana beliau tidak mempunyai harta yang diisytiharkan di USA.

Pada ketika ini, adalah penting untuk dimaklumkan bahawa Jho Low telah mempunyai syarikat di Malaysia sejak 2007 dan 2008 – sebelum Najib menjadi Perdana Menteri dan 1MDB masih belum wujud. Beliau sememangnya sudah sedia kaya dan mempunyai hubungan kewangan yang serius melalui hubungan persahabatan dan kerjasama dengan keluarga-keluarga DiRaja di Asia Tengah.

Selain itu, Riza telah menghasilkan filem sejak tahun 2010. Sebelum menerbit filem, Riza yang merupakan seorang pemegang Sarjana Muda Ekonomi dan Kerajaan serta Sarjana Sains Politik dari London School of Economics, telah mendaftar dengan Lembaga Perkhidmatan Kewangan UK (FSA) dan bekerja sebagai pegawai bank pelaburan di London.

Sebagai seorang penerbit, Riza juga bertindak untuk mencari pelabur untuk projek filem. Ini tidak bermakna beliau membiayai filem terbitan beliau sepenuhnya. Riza menjelaskan bahawa terdapat beberapa pelabur telah membiayi projek filem beliau.

Tetapi, Riza ternyata berjaya dalam menerbitkan The Wolf of Wall Street yang mengaut keuntungan lebih USD 400 juta seluruh dunia berdasarkan jualan tiket dan DVD – tersenarai dalam 200 filem komersial terbaik sepanjang zaman dan menewaskan filem seperti Superman Returns, Ice Age, Mad Max Fury Road, Batman Begin dan lain-lain. Filem terbaru Riza iaitu Dumb and Dumber II turut berjaya dan mengaut kutipan sebanyak USD 170 juta dalam jualan tiket.

Ini memberi bukti jelas bahawa Riza mempunyai kepintaran untuk memperolehi kekayaan dan kita tidak patut berasa cemburu akan kejayaan beliau di Hollywood.

2) Pembelian hartanah yang diperkatakan bertarikh Okt 2012. Namun, The New York Times telah mengaitkan ia dengan USD 681 juta (RM 2.6 billion) yang telah didepositkan oleh penyumbang dari Timur Tengah ke dalam akaun Najib – dimana ianya didepositkan pada Mac 2013, sebelum Pilihan Raya ke-13.

Oleh itu, aneh untuk The New York Times mengaitkan penjualan apartmen yang lama dahulu dengan duit yang di depositkan kemudian dari itu – melainkan pembelian dilakukan secara hutang seperti buku 555.

3) Pembelian hartanah ini telah didedahkan oleh The New York Times pada 8 Februari tahun ini, sekitar masa Anwar Ibrahim dijatuhkan hukuman atas tuduhan sodomi. Menariknya, The New Work Times turut mengambil inisiatif menterjemah artikel mereka ke dalam bahasa Mandarin dan Bahasa Malaysia, seolah-olah ramai rakyat Malaysia di New York. Ini amat aneh kerana tiada satu pun artikel di New York Times mempunyai versi bahasa Melayu sebelum ini.

12002109_1721325961419524_3790782764697981428_n

4) Penyiasatan di USA telah bermula selepas Sarawak Report membuat aduan di USA pada Mac 2015 dimana Sarawak Report seakan-akan menuduh pihak berkuasa USA tidak mengambil serius perkara tersebut dan membiarkan ‘penjenayah’ seperti Jho Low dan Najib bebas dan tidak dikenakan tindakan.

Aduan terhadap Najib kepada USA turut dibuat oleh orang kuat Tun Mahathir Khairuddin Abu Hassan dan bekas Setiausaha Politik Tun Mahathir, Matthias Chang. Matthias berkata mereka berdua telah bercakap dengan Kedutaan USA dan dijadualkan untuk ke New York pada minggu ini untuk bertemu dengan FBI berkenaan 1MDB. Mereka juga telah pergi ke serata dunia menfailkan kes terhadap Najib dan 1MDB dengan pihak berkuasa Switzerland, Perancis, England, Singapura dan Hong Kong.

Apabila kes difailkan, penyiasatan akan dibuka menurut undang-undang pihak berkuasa. Ini merupakan kes yang sama apabila Sarawak Report menyiarkan isu Ketua Menteri Sabah Musa Aman yang telah disiasat oleh ICAC berhubung dengan kes ahli perniagaan, Micheal Chia yang ditangkap pada tahun 2008 kerana membawa wang tunai RM 40 juta ke Hong Kong.

Sarawake Report turut menyertakan segala dokumen dan carta alir dalam ‘pendedahan’ mereka berkaitan Musa Aman dengan artikel bertajuk “”Hold On Trust For Aman” – More Devastating Evidence From The ICAC Investigation!”

Dengan bukti dan dokumen mereka yang kononnya ‘lengkap’, sesiapa yang membaca Sarawak Report akan mudah mempercayai kesalahan yang dilakukan Musa Aman dan ICAC sepatutnya menyumbat Musa Aman ke dalam penjara. Namun, pada Disember 2012, pihak berkuasa ICAC telah menulis kepada Musa Aman dan menyatakan beliau tidak lagi di bawah siasatan berkaitan rasuah sumbangan RM 40 juta kepada pihak UMNO negeri.

ICAC menerangkan kepada Musa Aman bahawa siasatan dilakukan selepas menerima aduan terhadap beliau, menyatakan bahawa ia dikehendaki oleh undang-undang rasuah Hong Kong.

Tetapi menurut agensi berkenaan, berdasarkan siasatan dan laporan penuh ICAC dengan Jawatankuasa Kajian Operasi (ORC), kedua-dua pihak bersetuju untuk tidak meneruskan penyiasatan atas sebab “bukti-bukti yang telah diketahui” menunjukkan Musa Aman tidak bersalah.

Surat berkenaan telah ditandatangani oleh ketua penyiasat, Tao Wai-Yan dan dialamatkan kepada Musa di pejabat beliau di Kota Kinabalu.

ICAC mengambil masa 4 tahun untuk membersihkan nama Musa Aman tetapi Sarawak Report dan Pakatan Rakyat masih menggunakan isu rasuah Musa Aman dan sering memetik bahawa beliau sedang dibawah penyiasatan ICAC dan tidak dapat lari berikutan bukti-bukti gang kukuh – bermakna Musa akan dijatuhkan hukuman penjara.

Namun sehingga hari ini, nama Musa Aman telah dibersihkan oleh ICAC dan SPRM serta masih memegang jawatan Ketua Menteri Sabah.

Pro-pembangkang, NGO SUARAM juga telah menfailkan aduan terhadap kes Scorpene kepada mahkamah Perancis pada tahun 2010 yang memaksa pihak berkuasa Perancis memulakan penyiasatan.

Malah, pada Mei 2012, SUARAM dengan bangga mengumumkan mahkamah Perancis akan meminta Najib untuk memberi keterangan dan pihak Perancis akan mengarahkan Interpol Red Notice untuk menahan Najib jika beliau menolak untuk hadir.

Tiga tahun kemudian, 5 tahun selepas laporan pertama dibuat oleh SUARAM, kita masih menanti mahkamah Perancis memanggil Najib untuk memberi keterangan.

Sebaliknya, hasil penyiasatan menunjukkan keputusan yang tidak dijangka oleh Pakatan dan SUARAM apabila mahkamah Perancis membuktikan Najib, Razak Baginda dan Altantuya tidak pernah berada di Perancis pada waktu yang sama dan Altantuya tidak pernah dilantik sebagai penterjemah di mana semua perundingan pembelian Scorpene menggunakan bahasa Inggeris.

Artikel New York Times pada hari ini juga mengakui bahawa penyiasatan Juri Persekutuan terhadap Najib masih di peringkat permulaan dan akan mengambil masa bertahun untuk selesai.

Hal ini menunjukkan, pihak-pihak yang menentang kerajaan menggunakan taktik menfailkan kes kepada pihak berkuasa di luar negara, memaksa negara-negara terbabit menerima aduan dan memulakan penyiasatan. Penyiasatan ini alan mengambil masa yang lama namun sepanjang ia berlangsung, mereka akan terus memainkan isu berkenaan – di dalam atau luar negara.

Ia akan menjadi tajuk berita yang bagus – terutamanya kepada akhbar luar negara – di mana pihak pembangkang akan menggunakan isu ini dan menyatakan ianya memalukan negara di peringkat global dengan bukti-bukti yang kukuh sehingga kerajaan asing perlu campur tangan menyiasat serta pemimpin-pemimpin negara akan ditangkap dan dipenjara jika ke luar negara.

Walaupun tidak mengaku, namun, pihak pembangkanglah yang membuat aduan di luar negara dan menyebabkan proses penyiasatan dimulakan sehingga menyebabkan negara menjadi topik perbualan dunia – semata-mata untuk merosakan imej kredibiliti Malaysia dan pemimpin kita.

Kerajaan asing tidak sewenang-wenang memulakan penyiasatan ke atas kerajaan atau negara lain melainkan aduan rasmi telah difailkan oleh seseorang individu.

Tetapi, individu-individu ini tidak memperdulikan fakta itu. Mereka tidak berminat untuk mencari kebenaran sebaliknya hanya ingin menjatuhkan individu lain. Reputasi dan kredibiliti Malaysia tidak menjadi perhatian mereka.

Tun Mahathir juga bersalah apabila menyatakan Najib takut untuk ke luar negara kerana beliau akan ditangkap. Sebaliknya, Najib kini berada di UK untuk beberapa mesyuarat dan akan menjelajah ke USA untuk sambutan ulang tahun PBB selama beberapa hari.

Tun Mahathir juga mengeluarkan beberapa kata-kata sinis apabila menyatakan beliau lupa akan kelebihan imuniti kepada ketua negara dan fakta yang penyiasatan luar negara akan memakan masa selama bertahun.

Pada ketika ini, Khairuddin Abu Hassan masih direman selama seminggu dan di bawah penyiasatan polis. Mungkin tidak lama lagi kita akan mengetahui siapa yang mengeluarkan arahan dan membiayai beliau dan Matthias Chang untuk ke seluruh dunia menfailkan laporan terhadap Najib dan mengaitkan beliau dengan akhbar-akhbar asing.

tunmaha

Lapan bulan yang lepas, Khairuddin masih lagi muflis dan kondominiumnya telah dilelong pada January 2015. Anehnya, sebulan selepas itu Khairuddin mula menyerang 1MDB, membayar semua hutang beliau malah keluar negara menfailkan laporan polis ke Switzeland, Perancis, UK, Singapura, Hong Kong serta lawatan ke USA yang telah digagalkan.

Ini menunjukkan bahawa pihak-pihak tersebut tidak mempunyai masalah untuk membiarkan campur tangan negara luar, asalkan objektif politik mereka tercapai.
Ini akan menjadi satu topik menarik – bergantung pada apa atau siapa yang Khairuddinh Abu Hassan akan dedahkan dibawah soal siasat PDRM selama satu minggu ini.

a

b

Pada Najib, jika pihak berkuasa dari USA, HK, Switzerland, Singapura, Perancis dan UK membersihkan nama beliau dari tuduhan RM 2.6 billion dan 1MDB, maka tiada sesiapa dapat mengaitkan beliau dengan isu itu lagi.

Tetapi, ia akan hanya berlaku beberapa tahun lagi, sementara itu pihak yang memusuhi Najib akan kembali dengan tuduhan-tuduhan baru dan meneruskan taktik menfailkan laporan di luar negara serta bekerjasama dengan akhbar-akhbar asing untuk memalukan dan memberi tekanan kepada beliau.

Mereka telah melakukannya, mereka masih melakukannya dan mereka akan terus melakukannya lagi di masa hadapan kerana ianya mudah, murah dan memberikan mereka beberapa tahun lagi untuk menyerang musuh mereka secara politik.
Sama ada ianya adil atau tidak, itu suatu hal yang lain.

Artikel ini diterjemah dari
Making sense of the USA investigation into Najib and family
http://limsiansee.blogspot.my/2015/09/making-sense-of-usa-investigation-into.html?m=1






18 Komen to MEMAHAMI MENGAPA USA MENYIASAT NAJIB DAN KELUARGANYA

  1. WTF says:

    Pada aku, biarlah pihak2 asing tu nak siasat Najib Razak seperti mana siasatan yg dilakukan atas kes pembunuhan Altantuya

    Bukan apa, sampai sekarang Najib Razak tak kena panggil pun untuk disiasat oleh pihak mahkamah Perancis

  2. alt dlt says:

    Tun dah semakin kurang ajar dan biadap… maaf.

  3. Anak_Nogori says:

    Ya…biar puak2 madey tu meroyan sampai mereka pensan sendiri.

  4. To' Melaka says:

    Dipendekkan cerita, sejak 600 tahun lalu wilayah nusantara ini kerap kali dijajah hasil usaha dan bantuan orang kita sendiri.

  5. ngap says:

    tak buat salah buat apa nak panggil untuk disiasatkan ? tak gitu Anak Nogori?

    suka bebeno puak yang dengki sangat dengan PM buat onar nak jatuhkan bangsa sendiri.

  6. System baru says:

    Jawapan mudah je tun m gagal kampung filem dia cyber jaya itu walaupun dirasmikan nama besar rasmikan jackie chan , tun m patut malu pada anak tiri najib itu walau filem 18sx ia tak di tayang kan di malaysia ini, tun m patut malu dengan pilipina industari cartoon ganfik 3d terbaik dunia pada buat hollywood , bagi aku menang tak aku setuju buat kampung filem itu sepatutnya tun m buat majukan industari ganfik 3d di cyber jaya itu panggil pakar ganfik jepun itu maju itu bangunkan industari gerfik 3d games,iklan dan filem dimalaysia sekarang dah terlewat dah tak ada gunanya nak bangunkan pun.

    Satu aku heran manalah Khairuddin dapat duit pergi ke euro dan amerika, siapa lepas dia dia pergi kesana tak salah aku orang bankrap tak boleh keluar negara kecuai kena istiharkan tujunan dia, Khairuddinh manusia tak tahu bersyukur semasa dia kaya dia lupa dia dia tak mahu menbantu usahawan bumipuera bila jatuh miskin salah umno ini manusia tak tahu bersyukur, ada pekara Khairuddin putut sedar dia menbayar hutang dengan cara fitnah, tak berkat rezki anda cara mana pun anda pasti tak akan berasa cukup

  7. sireh ke gagang says:

    Org bangkrap mengampu tak power la. sia-sia buat jelajah selfie & report polis , tapi hasil hampeh. muka boleh sorok dalam mangkuk tandas lepas ni. nampak terdesak sangat dah budak2 mahathir skrg. tak kisah la guna cara apa sekali pun , janji matlamat jatuhkan najib tercapai. perangai jijik sungguh. sama modus aperandi dengan geng peliwat negara.busuk sebusuknya.

  8. wk says:

    Kita patut sekali didedahkan akan perihal yg detail sebegini supaya kita “in the know” & boleh membuat pertimbangan dan pandangan bermaklumat & bukan persepsi liar.

    Terima kasih mykmu & limliansee

  9. Hantu Gigi Jarang says:

    Kalau FBI siasat akan lebih telus..tak ada yang akan diberhentikan, ditransfer atau diberi pangkat..hi..hi.jangan marah ye!

  10. Pemerhati says:

    FBI gagal siasat tragedi 9/11 secara bebas sebaliknya mereka membuat siasatan ‘mengikut skrip’ yang dikehendaki ‘tangan ghaib’ di amerika…antara ‘mengikut skrip’ itu ialah FBI menjumpai passport pengganas(menggunakan pesawat untuk merempuh & meletupkan WTC di NY) dalam keadaan ‘pristine’ diatas jalan selepas WTC runtuh dalam kejadian 9/11…apa dilakukan oleh FBI ialah satu penipuan untuk mencipta bukti atau fabricate evidence…mamak pukimak haramjadah madey tahu akan perkara ini & dia pernah mengutuk pentadbiran WhiteHouse tentang penipuan ini yang dilakukan oleh FBI, itu dahulu tapi sekarang ini disebabkan hasad dengki yang tidak boleh dikawal telah membuat & memaksa mamak pukimak haramjadah madey menggunakan FBI untuk menjatuhkan Najib

    akhirnya penipuan yang dibenci & diludahnya dahulu terpaksa dijilat kembali oleh mamak pukimak haramjadah madey demi untuk menjatuhkan Najib…pasti disebabkan kebolehan FBI ‘fabricate evidence’ maka mamak pukimak haramjadah madey rasa dia harus mengarahkan seekor lagi pukimak haramjadah iaitu si khairuddin pergi ke amerika untuk membuat laporan pada FBI tentang Najib yang kononnya terlibat dengan rasuah & pengubahan wang haram berkaitan 1MDB & derma dana politik

    jika siasatan FBI mendapati Najib ada melakukan kesalahan, ianya adalah ‘fabricate evidence’ semata…ini bermakna ‘tangan ghaib’ di amerika telah menuruti kehendak mamak pukimak haramjadah madey yang mahu menjatuhkan Najib dengan mengarahkan ‘orang besar FBI’ melakukan penipuan untuk ‘fabricate evidence’ dalam sisatan mereka supaya Najib didapati ada melakukan sesuatu kesalahan

    siapakah ‘tangan ghaib’ di amerika itu? sudah tentu ‘neo-cons berbangsa yahudi berkefahaman zionis’ yang dahulunya dibenci & diludah juga oleh mamak pukimak haramjadah madey tapi kini mamak pukimak haramjadah madey menjilat kembali ludahnya itu…kiranya yahudi zionis ini tiada bezanya dengan mamak pukimak haramjadah madey, nak kata adik beradik kembar sebodek pun boleh

  11. System baru says:

    Fbi tak akan campur tangan, yg aku takut cia mereka mereka suka campur tangan, sebab kes bukan membitkan amerika dan bukan menbait jenayah, macai pkr buta2 ditipu dengan tun m dan Khairuddin itu fbi mana boleh meniasat kes 1mbd sebab ia mebabit bukan kes amerika pun, yg aku takut macai ini jumpa cia untuk jatuhkan malaysia, macai tun m langsung tak fikir panjang, negara di jatuh semua bukan hasil dari fbi tapi cia mereka sangup menyamar jadi fbi untuk mendapat maklumat itu aku binbangkan cia sangup ubah fakta mereka ada, di bandingkan fbi, najib kena tangkap orang jenis macai Khairuddin ini sebelum dia merosakan negara lebih besar lagi.
    Satu cara tutup mulut macai tun m dan macai tokong insideri ini, najib kena buat kerja lawat yg mana negara khairuddin melawat burukan malaysia ini.nanti macai tun m duduk diam lah tak berani lakukan fitnah lagi

  12. Pemerhati says:

    berdasarkan komen ‘system baru’ tak salah kalau aku kata si khairuddin sebenarnya akan berjumpa ejen CIA, dalam FB haramjadah itu aku pun boleh kata dia menipu juga kata nak jumpa FBI tapi sebenarnya nak jumpa ejen CIA…haramjadah lagi seekor si mamak kutty madey pun boleh nafi kata dia bukan suruh khairuddin jumpa ejen CIA tapi jumpa pegawai FBI

    PDRM memang dah tahu dia nak jumpa CIA, PDRM takkan halang kalau dia memang nak jumpa FBI atau buat laporan pada FBI…jangan fikir ‘pihak perisikan negara’ kita bodoh sangat tak tahu

  13. geekpuk2 says:

    Senang je kenapa US siasat

    Sebab beli condo kat NYC, beli mansion kat LA, invest kat filem Holywood, pakai bank Wells Fargo dan guna US Dollar masuk akaun akaun Brazen Sky , Good Star limited

    Jangan ingat main golf dengan Obama mesti selamat.

  14. Pemerhati says:

    buktinya ada tak apa ‘geekpuk’ kata? kalau takde bukti memang sah anak luar nikah….hehehehe

    percayalah cakap aku Obama tidak akan membenarkan FBI apatah lagi CIA siasat kerana semuanya akan menggunakan penipuan ‘fabricated evidence’

  15. Pemerhati says:

    semasa Najib main golf dengan Obama, Najib berpesan pada Obama agar jangan jadi seperti si bush…Najib kata pada Obama “ko nak masuk neraka juga ke dengan bush sebab bunuh rakyat sendiri?”…Obama jawab “nauzubillah min zalik”, Najib tersenyum

    kesimpulannya, Najib main golf dengan Obama bukan sebab Najib nak selamatkan dirinya sebaliknya Najib nak selamatkan diri Obama

  16. System baru says:

    Nijib ada dekat amerika ,sekarang tanya macai tun m kenapa fbi tak siasat najib itu ia he.he.he.

  17. Pemerhati says:

    kononnya FBI sedang membuat siasatan sekarang ini menurut beberapa laporan media amerika seperti WSJ dll yang kini entah kenapa dijadikan seperti kitab wajib baca & percaya oleh mamak kutty madey kalau dahulunya bukan main lagi si haramjadah madey kutuk kata media asing seperti WSJ tidak boleh dipercayai…sedap betul rupanya si haramjadah madey jilat balik ludahnya, pengilap buah pelir madey tak rasa sedap juga ke?

    Najib kini sedang berada di new york amerika tapi kenapa FBI tidak mengambil kesempatan memanggil Najib untuk mengambil keterangannya berhubung siasatan yang mereka lakukan kalau kata siasatan sedang dilakukan?

    tolak tepi tentang Najib boleh ditahan diluar negara itu, apa agaknya jawapan dari si haramajadah madey & pengilap buah pelirnya tentang kenapa FBI tak panggil Najib?

    apakah Obama melarang FBI panggil Najib untuk mengambil keterangannya? apakah Obama takut pada Najib? apa agaknya yang ditakutkan oleh Obama, adakah Najib akan merobek dubur Obama(pada sesi main golf bersama akan datang) sekiranya Obama tidak mendengar kata Najib?

  18. dindally says:

    Aku semakin bangga dengan Najib. Susah sungguh nak jatuhkan mamat ni. Kiri, kanan, depan, belakang semujanya gagal. Guna pandeykutty pun gagal. Kena guna FBI pulak.Pun Nampak macam nak gagal jugak. Anak, bini menantu semua kena serang. Tapi mamat ni cool saja. Buat penyokong pembangkang, jangan putus asa, cuba lah lagi.Bila kau orang boleh jatuhkan nanb ni??? Tergedik-gedik aku tunggu. Ekekekeke.

Leave a Reply

Threesome