Menu Utama

Masih Buta Maksud Rasuah Dan Sumbangan?

anwar-wolfowitz

Nak ketawa pun ada, nak marah pun ada. Itulah yang penulis rasa apabila mengenangkan ramai yang tidak tahu untuk membezakan sumbangan dan rasuah. Dua perkataan yang sangat berbeza makna yang berteraskan subjek yang sama, iaitu duit.

Peliknya, yang tidak faham itu adalah mereka yang berbangsa Melayu dan Bahasa Melayu merupakan bahasa kegunaan harian mereka. Mereka rata-ratanya masih tidak berpuas hati dan cuba menyindir tentang sumbangan RM2.6 bilion yang disumbangkan kepada Presiden UMNO.

Kata mereka, RM2.6 bilion itu rasuah dan tidak wajar ditakrifkan sebagai sumbangan politik.

Penulis rasa, sudah berbuih mulut dijelaskan bahawa wang tersebut merupakan sumbangan dana politik kepada UMNO yang disalurkan melalui akaun Presiden UMNO yang menjadi pemegang amanah parti. Sangat mudah untuk difahami penjelasannya, bukan?

Dari mana datangnya wang itu? SPRM sendiri sudah mengesahkan bahawa wang itu datangnya dari Timur Tengah. Bila disebut negara Timur Tengah, penulis yakin terlintas di fikiran kita bahawa negara itu adalah negara Islam, bukan?

Kenapa disalurkan kepada akaun Dato’ Seri Najib Tun Razak? Ikut suka penyumbanglah untuk salurkan ke akaun mana yang mereka suka! Takkanlah hendak disalurkan pada Tun Dr Mahathir? Nanti dia pakai untuk Proton dan kayakan kroni dia pula, kan? Khabarnya dia meminta berbilion ringgit untuk Proton yang bukan lagi berstatus GLC negara, benarkah?

Lagipun, secara logik akalnya, Najib merupakan salah seorang pemegang amanah bagi parti UMNO. Bila wang dimasukkan ke akaunnya, sudah tentu ada rekod masuk dan keluar wang berkenaan. Jadi, tidak perlu risau jika ia tercicir di tengah jalan seperti yang berlaku sewaktu orang lain jadi Presiden UMNO sebelum ini.

Khabarnya, wang itu digunakan untuk PRU ke-13 tempohari. Jika dihitung, RM2.6 bilion dan dibahagi-bahagikan kepada 222 kawasan Parlimen dan lebih 500 Dewan Undangan Negeri, calon yang bertanding dan perbelanjaan lain, apakah jumlah itu mencukupi? Faham?

Ada orang kata, pilihanraya di zamannya hanya menggunakan wang sebanyak RM10 juta sahaja. Percaya pada kata-kata itu? Penulis harap tidak ada yang muntah kahak hijau mendengar jumlah RM10 juta digunakan untuk PRU. Kalau nak muntah juga, sila muntah pada orang yang berkata sedemikian…

Berbalik kepada perbezaan antara sumbangan dan rasuah. Pada pandangan penulis, rasuah membabitkan perbuatan menyalahguna kuasa untuk mendapat imbuhan sama ada dalam bentuk material atau khidmat dengan memberi sesuatu kepada mereka yang meminta sesuatu atas kuasa yang ada padanya.

Sebagai contoh mudah, seorang pegawai trafik menerima sejumlah wang dari seorang pesalah trafik supaya dia tidak disaman. Maka itu dinamakan rasuah, faham?

Contoh terbaru, mana-mana individu yang membeli rumah di bawah harga pasaran ekoran kelulusan bank yang terbatas pada slip gajinya, dan walaupun tuan rumah setuju menjual rumah tersebut berdasarkan kemampuan pinjaman bank yang terhad itu, maka ia juga dianggap ‘rasuah’.

Sumbangan pula contohnya adalah seperti Kerajaan Arab Saudi memberikan RM1 juta dan tawaran menunaikan haji kepada keluarga mangsa yang terkorban dalam tragedi kren tumbang di Mekah baru-baru ini. Itulah yang dikatakan sumbangan.

Jadi, sumbangan seperti yang dilakukan Arab Saudi itu samalah juga dengan sumbangan dana politik yang diterima Najib. Negara Timur Tengah itu menghargai Najib dan suka sekiranya UMNO terus menerajui Malaysia. Mungkin kerana dasar Islam fundmental yang menjadi contoh banyak negara Islam di luar sana menyebabkan negara Timur Tengah itu menghulurkan sumbangan itu.

Lagipun, selalunya negara Islam di Timur Tengah hanya menyumbang kepada sesuatu yang bertujuan baik untuk agama Islam. Lainlah jika dana itu disumbang dari Israel, Woltfowitz, Soros dan sekutu-sekutu Yahudi di blok-blok negara barat, bukan?

anwar yahudi

Sebagai contoh, ketika berlakunya gempa bumi di Sabah, bukankah ada negara dari Timur Tengah yang menghulurkan sumbangan? Nak diharapkan dari Soros atau negara pro-Yahudi? Kirim salamlah! Lebih baik dihulur pada pihak pembangkang, kan?

Soalnya, apakah sumbangan dana politik wajar dikatakan sebagai rasuah? Jika wajar, penulis yakin bahawa semua parti di dunia ini adalah korup kerana mereka semua menerima sumbangan dana politik dari pelbagai pihak, bukan? Jangan tipulah!

Jadi, tidak perlulah untuk disindir RM2.6 bilion itu rasuah atau sumbangan. Itu kebudak-budakan namanya. Sumbanga dana politik itu secara tidak langsung adalah ‘open secret’, semua parti politik termasuk PAS, UMNO, DAP, PKR mahupun Amanah diyakini terima sumbangan dana dari pelbagai pihak.

Bila Najib cabar untuk semua parti politik dedah ‘rasuah’ dana politik yang diberi pada parti politik di Malaysia, ada pula yang tidak setuju. Kenapa? Takut? Bimbang tembelang pecah? Bimbang rakyat Malaysia dapat tahu sumber mereka dari Yahudi, kongsi gelap dan negara blok komunis? Kalau ‘bersih’ sangat, kenapa nak takut, kan?

Tidak perlulah berlagak ‘suci’ sangat. Penulis yakin, setiap wang yang keluar masuk di negara kita sememangnya diketahui dari mana sumbernya. Jika PDRM tidak tahu pun, Bank Negara mungkin tahu. Jika Bank Negara tak tahu pun, mungkin LHDN tahu. Cuma tidak digembar-gemburkan sahaja di atas terma ‘kerahsiaan’ dan undang-undang…

Sebab itulah penulis agak marah apabila ada rakyat negara kita yang bersikap kebudak-budakan yang tidak faham perbezaan antara rasuah dan sumbangan. Namun penulis ketawa semula apabila menyedari betapa ruginya pembangkang yang disokong oleh mereka yang sangat dangkal dan rendah tahap pemikirannya, kan?






16 Komen to Masih Buta Maksud Rasuah Dan Sumbangan?

  1. rockers says:

    yake.takkan nama penyumbang pun tak boleh tahu?duit baki 2.6b tu ada lg ke.atau dah tukar unit plak.mintak lokman jawab.

  2. azmi says:

    kepada Admin MYKMU janganlah risau tentang perkara ini kerana 99.99% rakyat malaysia setelah di terangkan dengan terperinci oleh Said Keruak, Jahid Hamidi dan yang seangkatan dengannya telah menerima penjelasan bahawa wang itu adalah sumbangan. Janganlah risau. PM bulehla buat kerja2 untuk membangunkan negara, tak gitu?

  3. yes yes says:

    yes yes, bodoh dan bangang pembangkang, di tambah perasa penfitnah, pendusta, terutamanya mata sepet, yang ingin kan mata sepet juga jadi PM, dan DSAI dan MAT SABU jadi badut.

    Nama penyumbang memang tak boleh sebut, nanti dari Malaysia, jadi jarum p hasut di sana pula, d sebabkan dengki, orang punya wang, parti punya wang tak payah kita sibok. Tanya DAP siapa dan berapa sumbangan dari Yahudi,Free Mansion, Soros.Bersih 4.0, siapa sponsor 1.5 juta, tak pun bagi tahu siapa.

  4. moo says:

    Org penipu takkan nak tulis “Ini duit Rasuah sumbangan kami” kot??? Bodo nya mykmu.net ni.

    Hanya org umno yg bodo dan kambing sahaja yg percaya cerita Najib ni.

  5. DAP says:

    Ari ni stress skit keje…so mykmu tempat untuk menghibirkan hati…kha kha kha…haih sampai bile la korang nk tulis bende yg logik…kesian betul aku dgn mykmu ni…tgk follower xde la ramai mane…korang syok sendiri ke ape?

  6. rockers says:

    memanglah syok.tiap2 bulan mykmu pun dpt sumbangan.siapa penyumbang tu rahsialah.nanti ada org jeles plak.

  7. Anak_Nogori says:

    La..patut lah dap dan pkr tak mahu sokong akta istiharkan dana politik.

    Rasuah rupanya.

  8. moo says:

    Patutnya mereka yg di kerusi kerajaan yg patut isytihar harta. Sbb hold to the government offices. Urus dana Kerjaan. Ini kecoh hal org lain pulak.Bila PR urus dana kerajaan pulak???

  9. Anak_Nogori says:

    Pkr dan dap bukan kerajaan juga ke moo?

  10. WTF says:

    Moooh, mana ada PR lagi

    La ni PH la, hang ni Moooh nampak sgt tak dgr kata Hadi Awang

    Untuk pengetahuan semua, Moooh kata dia org PAS

    Dan dulu aku pernah PREDICT perkara ini untuk tatapan Moooh

    WTF (February 24th, 2015 at 2:40 PM)
    LOL, UMNO takder PAKSA pun DAP terima Hudud, yg PAKSA DAP terima hukum Hudud adalah PAS!!!

    Simpan4444 sikit lilin tu Mooooh, nanti takut tak cukup Mooooh nak BAKAR LILIN bila FUCKUTAN RETARD MASUK KUBUR nnt!!!

    http://www.mykmu.net/2015/02/giliran-pas-pula-halau-dap-keluar-dari-pr/

    Jangan lupa pasang lebihan lilin yg disimpan oleh Moooh utk solitary for Anwar Ibrahim , la ni PAKATAN RAKYAT DAH MASUK KUBUR!!!

    Mueh4444

  11. WTF says:

    Jangan stress sangat saudara DAP bila mana umat Islam di Malaysia skg sudah mula BERSATU

  12. WTF says:

    Bercerita pasal wang sumbangan ni, apa jadi pada wang sumbangan TIN MILO untuk bina “lebuhraya rakyat” dari Kuala Krai- Kota Bharu

    http://www.mykmu.net/2014/01/saman-lebuhraya-rakyat-projek-main-main-pun-lunyai-rm-5-juta/

    Boleh tak sesiapa dedahkan siapakah mereka yg memberi sumbangan untuk pembinaan “lebuhraya rakyat” dari Kuala Krai- Kota Bharu???

    Bukan apa, aku nak GELAKKAN mereka yg memberi sumbangan tu KENA TIPU sampai la ni takder “lebuhraya rakyat” dari Kuala Krai- Kota Bharu

    Hehehehehe

  13. sireh ke gagang says:

    anatara golongan kebudak-budakan yg bodoh dan tak nak memahami maksud sumbangan dana politik itu , rockers , DAP & kepala segala kebodohan , MOO.

    Najib dah cabar, kalau berani , mari istihar ramai2, akaun parti masing2. kenapa pembangkang senyap ?kalau bertelur sangat , sahut saje cabaran najib.benda simple. tapi dipusing2 oleh pembangkang , budak2 suruhan mahathir ,sampai jadi pening 1 negara. memang celaka besar pembangkang & budak2 suruhan mahathir nie. kecik2 tak nk mampus , dah besar menyusahkan masyarakat.

  14. don says:

    aku nak buat kire2.. rm2.6bill bahagi dengan 222 parlimen tambah 576 bahagian dun negeri… so setiap tempat tu dapat rm3.2juta++.. hmmm… tak salah di sisi undang2 SPA untuk penggunaan duit masa pilihan raya ke?

    tak kire la duit untuk gune kearah islam ke, perangi jew DAP ke, duit tu tak sepatut nye diterima oleh najib.. bagi aku adalah salah tak kire la sesiapa pon untuk terima duit luar untuk tujuan ideologi politik mereka! tak kira dari UMNO, DAP, PAS, PAN, PKR, Bersih etc! klau kite nak berjuang politik sepatut nye dana kene datang dari sumber ahli sendiri dari dalam negara.. kalau ahli tak mampu dari segi duit mesti mampu dari segi tenaga.. kalau tak cukup jugak maknenye parti tersebut bukan lah pilihan dari rakyat.. so bertanding sekadar mampu jela..

  15. Anak_Nogori says:

    Sebab tu don…najib minta semua parti politik dinegara ini menyokong akta mengistiharkan mana2 dana politik yg mereka terima supaya ianya dijadikan undang2..bukan mcm sekarang dimana parti politik tidak diwajibkan istihar dana politik yg mereka terima…tapi sayang..dap dan pkr tidak menyokongnya…

  16. don says:

    anak negori… pedulik kan la pkr ngan dap tak sokong.. bukan diorg pegang parlimen pon.. wakil UMNO jer pon dah cukup untuk lulus kan bende nih.. najib dah war2 bende ni dari sebelum die dapat 2.6bill lagik tapi tak reform2 pon.. alasan yang diberi DAP x sokong PKR x sokong.. ape yang special sangat DAP n PKR tu? diorg pegang negara kite ke? pada aku just go ahead dengan political fund reform nih tak payah tangguh2..ini kejap orang ni tuduh dana yahudi la pak arab la shiah la wahabi la alqaeda la isis la soros la apco la semue jenis dana orang claim masuk kat negara ni.. yang dah lepas tu maybe susah kite nak tangkap or kawal tapi tak kan sampai bile2 kite nak biar orang2 ni terlepas? sepatutnye semue wakil rakyat kat parlimen kene sokong untuk reform ni sebab bende ni adalah satu cadangan yang akan menunjukkan politik kite lebih telus..

Leave a Reply

Threesome