Menu Utama

Malaysia dapat kuota tambahan haji pada saat akhir.

Kerajaan berjaya mendapat kuota tambahan sebanyak 2,100 jemaah haji muassasah dengan ihsan Arab Saudi dan telah melakukan beberapa penerbangan sejak Rabu lalu.

Pengerusi Tabung Haji (TH), Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim (gambar) berkata, TH dengan kerjasama Malaysia Airlines Berhad berjaya mengusahakan penerbangan kapal terbang jenis Airbus A380 dengan muatan 489 penumpang untuk sebuah pesawat.

“Ini adalah kali pertama penerbangan jenis A380 digunakan oleh TH untuk operasi haji. Penerbangan tambahan itu KT 66, 67 dan 68 serta beberapa penerbangan komersial telah selamat terbang sehingga 17 September dengan jumlah 1,612 orang (kuota tambahan),” katanya pada sidang akhbar di Kompleks TH Kelana Jaya, di sini hari ini.

Beliau berkata, penerbangan terakhir jemaah tambahan iaitu KT69 dijadual berlepas pada pukul 12 tengah hari esok dengan 489 jemaah.

Selain itu katanya, kuota asal jemaah haji muassasah seramai 22,320 orang telah berjaya dihantar ke tanah suci Rabu lalu dan kesemua jemaah berada dalam keadaan sihat di maktab-maktab di Mekah.

Sementara itu, Abdul Azeez berkata, TH tidak akan menghentikan usaha mencari dua jemaah haji Malaysia yang dilaporkan hilang dalam tragedi kren tumbang di Masjidil Haram pada 11 September lalu.

“Keputusan ujian deoxyribonucleic acid (DNA) bagi proses pengecaman jenazah dijangka diperoleh selewat-lewatnya tiga minggu lagi dan dalam tempoh itu kita tidak akan berhenti mencari sehingga mendapat keputusan DNA yang muktamad,” katanya.

Abdul Azeez turut memaklumkan setiap waris mangsa yang diterbangkan ke tanah suci akan diberi peluang mengerjakan haji memandangkan hari wukuf tidak lama lagi dan perbelanjaan mereka ditanggung tabung kebajikan TH.

“Mengenai jemaah yang ce­dera, kita akan membawa mereka ke Arafah dengan ambulans bagi membolehkan mereka menyempurnakan ibadah haji mereka,” katanya. – BERNAMA






Leave a Reply

Threesome