Menu Utama

Mahfuz Rupanya Tak Faham Tahaluf Politik PAS…

Saya tersengih-sengih apabila bekas Ketua Penerangan PAS, Datuk Mahfuz Omar menzahirkan kerendahan daya berfikirnya sekali lagi apabila mendakwa dirinya bagaikan “pening” dengan tahaluf siyasi PAS yang mengecam tindakan Ahli Parlimen Tumpat, Kamaruddin Jaafar yang menyertai PKR.

Otaknya melontarkan persoalan pada Malaysian Insider, sekiranya penyertaan wakil rakyat PAS ke Parti Amanah Negara (Amanah) dianggap pengkhianat oleh PAS, bagaimana pula wakil rakyat parti itu yang menyertai PKR?

Saya difahamkan bahawa kenyataan Mahfuz itu dibuat mungkin kerana dia tidak berpuas hati apabila Kamaruddin dikecam oleh para pemimpin PAS setelah membuat keputusan menyertai PKR berbanding memilih Amanah sebagai parti barunya.

Saya harian, sayang sungguh Mahfuz pada Kamaruddin Jaafar hingga tergamak mempersoal pendirian partinya sendiri? Bila dia ditanya sama ada dia hendak sertai Amanah, katanya dia mahu kekal dengan PAS. Untuk apa Mahfuz kekal bersama PAS agaknya? Apa agenda dia?

Pada saya, pemimpin PAS tidak mengecam Kamaruddin kerana dia sertai PKR. Sebaliknya, Kamaruddin dikecam kerana dia telah dikatakan telah melanggar bai’ah setelah keluar dari PAS. Dia dikecam bukan kerana dia sertai PKR.

Perkara yang sama itu jugalah yang membuatkan PAS mengecam ramai pemimpin mereka yang menyertai Amanah. Pada pandangan saya, apa yang PAS kecam itu adalah berdasarkan tindakan keluar parti dan melanggar bai’ah. Faham Mahfuz?

Maksudnya, tidak kiralah jika wakil rakyat PAS itu sertai UMNO, DAP, PKR, Amanah, PPP, Gerakan mahupun SUPP sekali pun, asalkan dia sertai parti lain maka terkeluar dari PAS secara automatik dan melanggar sumpah bai’ah yang diikrarkan.

Ada pihak yang memandang remeh pada sistem bai’ah ini. Malah ada yang mendakwa sistem bai’ah itu sebagai bida’ah dan mereka yang mengamalkannya dikatakan sesat. Justeru itu kata mereka, wakil rakyat PAS yang melanggar bai’ah itu boleh mengabaikan sumpah mereka.

Saya bukanlah seorang mufti. Namun setahu saya, sistem bai’ah itu diperkenalkan sejak di zaman Khulafa’ Ar-Rashidin, bermula dari zaman Khalifah Abu Bakar As-Siddiq. Sekiranya bai’ah itu sesat, apakah sahabat yang dijamin syurga itu juga sesat?

Pada saya, persoalan mengenai bai’ah adalah satu perkara yang besar dan sama pentingnya seperti janji, sumpah mahupun nazar. Kafarah atau tebus bayarnya haruslah setimpal dan tidak wajar diabaikan begitu sahaja.

Mungkin memandangkan Mahfuz kurang daya intelektualnya dari sudut pemahaman agama dan ruh ulama, maka saya sarankan supaya dia duduk diam-diam dari terus menunjukkan kerendahan IQnya di kalangan umum.

Sekiranya tidak faham pada sesuatu tindakan PAS itu, maka selaku Ahli Parlimen PAS, Mahfuz perlu bertanya secara tertutup pada barisan kepimpinan ulama PAS yang sekarang. Tidak sepatutnya dia melontarkan persoalan itu pada Malaysian Insider. Lagi pun, apalah yang Malaysian Insider itu tahu tentang semua itu, bukan?

Saya ingatkan, setelah tidak lagi menjawat jawatan Ketua Penerangan PAS dan Pesuruhjaya PAS Kedah, maka Mahfuz akan kerap berada di parlimen Pokok Sena. Rupa-rupanya “hampeh”…

Mungkin Mahfuz elok bertanding di Wilayah Persekutuan atau Selangor pula selepas ini. Lebih dekat dengan Parlimen, bukan? Lagipun, bukankah Mahfuz memang bercita-cita untuk menjadi Perdana Menteri. Tapi boleh menangkah dia seperti di Pokok Sena? Wallahu’alam.






7 Komen to Mahfuz Rupanya Tak Faham Tahaluf Politik PAS…

  1. luqmanhakim says:

    bro, jangan samakan baiah yg dilafaz sahabat dgn lafaz baiah yg dilafaz pemimpin PAS. Jauh sama sekali. Dulu zaman sahabat, mereka berbaiah kpd khalifah (perdana mentri) iaitu Nabi Muhammad Sallallahu alaihi wasallam.

    BUkannya berbaiah kpd penentang kerajaan apatah lagi PAS adalah parti yg menentang kerajaan Islam.

  2. jokowi says:

    Tima kacih………BUTTHOLE……..AMEEEEEEEENNNN……

  3. Pemerhati says:

    tetap bebal & terus suka cakap merapu mahfuz ini ya…aku rasa mana2 ahli(totok) PAS setuju kalau aku kata pemimpin PAS yang kata bai’ah itu sesat & bida’ah adalah golongan munafik

    aku yang bukan totok PAS anggap bai’ah PAS itu mengarut, bukan sahaja mengarut malah telah & boleh menyusahkan serta menganiayai pemimpin PAS itu sendiri kerana bai’ah PAS juga merupakan satu bentuk pencabulan & sekatan yang jelas kepada keluhuran amalan demokrasi tentang kebebasan seseorang itu untuk memilih parti politik yang dia rasa lebih baik dari parti politik yang dia sertai & menjadi ahli sekarang ini

    PAS bagai nak rak mendakwa kononnya mereka mengamalkan & memperjuangkan demokrasi(selain memperjuangkan ‘Negara Berkebajikan’) tapi bai’ah yang mereka syaratkan kepada para pemimpin/ahli parlimen/ADUN mereka adalah satu bentuk pencabulan & sekatan kepada keluhuran amalan demokrasi

    kepada totok PAS(seperti ‘bujuk’ yang entah kenapa lama menghilangkan diri)…

    1. apakah PAS masih memperjuangkan ‘Negara Islam’?

    2. bila hadi awang nak tukar ‘Negara Berkebajikan’ kepada ‘Negara Islam’ setelah hadi awang berkata ‘Negara Islam’ tiada dalam al-Qur’an?

    3. Betul ke hadi awang seorang ulama? kalau seorang ulama kenapa ‘flip-flop’ sampai begitu sekali?

  4. jokowi says:

    Ada org perhati abis-abisan, sampai Puan ‘Ainina’ main belakang pun dia buat pemerhatian……
    Tima kacih……….BUTTHOLE………AMEEEEENNNN…..

  5. Badrole Amin says:

    selain suka syok sendiri & berhalusinasi, si berak tak basuh seperti ‘jokowi’ juga bahalol tak reti membaca & tak faham komen orang lain

    hehehehehe

  6. sireh ke gagang says:

    kalau dia ni pandai , bijaksana , takkan org panggil dia MAHFUZ BEAN !!! ko pun 1 la duke. mcm lupa pulak nickname mahfuz helo helo ni. hahahaha

  7. dkds says:

    mahfuz ini mulut sahaja Pas tapi hati dah lama di liwat oleh Anwar dan DAP.

Leave a Reply

Threesome