Menu Utama

Langkah-Langkah Proaktif Ekonomi

Tiga minggu lalu, kerajaan telah menubuhkan Jawatankuasa Khas Ekonomi, yang dipengerusikan oleh Datuk Seri Wahid Omar (Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab ke atas Unit Perancangan Ekonomi) bagi menangani cabaran ekonomi semasa. Sejak itu, beberapa perbincangan telah diadakan bersama pihak-pihak yang berkepentingan untuk mendapat maklum balas mengenai kedudukan ekonomi dan kewangan negara.

Diagnostik yang tepat dan komprehensif adalah penting untuk membolehkan kerajaan merumuskan langkah-langkah proaktif yang perlu diambil untuk menstabilkan pasaran kewangan dan mengurangkan impak ketidaktentuan ekonomi global terhadap real economy (ekonomi benar) negara.

Sebagai sebuah ekonomi yang terbuka, Malaysia tidak boleh elak daripada ketidaktentuan ekonomi global. Kita telah menyaksikan ketidakstabilan dalam pasaran kewangan dunia yang memberi kesan kepada nilai mata wang ringgit. Berbanding dengan setahun yang lalu, nilai mata wang ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat telah susut sebanyak 26.3%.

Malaysia bukanlah satu-satunya negara yang mengalami kejatuhan nilai mata wangnya. Negara lain yang kaya dengan sumber asli turut berhadapan dengan situasi yang serupa. Antara sebab mengapa kita mengalami kejatuhan yang lebih serius termasuklah:

• Pengukuhan nilai mata wang dolar Amerika berikutan perkembangan ekonomi di Amerika Syarikat serta jangkaan peningkatan kadar faedahnya yang menarik keluar aliran pelaburan yang sebelum ini telah masuk ke dalam pasaran negara-negara membangun atau emerging markets.

• Kejatuhan harga komoditi minyak dan gas serta lain-lain komoditi seperti minyak sawit dan getah. Pada masa ini, kita merupakan pengeksport bersih minyak dan gas. Oleh itu, apabila harga minyak Brent jatuh sebanyak 52% daripada AS$100 setong pada 2014 kepada AS$48 setong pada 10 September 2015, nilai tukaran ringgit turut terjejas.

• Penyederhanaan ekonomi Republik Rakyat China yang merupakan rakan dagangan utama negara kita serta penurunan nilai mata wang Renminbi turut memberi kesan yang ketara kepada ringgit.

• Selain tiga faktor ini, sentimen mengenai perkembangan semasa dalam negeri turut memberi kesan kepada penyusutan ringgit. Sentimen ini juga telah digunakan oleh sesetengah pihak untuk dipolitikkan.

Pada masa sama, terdapat pelbagai cabaran lain yang kita hadapi antaranya jangkaan penurunan hasil kerajaan disebabkan kejatuhan harga minyak mentah dunia; akaun semasa imbangan pembayaran yang semakin mengecil; dan kenaikan kos sara hidup, terutamanya bagi golongan isi rumah berpendapatan 40% terbawah.

Walaupun berdepan dengan ketidaktentuan global dan cabaran dalam negeri, kedudukan ekonomi Malaysia kini adalah lebih baik dan jauh berbeza daripada ketika negara mengalami krisis kewangan Asia pada tahun 1997/1998 :-

• Struktur ekonomi negara telah dipelbagaikan, di mana sektor-sektor berasaskan komoditi iaitu pertanian dan perlombongan termasuk minyak dan gas kini menyumbang hanya 18.2% kepada KDNK berbanding 26.9% pada tahun 1998.

• Ekonomi negara terus berkembang dengan pertumbuhan sebanyak 5.3% bagi separuh tahun pertama 2015 dan dijangka akan mencapai sasaran pertumbuhan yang masih kukuh antara 4.5% hingga 5.5% bagi keseluruhan tahun ini. Ekonomi negara dijangka terus berkembang pada tahun 2016 berbanding dengan penguncupan atau negatif 7.4% pada tahun 1998.

• Walaupun kadar inflasi telah meningkat sedikit berikutan dengan pelaksanaan GST, ia masih terkawal pada kadar 3.3% setahun pada Julai 2015 berbanding 5.3% semasa 1998.

• Kadar pengangguran pula stabil pada kadar 3.1% pada Jun, iaitu masih pada tahap guna tenaga penuh.

• Rizab antarabangsa kini berjumlah RM357.7 bilion (AS$94.7 bilion) dan mencukupi untuk membiayai 7.4 bulan import tertangguh dan bersamaan sekali saiz hutang luar negeri jangka pendek. Ini berbanding rizab antarabangsa kita yang hanya berada pada paras RM59.1 bilion (AS$21.7 bilion) pada Disember 1997 dan mencukupi untuk membiayai hanya 3.2 bulan import tertangguh.

• Kejatuhan nilai mata wang ringgit dijangka tidak memberi kesan yang besar kepada jumlah hutang Kerajaan Persekutuan memandangkan 97% daripada jumlah hutang berkenaan adalah dalam denominasi ringgit dan sebahagian besarnya dibiayai daripada sumber tempatan.

Sistem kewangan dan perbankan kita di bawah seliaan Bank Negara Malaysia, kini lebih kukuh dengan tadbir urus dan amalan pengurusan risiko yang mantap.

• Bank-bank kita mempunyai nis­bah jumlah modal sebanyak 15.4% yang jauh melebihi paras kawalan seliaan minimum sebanyak 8%.

• Nisbah hutang belum berbayar (NPL) kini adalah rendah sebanyak 1.2% berbanding 4.7% pada tahun 1997 yang kemudiannya merosot ke paras 13.6% pada akhir 1998.

• Struktur pasaran modal kita lebih pelbagai (diversified) dan berimbang, dengan terdapatnya lebih ramai pelabur institusi tempatan dalam kedua-dua pasaran ekuiti dan bon. Pengukuhan pasaran modal negara dicerminkan oleh penurunan dalam nisbah permodalan pasaran daripada 350% kepada KDNK semasa 1998 kepada sekitar 130% pada September 2015.

• Nisbah keberhutangan syarikat yang tersenarai di Bursa Malaysia pula telah berkurangan kepada hanya 0.56 berbanding dengan nisbah sebanyak 0.83 semasa krisis.

• Pasaran modal negara juga kini lebih kukuh berikutan pelbagai langkah yang telah diambil oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia dan Bursa Malaysia untuk memantapkan tadbir urus korporat, pengurusan pasaran dan rangka kerja kawal selia yang ketat yang dapat mengelakkan aktiviti manipulasi.

Ini termasuk peraturan berkaitan aktiviti Regulated Short Selling yang tidak membenarkan aktiviti short selling tanpa sekuriti serta lain-lain peraturan sedia ada.

Memandangkan kedua-dua sistem perbankan dan pasaran modal negara kini lebih berdaya tahan dan mampu untuk menghadapi ketidaktentuan ekonomi, ingin saya tegaskan sekali lagi bahawa kerajaan tidak berhasrat untuk memperkenalkan kawalan modal.

Walau bagaimanapun, terdapat tanda-tanda penyederhanaan dalam pertumbuhan ekonomi dunia pada tahun 2015 dan 2016. Oleh itu, bagi melindungi real economy (ekonomi benar) daripada kesan risiko ini dan mengekalkan momentum pertumbuhan ekonomi seperti yang disasarkan, kerajaan telah membuat keputusan untuk memperkenalkan langkah-langkah proaktif sebagai inisiatif awal jangka pendek dan jangka sederhana. Langkah-langkah lain sedang dirumuskan dan akan diumumkan dari semasa ke semasa.

Menstabilkan Pasaran Kewangan

Sejak negara pulih dari krisis kewangan Asia 1997/1998, banyak syarikat swasta dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) telah berjaya mengembangkan perniagaan dan mempertingkatkan pelaburan mereka ke luar negara, di mana jumlahnya kini adalah lebih besar daripada pelaburan langsung asing di dalam negara. Setakat Jun 2015, Malaysia merupakan pengeksport bersih modal, di mana pelaburan langsung di luar negara adalah berjumlah RM522 bilion berbanding dengan pelaburan langsung asing berjumlah RM477 bilion. Kebanyakan daripada syarikat tersebut telah memperoleh keuntungan daripada pelaburan yang dibuat dan inilah masa untuk mereka membawanya pulang ke dalam negara.

Bagi memastikan kestabilan pa­saran kewangan, GLC dan Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan (GLIC) adalah digalakkan untuk menzahirkan keuntungan daripada pelaburan mereka di luar negara untuk dilaburkan di dalam negeri dalam projek yang mempunyai nilai pengganda yang tinggi. Syarikat swasta Malaysia juga digesa untuk mengambil langkah yang serupa.

Pada 2002, ValueCap telah ditubuhkan sebagai entiti untuk menyokong saham yang di bawah nilai pasaran dan didapati berkesan dalam menstabilkan pasaran ekuiti.

ValueCap juga telah memberikan pulangan yang tinggi kepada pemegang sahamnya, seperti Permodalan Nasional Berhad (PNB), Kumpulan Wang Persaraan Diperbadankan (KWAP) dan Khazanah Nasional Berhad. Dengan itu, kerajaan akan mengaktifkan semula ValueCap dengan dana sebanyak RM20 bilion.

Menyokong Aktiviti Perniagaan

Tidak semua sektor terjejas de­ngan kejatuhan nilai mata wang ringgit ini. Terdapat juga sektor-sektor yang menerima manfaat daripadanya. Sebagai contoh, penyusutan dalam nilai mata wang ringgit telah mengimbangi kesan dalam kejatuhan harga minyak sawit.

Sektor pelancongan juga sedang meraih faedah. Namun begitu, kerajaan sedar penurunan mata wang ringgit akan meningkatkan kos input yang diimport dan keperluan modal kerja.

Untuk membantu perniagaan, terutamanya perusahaan kecil dan sederhana(PKS), langkah-langkah berikut akan diambil:

• Skim Jaminan Modal Kerja akan dipertingkatkan untuk membantu PKS. Selain daripada RM5 bilion jaminan yang telah disediakan bagi sektor perkhidmatan, jaminan tambahan sebanyak RM2 bilion akan disediakan bagi sektor-sektor lain.

• Pengecualian duti import akan diberi ke atas 90 baris tarif yang terdiri daripada alat ganti, bahan guna habis dan peralatan penyelidikan yang tidak dikeluarkan dalam negara dan adalah khusus untuk sektor perkilangan, sehingga ekonomi global pulih.

Ini merupakan tambahan kepada 319 baris tarif yang telah pun diberikan pengecualian duti import. Adalah dianggarkan lebih 900 buah syarikat pengilang akan menikmati penjimatan kos operasi tahunan di antara RM100,000 hingga RM500,000 lanjutan daripada kemudahan ini.

• PKS boleh memohon untuk menstruktur dan menjadualkan se­mula pinjaman perniagaan daripada institusi pembiaya atau melalui Skim Penyelesaian Pinjaman Kecil (SPPK) di Bank Negara Malaysia, sekiranya perlu.

• Untuk merancakkan pelaburan domestik dan asing di Malaysia, Dana Pelaburan Strategik Domestik (DISF) akan diteruskan dengan peruntukan tambahan sebanyak RM1 bilion dalam tempoh Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK-11). Dana ini bertujuan untuk mempercepatkan peralihan syarikat-syarikat domestik kepada industri yang bernilai ditambah tinggi, berteknologi tinggi, berintensifkan pengetahuan dan berasaskan inovasi.

Bagi menggalakkan lagi sektor pelancongan, termasuk pelancongan kesihatan, kerajaan akan:

• Menambah peruntukan seba­nyak RM80 juta bagi memperhebatkan aktiviti promosi di pasaran terpilih, seperti negara ASEAN, China dan India.

• Memberi pengecualian visa kepada pelancong dari negara China yang masuk secara berkumpulan bermula 1 Oktober 2015 sehingga 31 Mac 2016. Selanjutnya, pemberian visa akan dipermudahkan lagi kepada pelancong daripada negara pengunjung utama, dengan pengenalan sistem e-visa.

• Membangun produk ikonik, di antaranya:-

– Memberi nafas baru kepada Muzium Negara, Tugu Negara dan Taman Tasik Perdana serta menambah baik ketersambungan dengan KL Sentral dengan kos projek sebanyak RM1.1 bilion. Ini adalah untuk memenuhi potensi produk pelancongan berasaskan kebudayaan dan warisan yang akan dilaksanakan melalui kaedah Perkongsian Awam-Swasta bermula tahun 2016 dengan dana pemudah cara sebanyak RM220 juta.

– Kedua, pembangunan bersepadu Desaru Coast Destination Resort yang merangkumi hotel, taman tema air, pusat persidangan serta pembangunan rumah percutian dan perkampungan membeli-belah dengan kos projek sebanyak RM4.5 bilion untuk fasa 1.

• Pembangunan industri pelancongan kesihatan Malaysia yang telah banyak mendapat pengiktirafan antarabangsa akan diperhebatkan. Langkah-langkah yang terperinci akan diumumkan dalam Bajet 2016 kelak.

Meningkatkan Kesejahteraan Rakyat

Bagi membantu isi rumah menangani kenaikan kos sara hidup, terutamanya bagi golongan berpendapatan rendah, langkah-langkah berikut akan diambil:

• Menambahkan bilangan kedai yang menyediakan perkhidmatan dan barangan pada harga yang berpatutan seperti Kedai Rakyat 1Malaysia, Kedai Kain 1Malaysia, Menu 1Malaysia dan Kedai Buku 1Malaysia. Pada masa ini, terdapat sejumlah 169 buah Kedai Rakyat 1Malaysia. Bilangannya akan ditambah sebanyak 25 buah lagi pada 2015 dan 12 buah pada 2016 di seluruh negara.

• Setakat ini kerajaan telah menyediakan 326 buah Klinik 1Malaysia. Kerajaan sedang menyediakan 16 buah lagi Klinik 1Malaysia pada 2015 dan 33 buah pada 2016.

• Peminjam individu boleh memohon melalui Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) untuk menstruktur dan menjadualkan semula pinjaman daripada institusi pembiaya ma­sing-masing, sekiranya perlu.

• Kerajaan akan mempercepatkan pembinaan rumah-rumah mampu milik untuk memastikan kesejahteraan rakyat. Dalam pada itu, Bank Simpanan Nasional de­ngan kerjasama Kementerian Ke­­wangan menawarkan Skim Pe­rumahan Belia untuk 20,000 pasangan belia berumur 25 hingga 40 tahun yang sudah berkahwin untuk memiliki rumah pertama mereka.

Dalam skim ini, insentif seba­nyak RM200 sebulan selama 2 tahun akan diberi kepada mereka bagi menampung ansuran bulanan pinjaman. Skim ini ditawarkan kepada pasangan berpendapatan bulanan yang kurang daripada RM10,000 dan bagi hartanah yang bernilai antara RM100,000 hingga RM500,000.

Walaupun kadar pengangguran masih berada pada tahap terkawal, masih terdapat isu pengangguran terutama dalam kalangan graduan. Oleh itu, langkah-langkah berikut akan diambil:

• Bagi meningkatkan kebolehpasaran graduan, program Skim Latihan 1Malaysia (SL1M) dan Skim Pengurusan Kebolehpasaran Graduan (GEMS) akan ditingkatkan untuk meliputi lebih 10,000 gra­duan pada 2015 dan 15,000 graduan pada 2016 dengan bantuan GLC dan sektor swasta sebagai sebahagian tanggungjawab sosial korporat mereka dengan kos berjumlah sekitar RM500 juta. Graduan ini bukan sahaja akan diberi latihan praktikal di tempat kerja, malah mereka juga akan diberi latihan dalam aspek seperti komunikasi, bahasa serta teknologi maklumat dan telekomunikasi (ICT).

• Penggunaan Tabung Pembangunan Sumber Manusia (HRDF) yang pada masa ini berjumlah RM1.38 bilion akan diperluas dan dipertingkatkan lagi untuk melaksanakan program latihan semula dan peningkatan kemahiran pekerja yang diberhentikan oleh majikan yang berdaftar.

Meningkatkan Integriti Institusi

Kerajaan komited untuk meningkatkan integriti institusi bagi mengekalkan keyakinan rakyat dan pelabur terhadap ekonomi negara. Isu 1MDB akan terus ditangani dengan pendekatan yang telus dan mesra pasaran.

Sebagai contoh, pelupusan ke­pentingan 1MDB dalam syarikat Edra Global Energy dilaksanakan melalui proses bidaan terbuka dan kini berada dalam peringkat ter­akhir, di mana semua tawaran yang diterima termasuk dari luar negara, mencerminkan nilai pasaran.

Pendekatan yang sama juga diguna pakai dalam pembangunan Bandar Malaysia oleh 1MDB. Kerajaan akan terus komited dalam membantu menyelesaikan penyiasatan berhubung dengan pelaburan 1MDB secara telus.

Selain langkah-langkah yang dinyatakan seperti di atas, kerajaan juga sedang menimbang langkah-langkah jangka sederhana, termasuk menangani peningkatan bilangan pekerja asing yang kurang mahir yang turut menyumbang kepada aliran keluar tunai seba­nyak RM28 bilion pada 2014 serta melembapkan pertumbuhan kadar upah tempatan.

Kerajaan juga akan memper­kenalkan langkah-langkah untuk meningkatkan pendapatan dan kesejahteraan golongan isi rumah berpendapatan 40% terbawah.

Kerajaan akan sentiasa memantau perkembangan ekonomi dan meminimumkan kesan daripada ketidaktentuan ekonomi global ke atas ekonomi negara. Walaupun dengan adanya pelaksanaan langkah-langkah proaktif ini, kerajaan masih terus komited melaksanakan konsolidasi fiskal untuk mencapai sasaran defisit fiskal yang lebih rendah sebanyak 3.2% kepada KDNK pada tahun ini, berbanding 3.4% pada 2014.

Komitmen kerajaan untuk meneruskan konsolidasi fiskal ini, akan tetap dilaksanakan pada tahun ini dan tahun-tahun seterusnya.

Selain itu, Bajet 2016 yang sedang digubal oleh kerajaan, akan mengandungi langkah-langkah tam­bahan bagi memperkukuhkan daya-saing ekonomi negara bagi menghadapi cabaran global dan domestik yang dihadapi.

Bajet 2016 akan turut memastikan kesejahteraan hidup rakyat diutamakan, terutamanya penyediaan rumah mampu milik dan kos sara hidup yang berpatutan.

Projek-projek pembangunan akan disusun semula dengan keutamaan diberikan kepada projek yang mempunyai nilai pengganda dan kandungan tempatan yang tinggi serta berupaya menjana peluang pekerjaan yang berpendapatan tinggi. Perbelanjaan optimum akan dilaksanakan tanpa menjejaskan penyampaian perkhidmatan Kerajaan.

Saya pasti kita akan dapat mengharungi cabaran semasa sekiranya kita bersatu hati, berpadu tenaga dan terus yakin dengan kemam­puan kita. Insya-Allah.

Tiga minggu lalu, kerajaan telah menubuhkan Jawatankuasa Khas Ekonomi, yang dipengerusikan oleh Datuk Seri Wahid Omar (Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab ke atas Unit Perancangan Ekonomi) bagi menangani cabaran ekonomi semasa. Sejak itu, beberapa perbincangan telah diadakan bersama pihak-pihak yang berkepentingan untuk mendapat maklum balas mengenai kedudukan ekonomi dan kewangan negara.

Diagnostik yang tepat dan komprehensif adalah penting untuk membolehkan Kerajaan merumuskan langkah-langkah pro-aktif yang perlu diambil untuk menstabilkan pasaran kewangan dan mengurangkan impak ketidaktentuan ekonomi global terhadap real economy (ekonomi benar) negara.

Sebagai sebuah ekonomi yang terbuka, Malaysia tidak boleh elak daripada ketidaktentuan ekonomi global. Kita telah menyaksikan ketidakstabilan dalam pasaran kewangan dunia yang memberi kesan kepada nilai mata wang ringgit. Berbanding dengan setahun yang lalu, nilai mata wang ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat telah susut sebanyak 26.3%.

Malaysia bukanlah satu-satunya negara yang mengalami kejatuhan nilai mata wangnya. Negara lain yang kaya dengan sumber asli turut berhadapan dengan situasi yang serupa. Antara sebab mengapa kita mengalami kejatuhan yang lebih serius termasuklah:

• Pengukuhan nilai mata wang dolar Amerika berikutan perkembangan ekonomi di Amerika Syarikat serta jangkaan peningkatan kadar faedahnya yang menarik keluar aliran pelaburan yang sebelum ini telah masuk ke dalam pasaran negara-negara membangun atau emerging markets.

• Kejatuhan harga komoditi minyak dan gas serta lain-lain komoditi seperti minyak sawit dan getah. Pada masa ini, kita merupakan pengeksport bersih minyak dan gas. Oleh itu, apabila harga minyak Brent jatuh sebanyak 52% daripada USD100 setong pada 2014 kepada USD48 setong pada 10 September 2015, nilai tukaran ringgit turut terjejas.

• Penyederhanaan ekonomi Republik Rakyat China yang merupakan rakan dagangan utama negara kita serta penurunan nilai mata wang Renminbi turut memberi kesan yang ketara kepada ringgit.

• Selain tiga faktor ini, sentimen mengenai perkembangan semasa dalam negeri turut memberi kesan kepada penyusutan ringgit. Sentimen ini juga telah digunakan oleh sesetengah pihak untuk dipolitikkan.

Pada masa yang sama, terdapat pelbagai cabaran lain yang kita hadapi antaranya jangkaan penurunan hasil Kerajaan disebabkan kejatuhan harga minyak mentah dunia; akaun semasa imbangan pembayaran yang semakin mengecil; dan kenaikan kos sara hidup, terutamanya bagi golongan isi rumah berpendapatan 40% terbawah.

Walaupun berdepan dengan ketidaktentuan global dan cabaran dalam negeri, kedudukan ekonomi Malaysia kini adalah lebih baik dan jauh berbeza daripada ketika negara mengalami krisis kewangan Asia pada tahun 1997/1998 :-

• Struktur ekonomi negara telah dipelbagaikan, di mana sektor-sektor berasaskan komoditi iaitu pertanian dan perlombongan termasuk minyak dan gas kini menyumbang hanya 18.2% kepada KDNK berbanding 26.9% pada tahun 1998.

• Ekonomi negara terus berkembang dengan pertumbuhan sebanyak 5.3% bagi separuh tahun pertama 2015 dan dijangka akan mencapai sasaran pertumbuhan yang masih kukuh antara 4.5% hingga 5.5% bagi keseluruhan tahun ini. Ekonomi negara dijangka akan terus berkembang pada tahun 2016 berbanding dengan penguncupan atau negatif 7.4% pada tahun 1998.

• Walaupun kadar inflasi telah meningkat sedikit berikutan dengan pelaksanaan GST, ia masih terkawal pada kadar 3.3% setahun pada Julai 2015 berbanding 5.3% semasa 1998.

• Kadar pengangguran pula stabil pada kadar 3.1% pada bulan Jun, iaitu masih pada tahap guna tenaga penuh.

• Rizab antarabangsa kini berjumlah RM357.7 bilion (USD94.7 bilion) dan mencukupi untuk membiayai 7.4 bulan import tertangguh dan bersamaan sekali saiz hutang luar negeri jangka pendek. Ini berbanding rizab antarabangsa kita yang hanya berada pada paras RM59.1 bilion (USD21.7 bilion) pada Disember 1997 dan mencukupi untuk membiayai hanya 3.2 bulan import tertangguh.

• Kejatuhan nilai mata wang ringgit dijangka tidak memberi kesan yang besar kepada jumlah hutang Kerajaan Persekutuan memandangkan 97% daripada jumlah hutang berkenaan adalah dalam denominasi ringgit dan sebahagian besarnya dibiayai daripada sumber tempatan.

Sistem kewangan dan perbankan kita di bawah seliaan Bank Negara Malaysia, kini lebih kukuh dengan tadbir urus dan amalan pengurusan risiko yang mantap.

• Bank-bank kita mempunyai nisbah jumlah modal sebanyak 15.4% yang jauh melebihi paras kawalan seliaan minimum sebanyak 8%.

• Nisbah hutang belum berbayar (NPL) kini adalah rendah sebanyak 1.2% berbanding 4.7% pada tahun 1997 yang kemudiannya merosot ke paras 13.6% pada akhir 1998.

• Struktur pasaran modal kita lebih pelbagai (diversified) dan berimbang, dengan terdapatnya lebih ramai pelabur institusi tempatan dalam kedua-dua pasaran ekuiti dan bon. Pengukuhan pasaran modal negara dicerminkan oleh penurunan dalam nisbah permodalan pasaran daripada 350% kepada KDNK semasa 1998 kepada sekitar 130% pada September 2015.

• Nisbah keberhutangan syarikat yang tersenarai di Bursa Malaysia pula telah berkurangan kepada hanya 0.56 berbanding dengan nisbah sebanyak 0.83 semasa krisis.

• Pasaran modal negara juga kini lebih kukuh berikutan pelbagai langkah yang telah diambil oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia dan Bursa Malaysia untuk memantapkan tadbir urus korporat, pengurusan pasaran dan rangka kerja kawal selia yang ketat yang dapat mengelakkan aktiviti manipulasi. Ini termasuk peraturan berkaitan aktiviti Regulated Short Selling yang tidak membenarkan aktiviti short selling tanpa sekuriti serta lain-lain peraturan sedia ada.

Memandangkan kedua-dua sistem perbankan dan pasaran modal negara kini lebih berdaya tahan dan mampu untuk menghadapi ketidaktentuan ekonomi, ingin saya tegaskan sekali lagi bahawa Kerajaan tidak berhasrat untuk memperkenalkan kawalan modal.

Walau bagaimanapun, terdapat tanda-tanda penyederhanaan dalam pertumbuhan ekonomi dunia pada tahun 2015 dan 2016. Oleh itu, bagi melindungi real economy (ekonomi benar) daripada kesan risiko ini dan mengekalkan momentum pertumbuhan ekonomi seperti yang disasarkan, Kerajaan telah membuat keputusan untuk memperkenalkan langkah-langkah pro-aktif sebagai inisiatif awal jangka pendek dan jangka sederhana. Langkah-langkah lain sedang dirumuskan dan akan diumumkan dari masa ke semasa.

Menstabilkan Pasaran

Kewangan

Sejak negara pulih dari krisis kewangan Asia 1997/1998, banyak syarikat swasta dan syarikat berkaitan Kerajaan (GLC) telah berjaya mengembangkan perniagaan dan mempertingkatkan pelaburan mereka ke luar negara, di mana jumlahnya kini adalah lebih besar daripada pelaburan langsung asing di dalam negara. Setakat Jun 2015, Malaysia merupakan pengeksport bersih modal, di mana pelaburan langsung di luar negara adalah berjumlah RM522 bilion berbanding dengan pelaburan langsung asing berjumlah RM477 bilion. Kebanyakan daripada syarikat tersebut telah memperoleh keuntungan daripada pelaburan yang dibuat dan inilah masa untuk mereka membawanya pulang ke dalam negara.

Bagi memastikan kestabilan pasaran kewangan, GLC dan Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan (GLIC) adalah digalakkan untuk menzahirkan keuntungan daripada pelaburan mereka di luar negara untuk dilaburkan di dalam negeri dalam projek yang mempunyai nilai pengganda yang tinggi. Syarikat swasta Malaysia juga digesa untuk mengambil langkah yang serupa.

Pada 2002, ValueCap telah ditubuhkan sebagai entiti untuk menyokong saham yang di bawah nilai pasaran dan didapati berkesan dalam menstabilkan pasaran ekuiti. ValueCap juga telah memberikan pulangan yang tinggi kepada pemegang sahamnya, seperti Permodalan Nasional Berhad (PNB), Kumpulan Wang Persaraan Diperbadankan (KWAP) dan Khazanah Nasional Berhad. Dengan itu, Kerajaan akan mengaktifkan semula ValueCap dengan dana sebanyak RM20 bilion.

Menyokong Aktiviti Perniagaan

Tidak semua sektor terjejas dengan kejatuhan nilai mata wang ringgit ini. Terdapat juga sektor-sektor yang menerima manfaat daripadanya. Sebagai contoh, penyusutan dalam nilai mata wang ringgit telah mengimbangi kesan dalam kejatuhan harga minyak sawit. Sektor pelancongan juga sedang meraih faedah. Namun begitu, kerajaan sedar penurunan mata wang ringgit akan meningkatkan kos input yang diimport dan keperluan modal kerja.

Untuk membantu perniagaan, terutamanya perusahaan kecil dan sederhana(PKS), langkah-langkah berikut akan diambil:

• Skim Jaminan Modal Kerja akan dipertingkatkan untuk membantu PKS. Selain daripada RM5 bilion jaminan yang telah disediakan bagi sektor perkhidmatan, jaminan tambahan sebanyak RM2 bilion akan disediakan bagi sektor-sektor lain.

• Pengecualian duti import akan diberi ke atas 90 baris tarif yang terdiri daripada alat ganti, bahan guna habis dan peralatan penyelidikan yang tidak dikeluarkan dalam negara dan adalah khusus untuk sektor perkilangan, sehingga ekonomi global pulih. Ini merupakan tambahan kepada 319 baris tarif yang telah pun diberikan pengecualian duti import. Adalah dianggarkan lebih 900 buah syarikat pengilang akan menikmati penjimatan kos operasi tahunan di antara RM100,000 hingga RM500,000 lanjutan daripada kemudahan ini.

• PKS boleh memohon untuk menstruktur dan menjadualkan semula pinjaman perniagaan daripada institusi pembiaya atau melalui Skim Penyelesaian Pinjaman Kecil (SPPK) di Bank Negara Malaysia, sekiranya perlu.

• Untuk merancakkan pelaburan domestik dan asing di Malaysia, Dana Pelaburan Strategik Domestik (DISF) akan diteruskan dengan peruntukan tambahan sebanyak RM1 bilion dalam tempoh Rancangan Malaysia Kesebelas. Dana ini bertujuan untuk mempercepatkan peralihan syarikat-syarikat domestik kepada industri yang bernilai ditambah tinggi, berteknologi tinggi, berintensifkan pengetahuan dan berasaskan inovasi.

Bagi menggalakkan lagi sektor pelancongan, termasuk pelancongan kesihatan, Kerajaan akan:

• Menambah peruntukan sebanyak RM80 juta bagi memperhebatkan aktiviti promosi di pasaran terpilih, seperti negara ASEAN, China dan India.

• Memberi pengecualian visa kepada pelancong dari negara China yang masuk secara berkumpulan bermula 1 Oktober 2015 sehingga 31 Mac 2016. Selanjutnya, pemberian visa akan dipermudahkan lagi kepada pelancong daripada negara pengunjung utama, dengan pengenalan sistem e-visa.

• Membangun produk ikonik, di antaranya:-

– Memberi nafas baru kepada Muzium Negara, Tugu Negara dan Taman Tasik Perdana serta menambah baik ketersambungan dengan KL Sentral dengan kos projek sebanyak RM1.1 bilion. Ini adalah untuk memenuhi potensi produk pelancongan berasaskan kebudayaan dan warisan yang akan dilaksanakan melalui kaedah Perkongsian Awam-Swasta bermula tahun 2016 dengan dana pemudah cara sebanyak RM220 juta.

– Kedua, pembangunan bersepadu Desaru Coast Destination Resort yang merangkumi hotel, taman tema air, pusat persidangan serta pembangunan rumah percutian dan perkampungan membeli-belah dengan kos projek sebanyak RM4.5 bilion untuk fasa 1.

• Pembangunan industri pelancongan kesihatan Malaysia yang telah banyak mendapat pengiktirafan antarabangsa akan diperhebatkan. Langkah-langkah yang terperinci akan diumumkan dalam Bajet 2016 kelak.

Meningkatkan Kesejahteraan Rakyat

13. Bagi membantu isi rumah menangani kenaikan kos sara hidup, terutamanya bagi golongan berpendapatan rendah, langkah-langkah berikut akan diambil:

• Menambahkan bilangan kedai yang menyediakan perkhidmatan dan barangan pada harga yang berpatutan seperti Kedai Rakyat 1Malaysia, Kedai Kain

1Malaysia, Menu 1Malaysia dan Kedai Buku 1Malaysia. Pada masa ini, terdapat sejumlah 169 buah Kedai Rakyat 1Malaysia. Bilangannya akan ditambah sebanyak 25 buah lagi pada 2015 dan 12 buah pada 2016 di seluruh negara.

• Setakat ini kerajaan telah menyediakan 326 buah Klinik 1Malaysia. Kerajaan sedang menyediakan 16 buah lagi Klinik 1Malaysia pada 2015 dan 33 buah pada 2016.

• Peminjam individu boleh memohon melalui Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) untuk menstruktur dan menjadualkan semula pinjaman daripada institusi pembiaya masing-masing, sekiranya perlu.

• Kerajaan akan mempercepatkan pembinaan rumah-rumah mampu milik untuk memastikan kesejahteraan rakyat. Dalam pada itu, Bank Simpanan Nasional dengan kerjasama Kementerian Kewangan menawarkan Skim Perumahan Belia untuk 20,000 pasangan belia berumur 25 hingga 40 tahun yang sudah berkahwin untuk memiliki rumah pertama mereka. Dalam skim ini, insentif sebanyak RM200 sebulan selama 2 tahun akan diberi kepada mereka bagi menampung ansuran bulanan pinjaman. Skim ini ditawarkan kepada pasangan berpendapatan bulanan yang kurang daripada RM10,000 dan bagi hartanah yang bernilai antara RM100,000 hingga RM500,000.

Walaupun kadar pengangguran masih berada pada tahap terkawal, masih terdapat isu pengangguran terutama dalam kalangan graduan. Oleh itu, langkah-langkah berikut akan diambil:

• Bagi meningkatkan kebolehpasaran graduan, program Skim Latihan 1Malaysia (SL1M) dan Skim Pengurusan Kebolehpasaran Graduan (GEMS) akan ditingkatkan untuk meliputi lebih 10,000 gra­duan pada 2015 dan 15,000 graduan pada 2016 dengan bantuan GLC dan sektor swasta sebagai sebahagian tanggungjawab sosial korporat mereka dengan kos berjumlah sekitar RM500 juta. Graduan ini bukan sahaja akan diberi latihan praktikal di tempat kerja, malah mereka juga akan diberi latihan dalam aspek seperti komunikasi, bahasa serta teknologi maklumat dan telekomunikasi (ICT).

• Penggunaan Tabung Pembangunan Sumber Manusia (HRDF) yang pada masa ini berjumlah RM1.38 bilion akan diperluas dan dipertingkatkan lagi untuk melaksanakan program latihan semula dan peningkatan kemahiran pekerja yang diberhentikan oleh majikan yang berdaftar.

Meningkatkan Integriti Institusi

Kerajaan komited untuk meningkatkan integriti institusi bagi mengekalkan keyakinan rakyat dan pelabur terhadap ekonomi negara. Isu 1MDB akan terus ditangani dengan pendekatan yang telus dan mesra pasaran. Sebagai contoh, pelupusan kepentingan 1MDB dalam syarikat Edra Global Energy dilaksanakan melalui proses bidaan terbuka dan kini berada dalam peringkat terakhir, di mana semua tawaran yang diterima termasuk dari luar negara, mencerminkan nilai pasaran. Pendekatan yang sama juga diguna pakai dalam pembangunan Bandar Malaysia oleh 1MDB. Kerajaan akan terus komited dalam membantu menyelesaikan penyiasatan berhubung dengan pelaburan 1MDB secara telus.

Selain daripada langkah-langkah yang dinyatakan seperti di atas, kerajaan juga sedang menimbang langkah-langkah jangka sederhana, termasuk menangani peningkatan bilangan pekerja asing yang kurang mahir yang turut menyumbang kepada aliran keluar tunai sebanyak RM28 bilion pada 2014 serta melembapkan pertumbuhan kadar upah tempatan. Kerajaan juga akan memperkenalkan langkah-langkah untuk meningkatkan pendapatan dan kesejahteraan golongan isi rumah berpendapatan 40% terbawah.

Kerajaan akan sentiasa memantau perkembangan ekonomi dan meminimumkan kesan daripada ketidaktentuan ekonomi global ke atas ekonomi negara. Walaupun dengan adanya pelaksanaan langkah-langkah proaktif ini, kerajaan masih terus komited melaksanakan konsolidasi fiskal untuk mencapai sasaran defisit fiskal yang lebih rendah sebanyak 3.2% kepada KDNK pada tahun ini, berbanding 3.4% pada 2014. Komitmen Kerajaan untuk meneruskan konsolidasi fiskal ini, akan tetap dilaksanakan pada tahun ini dan tahun-tahun seterusnya.

Selain itu, Bajet 2016 yang sedang digubal oleh kerajaan, akan mengandungi langkah-langkah tambahan bagi memperkukuhkan daya-saing ekonomi negara bagi menghadapi cabaran global dan domestik yang dihadapi. Bajet 2016 akan turut memastikan kesejahteraan hidup rakyat diutamakan, terutamanya penyediaan rumah mampu milik dan kos sara hidup yang berpatutan.

Projek-projek pembangunan akan disusun semula dengan keutamaan diberikan kepada projek yang mempunyai nilai pengganda dan kandungan tempatan yang tinggi serta berupaya menjana peluang pekerjaan yang berpendapatan tinggi. Perbelanjaan optimum akan dilaksanakan tanpa menjejaskan penyampaian perkhidmatan Kerajaan.

Saya pasti kita akan dapat mengharungi cabaran semasa sekiranya kita bersatu hati, berpadu tenaga dan terus yakin dengan kemampuan kita. Insya-Allah.

Ucapan Perdana Menteri, 
Datuk Seri Najib Tun Razak 
ketika mengumumkan langkah-langkah proaktif ekonomi 
Malaysia, di Putrajaya, semalam.






Satu Komen to Langkah-Langkah Proaktif Ekonomi

  1. […] Link 4: http://www.mykmu.net/2015/09/langkah-langkah-proaktif-ekonomi/ […]

Leave a Reply

Threesome