Menu Utama

Krisis Pelarian: Kemanusian Di Eropah Hanya Tentang Gay

6747950-3x2-340x227

KRISIS kemanusiaan akibat lambakan pelarian dari Asia Barat yang menghantui kerajaan-kerajaan Eropah seperti Croatia, Serbia, Slovenia, Jerman, Hungary dan lain-lain sekarang ini, menyerlahkan sikap sebenar negara-negara Eropah terhadap konsep hak asasi manusia yang diagungkan mereka selama ini.

Kita melihat pelarian ini dilayan macam binatang, bagi makan pun main baling-baling macam itu saja.  Ini berlaku di Eropah, benua yang kononnya bertamadun dan kehadapan dalam soal hak asasi manusia.  Tak sebut lagi negara ni tendang ke negara tu, negara tu tendang balik ke negara ni, dan lain-lain.

Bertamadun benarlah tu bagi manusia makan cara lempar-lempar macam bagi makan anjing.

Sedangkan negara kita Malaysia pula antara paling teruk dikecam kerana kononnya mengabaikan hak asasi manusia.

Tanggapan itu hampir betul ketika zaman pemerintahan Tun Mahathir terutama dalam aspek penindasan berbentuk penahanan tanpa bicara (ISA) kerana ia memang dilakukan secara semborono, tapi sejak Datuk Seri Najib Tun Razak mengambil alih, banyak yang telah berubah.

Semua perubahan ini bagaimanapun tidak banyak mengubah status Malaysia dalam senarai negara yang dikatakan mengabaikan hak asasi manusia.  Bila undang-undang seperti ISA sudah dihapuskan, ada pula isu lain seperti ‘menindas’ pengamal hubungan sesama jenis terutama setelah suami ketua pembangkang dipenjara kerananya.

Memburukkan keadaan, ada pulak dua ke tiga ekor beruk dalam negara ini yang menjadi dalang, lagilah lancar negara-negara Eropah ini mengecam kita kononnya tak bertamadun kerana tak benarkan golongan sejenis ini mendirikan rumah tangga – macam nak muntah pun ada

Sedangkan bila berlaku krisis kemanusian seperti yang sedang dihadapi Eropah sekarang, negara kita sebenarnya terbukti ke hadapan dalam segala segi.  Mengikut rekod lebih 150 ribu pelarian dan pencari suaka politik berlindung di negara ini, majoriti dari Myanmar.  Ada makan ada kehidupan, cuma tak dibenarkan bekerja saja.

Belum berlaku lagi keadaan kita melempar-lempar makanan kepada mereka dan dek kerana kebaikan itu, ada yang sanggup mati di kem-kem haram sepanjang sempadan Thailand demi nak masuk ke negara ini.

Kalau nak dibandingkan dengan negara-negara Eropah, 1000 lebih baik kita tapi kenapa tidak bantu menyebarkan kebaikan ini?  Croatia sebagai contoh, hanya sanggup terima 4,000 pelarian ini dan menyerahkan selebihnya kepada negara lain di Eropah untuk menguruskannya, sedangkan kita sahaja, lebih 150 ribu!!

Ada negara Eropah terlibat dikesan secara tergesa-gesa pasang kawat berduri, Hungary dalam satu malam mengadakan undang-undang berkaitan pengawalan sempadan semata-mata taknak beri pelarian ini masuk dan lain-lain lagi tindakan yang kalau negara kecil macam kita buat, dipandang tidak berperikemanusian.

Jadi kepada yang terlalu memandang tinggi negara-negara Eropah ini, sedarlah diri, mereka tidak bertamadun sebaik yang kita semua sangka.  Tafsiran hak asasi manusia ini juga perlu dilihat semula, jangan sempitkan setakat hubungan sejenis saja sedangkan bila ada krisis kemanusian yang sebenarnya, lebih hina pulak mereka dari negara yang tak berapa  maju ini pun.

Bantu pelarian, bagi makan serta keperluan asas lain adalah memelihara hak asasi manusia yang sebenarnya kerana pelarian adalah juga manusia dan mereka perlu dilayan seperti manusia, bukan binatang.  Eropah gagal bab ini, kita pulak yang lebih ke depan.






3 Komen to Krisis Pelarian: Kemanusian Di Eropah Hanya Tentang Gay

  1. koko says:

    Dalam pada kita berdukacita dengan nasib umat islam…kita perlu cermin diri?..jujur pada diri?..kenapa semua ini berlaku?..boleh saja kita salahkan pihak barat atau israel tetapi..majoriti yg lari ini adalah dr negara spt syria dan iraq yang hancur kerana sengketa antara mazhab dan ideologi membenci yg keterlaluan terhadap sesuatu puak atau penganut agama lain.

    Aku tak hairan kalau ada negara eropah yg menghalang pelarian islam ini dari memasuki negara mereka..kerana ia adalah keputusan strategik..mereka tidak mahu demografi penduduk mereka berubah..mereka tidak selesa dgn umat islam ini yg budayanya berbeza dgn mereka…ini bukan isu sesuatu umat itu baik atau buruk tetapi isu budaya yg berbeza..sebagai mana ada di antara umat melayu yg tak suka cina..samalah org2x di kebykan negara eropah itu..tidak suka dgn org yg mereka anggap pendtg..kita sendiri ada yg susah nak menerima indon bangla atau rohingya yg seagama..kerana takut mempengaruhi demografi penduduk..faktor budaya berbeza sebenarnya memberi kesan besar walau ada org yg cuba memperkecilkannya.

    bagi aku penyelesaiannya akan ambil masa..negara2x islam yg maju spt malaysia bantulah anak2x muda pelarian ini utk mendpt ilmu akademik merangkup pendidikan, perubatan, pertanian kejuruteraan seni dan paling penting pentadbiran awam…warga2x tua mdan dewasa mereka memang susah nak diubah..tpi anak kecil itu boleh di bentuk menjadi manusia yg lebih baik..dan tanamkan semangat kepada mereka untuk berbakti kepada negara mereka sendiri..mereka kena balik ke negara mereka..mereka saja yg boleh mengubah nsib negara mereka dgn ilmu..bukannya senjata.

    harap2x lepas ni takde lagi ironi kehidupan umat islam lari ke negara yg selalu dikatakan kafir dan jahil..malu sebenarnya..pendtg yg nak lari pi australia beribu batu pun takde nak menetap lama di negara majoriti islam mcm malaysia atau indonesia.

    hakikat kita semua menyukai keamanan dan cara hidup di negara barat yg lebih teratur, maju dan terbuka.

  2. semangat dato' haron says:

    Rasanya kejadian kren jatuh di masjidil haram adalah petanda umat islam supaya bgn dari leka dgn hal sendiri sehingga x mempedulikan nasib saudara lain di seluruh dunia.

  3. Huss says:

    Ya betul tu. Kerana negara2 Eropah Timur x pernah bom Syria atau Libya. Yang masuk campur negara2 Islam ialah eropah barat Dan amerika. Jadi eropah timur Ada hak untuk sekat umat Islam supaya tidak kuasai negara2 eropah timur. Had etopah barat dan amerikalah yang perlu terima pelarian ini kerana mereka yg had dalang kekacauan di arab.

Leave a Reply