Menu Utama

Kren Jatuh: Arab Saudi Derma SR 1 Juta Seorang, Kos Mungkin Cecah Bilion (u.p. Tun Mahathir)

131209-D-BW835-554

RAJA Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al Saud semalam menitahkan agar setiap waris mangsa yang terkorban dan mengalami kecacatan kekal dalam kejadian kren jatuh di Masjidil Haram pada 11 September yang lepas, dibayar sebanyak SR (Saudi Riyal) 1 juta seorang.

Sebanyak SR 500,00 lagi akan diberi kepada yang cedera dan kelebihan lain yang anda masing-masing boleh baca sendiri di akhbar dan Internet.

Tapi yang penting nak dinyatakan disini ialah, dengan lebih 110 mangsa terkorban (setakat ini) dan entah berapa ramai yang cedera kekal (statistik rasmi tak keluar lagi), jumlah yang dikeluarkan untuk tujuan ini saja, boleh cecah bilion riyal!!  Belum kira kos yang lain-lain tu lagi.

Kalau riyal dah billion, ringgit kita apa lagi sebab riyal lebih tinggi dari ringgit – tak payah buat conversion pun tak apa, asal tahu nilai itu lebih tinggi, dah cukup baik.

Lagipun kalau buat conversion hari ini, macamlah nilainya sama esok, pasaran matawang ni berubah-ubah.

Apa pun, ini sahaja menunjukkan betapa kaya dan pemurahnya Arab Saudi.  Sebagai perbandingan, kerajaan Malaysia (melalui Tabung Haji) menyumbang sebanyak RM 20,000 untuk setiap mangsa yang terkorban.  Sebanyak RM 20,000 lagi disumbangkan oleh syarikat insuran.

Jangan salah faham, ini bukan perbincangan siapa bagi lebih banyak atau tidak. Yang nak dibincang disini ialah betapa pemurahnya negara Arab ini bila menderma.

Kita juga tahu, berapa banyak sekalipun derma yang diberikan, tidak mungkin mampu mengganti nyawa yang telah hilang.

Pandangan dalam artikel ini hanya semata-mata nak menyanggah pendapat sesetengah pihak (sebetulnya satu pihak saja) kononnya Arab ini tidak mungkin mengeluarkan wang yang banyak dalam bentuk derma.

Tun Mahathir sebelum ini dilaporkan berkata,

“Saya langsung tidak dapat meraih satu dolar pun dari mereka (Arab) untuk Universiti Islam Antarabangsa (UIA) atau untuk Oxford Islamic Centre.

“Dakwaan bahawa Arab menderma bilion ringit adalah apa yang masyarakat istilahkan sebagai ‘hogwash’ atau ‘bullshit’,” katanya.

Ternyata orang yang berpandangan sedemikian belum cukup ilmu di dada sekalipun dia mungkin terkenal dengan banyaknya membaca.  Baca-baca jugaklah tapi dalam masa yang sama kena tengok pada realiti yang berlaku disekeliling.

 






Leave a Reply

Threesome