Menu Utama

KPN jawab tuduhan Mahfuz polis diperguna PM tahan Khairuddin

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menjelaskan bahawa penahanan bekas Timbalan Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan, Datuk Khairuddin Abu Hassan adalah bagi membantu siasatan terperinci berhubung dakwaan maklumat yang disalurkan oleh Khairuddin kepada agensi asing berkaitan isu 1MDB sebagai palsu.

Sehubungan itu, beliau menafikan dakwaan pihaknya dipergunakan dalam isu penahanan Khairuddin seperti didakwa oleh Ahli Parlimen PAS Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar.

Mahfuz menuduh PDRM dipergunakan oleh Perdana Menteri dalam isu penahanan Khairuddin menerusi satu kenyataan bertajuk `Mengutuk tindakan Perdana Menteri Najib mempergunakan pasukan polis untuk menangkap Datuk Khairuddin Abu Hassan’.

“Polis memandang berat tuduhan dilemparkan oleh Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar, kononnya PDRM dipergunakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bagi menutup mulut sesiapa saja cuba membongkar penyelewengan isu 1MDB yang turut berkait dengan penyaluran wang RM2.6 bilion ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri.

“Beliau (Mahfuz) sedia maklum bahawa siasatan ke atas 1MDB dijalankan bukan saja oleh PDRM, tetapi juga Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Bank Negara Malaysia (BNM) dan Jabatan Peguam Negara.

“Beliau juga maklum bahawa proses siasatan belum selesai dan semua agensi terbabit masih memikul amanah yang dipertanggungjawabkan ke atas mereka,” katanya menerusi satu kenyataan, malam tadi.

Mengulas lanjut, Khalid berkata, umum mengetahui Khairuddin sudah membuat laporan polis sebelum ini berhubung perkara terbabit dan seharusnya memberi ruang serta peluang kepada agensi penguatkuasa tempatan untuk menjalankan siasatan.

Bagaimanapun, katanya, beliau memilih untuk menggunakan saluran perundangan asing khususnya Britain, Hong Kong, Perancis dan Amerika Syarikat dengan tujuan mengenakan tekanan antarabangsa ke atas Malaysia.

“Tindakan Khairuddin (menggunakan saluran perundangan asing) jelas bertujuan mencabar sistem perundangan Malaysia, mencalar kredibiliti agensi penguat kuasa tempatan dan mengundang campur tangan asing dalam sistem demokrasi negara ini.

“Tindakan beliau adalah satu bentuk sabotaj yang boleh menjejaskan kestabilan ekonomi dan kedaulatan negara,” katanya.

Pada Jumaat lalu, Khairuddin, 47, ditahan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas dari Jabatan Siasatan Jenayah Polis Bukit Aman, di kediamannya dekat Mont Kiara, kira-kira jam 7.30 malam.

Beliau kini ditahan reman selama enam hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 124C Kanun Keseksaan, atas kesalahan cubaan melakukan sesuatu aktiviti yang menjejaskan demokrasi berparlimen.

BNBBC






13 Komen to KPN jawab tuduhan Mahfuz polis diperguna PM tahan Khairuddin

  1. bena says:

    inilah masalahnya bila wakilrakyat SRP pun tak lulus..cakap guna otakepala lutut.hati2

  2. Anak_Nogori says:

    Ya..berat tuduhan mahfus tu…tahan sekali mahfus tu…jaga kat tingkap pula takut2 beliau terjun tingkap lari dari ditahan polis.

  3. bujuk says:

    Bila agaknya nak selesai isu 1MDB dan 2.6B kalau mereka yg bertanggungjawab dipecat, dipindahkan, dinaikkan pangkat yg membawa erti PM nak mengelak/menangguh/ menutup isu tersebut. Sedarlah.. rakyat semakin hilang percaya pada Najib.

  4. Johorean.abrahman says:

    Hbs asal tk tangkap reman tun M. Dia pun bnyk mempertikai kn PM dan kerajaan. Sampai keluar negara.itu klau ikut dh dikira skrg cubaan memjejas ketenteraman awam kn. so btl org kata PDRM mengikut arahan. Tak mengikut Islam.poyo

  5. malisa says:

    HOI TUDUHAAN TERHADAP NAJIB ADALAH TUDUHAN POLITIK TAK BERASAS , HANYA NAK JADIKAN MATA SEPET PRIME MINISTER

  6. Johorean.abrahman says:

    Jika terbabit dengan politik menentang hukum Allah atau berpolitik yang hendak dicapai kan itu bukan untuk mermatabatkan Islam, maka ia berlawan dengan sifat manusia yang diturunkan sebagai kalifah Allah.

    Penderhakaan terhadap Allah adalah satu jenayah yang besar. Allah mengingatkan kita dengan perintah nya..dan sesiapa menderhakai Allah, maka dia berada dalam kesesatan yang nyata (surah Al.Ahzab ayat 36).

    Jika sudah sesat maka Allah berfirman lagi.. Dan sesiapa menderhakai Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya di sediaka. Di Akhirat kelak neraka jahanam yang kekal mereka didalam nya buat selama-lamanya (surah Al.Jin ayat 23).

    Oleh kerana itu berpolitik lah dengan politik betul, bukan main letak je atau terikut-ikut dengan pujukan ahli politik yang salah. Anda berpanduan yang boleh menetukan politik yang betul, mana yang memberi keuntungan dunia dan mana yang memberi keuntungan akhirat. Atau sekurang-kurangnya anda akan memperolehi keuntungan akhirat jika menaikan martabat Islam sebagai agama suci dan mengikut perintah Allah Subahanallah. Sila lah rujuk kepada Al-quran pastikan pemimpin kamu itu mengikut ajaran nya.

  7. Johorean.abrahman says:

    Itu dari Al.Quran.bagi aku segala langkah dan tingkah laku pemimpin dan orang bawahan mereka menampkkan yang ada kesalahan.cuma kita tidak boleh menuduh sebagai fitnah. Tapi mana jawapan pemimpin yang betul, tepat kepada soalan selama ini. Semua nya masih berdolak dalih.Juga mahu diingatkan di kubur kelak tidak ada soalan pun menanyakan apa bangsa mu, yang ada di tanyakan kelak apa agama mu, sapa tuhan kamu…

  8. dayat says:

    Abu bakar dah tukar nama pulak ke?

  9. dayat says:

    habis nak fitnah tuduh orang bersalah sebelum siasatan dibuat itu mengikut cara Islam? double standard tak agak-agak

  10. mata-mata says:

    Kalau pemimpin tu kaki liwat, kaki penipu, kaki temberang, kaki fitnah… barulah dia boleh digelarkan pemimpin yang mengikut cara AlQuran. Lebih-lebih dah dapat gelaran ANUGERAH TUHAN…

  11. rockers says:

    klu tuduhan x berasas knp nk kalut.klu palsu ape kisah.saman je lah.pdrm dh siasat ke

  12. mata-mata says:

    Siapa yang kalut sangat tu???

    Kalau buat tak kisah pun mulut babi-babi tetap takkan tutup…

    Jawab salah, tak jawab salah… Banyak sangat makan babi macam tu la

  13. rockers says:

    kahkah…kes 1mdb blh menjatuhkn kerajaan?ni sykt najib.klu najib jatuh,mmg punca dr dia.

Leave a Reply